Sunday, July 23, 2017

Hanoi, Vietnam dan ceritera semalam

20 Ogos.2017

Di kala ini sedang dalam.perjalanan ke Hanoi, Vietnam. Pertama kali mengikut en. suami yang bertugas ke sana. Sambil menyelam minum air.  Sekarang jam 8.00 am bermakna masih ada 1 stgh jam lagi utk tiba ke destinasi dari keseluruhan pjlnn selama 3 jam.

Ogos1988 - Ogos 1989

Tika itu..segalanya, indahnya hari2 yg berlalu sentiasa ditemani sang pria atas nama persahabatan. Masalah remaja yang berbagai dan bercabang dihurung dgn waja. Hati makin terusik  sahabat bertukar teman akrab, cinta hati..ke sana sini sentiasa bersama.

Berbekalkan sebuah janji dan restu orang tua, jarak tidak menjadi pemisah. Jauh beribu batu, telefon dan surat pula menjadi penghubung utama. Dunia terasa amat perlahan.bergeraknya. Masing2 sibuk dgn urusan pembelajaran dan pekerjaan....kerja menjadi utama dan kwn2 rapat menjadi teman di kala sunyi.

20 Ogos 2017

Tiba, terus ke hotel dengan menaiki uber. Hanoi merupakan ibu negara Vietnam. Bangunan2 nya juga lebih    moden dari Ho Chi Minh City.  Terdapt 4 musim di sini kecuali musim saljinya tiada salji..cuma sejuk. di sepanjang perjalanan byk terdapat kebun sayuran dan bunga yg cantik.

Berehat sebentar sebelum keluar untuk makan tengahari di restoran halal.yang terletak di dalam.kawasan masjid, lebih kurang 250 m dr hotel. Nasi goreng seafood dgn kopi ais yg berharga 110 dong. Portionnya utk 2 org makan sebenarnya jd kami mgmbil.keputusan utk bungkus sahaja pesanan sham.

Berjalan di sekitar pekan..tiba di tasik yang menjadi tumpuan penduduk sbg pusat rekreasi. Sempat berehat melepas lelah sambil memerhati gelagat penduduk tempatan.

Ogos 1989

Kala itu, keadaan ekonomi mmg tidak pernah mencukupi. Berkongsi makanan menjadi perkara biasa. Walau sukar sebuah loket emas comel berbentuk hati dihadiahkan buat permata hati sempena hari yang istimewa..biar si dia tahu betapa pentingnya diri di sisi...
Terharu? Sudah pasti..

20 Ogos.2017

Di tepi tasik, warga vietnam beriadah, bersama keluarga....

Tiba2 teringat putera dan puteri yang ditinggalkan..sekelumit rasa rindu pasti ada bila berjauhan terutama si kecil Danish. Moga kami sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah..

27 Ogos 1995

"Aku terima nikahnya..." alhamdulillah dengan sekali lafaz sah menjadi miliknya. Dalam gembira tetap sedih kerana Arwah mak dan abah tidak sempat berada di   saat ni. Masih ingat lagi, arwah abah yang paling risau bila keputusan telah dibuat untuk menyambung pelajaran ke luar negera. Bimbang dengan keadaan anak gadis yg ditinggalkan..

27 Ogos 2017

29 tahun berlalu..alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah. Allahuakbar, terlalu banyak yang diberiNya..tetapi amat sedikit yang mampu diberi...moga Allah memberi ketetapan iman dan terus istiqomah..

Segala suka-duka, pahit-manis spnjg perkahwinan, waktu sukar dan senang yang menguji kesabaran.
Kata orang lelaki diuji waktu senangnya, perempuan pula waktu susahnya..

Sedikit nota buat bff :

Happy Anniversarry...moga ada lagi hari ini pada tahun-tahun yang mendatang. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam limpah rahmat Allah.

Terima kasih diatas waktu2 sukar yang diharungi bersama. Segala yang pahit dijadikan teladan supaya kejadian yg sama tidak berulang.

Semoga ikatan yang terbina sekian lama di jaga, dibelai dan disiram setiap masa agar sentiasa kekal subur..

Masih ingat lagi kata2 arwah mak..kalau kita menanam pokok, sayangi, jagai, belailah dan bajailah dgn penuh kasih sayang kerana keikhlasan dalam.berkasih sayang itu amat luas untuk ditafsirkan.... alangkan dgn pokok  pun kita harus berkomunikasi, meluahkan......inikan pula manusia yang Allah jadikan penuh dgn perasaan dan emosi yg pelbagai..

Teringat juga kata2 ustaz   " Nafkah batin itu bukan hubungan suami isteri semata2 yang sering disalah tafsir oleh sang suami, ianya  amat meluas, termasuklah rasa cinta, kasih sayang yang sentiasa dipupuk, menjaga hati dan menyenangkan hati isteri sentiasa,  memeluk, membelai, membantu mana yang boleh membuat kerja rumah, membeli hadiah utk si isteri sekali-kala terutama di hari istimewa...."

Ingin juga berkongsi  bulan yang istimewa ini dengan Nora, Angah Azi dan Kakak Nadia...happy birthday ya.

Buat apak & mak mentua,  Naza & Ali, Mamat  & Tasha dan tidak lupa sahabat baik Zura & Zali.....

Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan..

Semoga kita semua sentiasa dalam limpah rahmat Allah dan dikurniakan hidayah taufikiyah sentiasa...aamiin.

No comments:

Post a Comment