Thursday, July 27, 2017

Langkawi 2017 (1)

Alhamdulillah..sampai lagi di tanah Langkawi pada 21 May 2017. Kali terakhir datang masa Danish masih baby, setahun lebih camtu, sekarang dh 11 tahun.

Faktor umur, menyebabkan ianya bukan menjadi destinasi pilihan untuk bercuti disebabkan lokasinya yang terletak jauh di utara. "Tak larat nk drive jauh2 dah"..kata bff.  Jadi, peluang tidak dilepaskan bila Air asia mengadakan promosi. RM320 untuk 7 orang..amat berbaloi rasanya.

Flight dijadualkan 6 55 am, seawal 4.30 am dah keluar ke KLIA2. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area.

Tiba sejam.kemudian..Grand Livina telah siap menunggu. RM100 untuk tempoh 24 jam, setelah nego...

Memandangkan tiba awal, plannyer nak ke Tanjung Aru dahulu untuk pakej Mangrove. RM240 sebuah bot untuk tempoh 3 jam. Singgah sarapan dalam.perjalanan. Tiba di jeti hujan lebat pula..terpaksa menunggu hujan berhenti sebelum memulakan aktiviti
Merupakan pengalaman pertama, datang dahulu ikuti pakej island hopping..menarik juga. Mungkin boleh ikuti kisahnya di dalam blog yang terdahulu.

Hentian pertama merupakan Gua Chantek, teletak di sebuah pulau.
Seterusnya sempat bergambar di Kilim Geoforest Park. Di sini bukitnya byk menyerupai bentuk2 makhluk.

Inilah tujuan utama pakej ini..kawasan hutan paya bakau..tenang hati menghayati keindahan ciptaan Allah. Di penghujung, bot masuk, bergerak perlahan ke dalam melalui Gua Buaya. Walau sebentar cuma, ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan..ala2 di Halong Bay, Hanoi, gitew..

Singgah di tepi laluan untuk memberi monyet makan. Memang roti telah di beli siap2 di jeti setelah petugas di situ memberitahu adanya agenda tersebut.

Hujan yang turun di awal pagi tadi muncul semula. Awan tidak dapat lagi membendung kandungan air yg ada..hujan turun dengan lebatnya..Kak Ton sorang je yang x memakai pakaian yang sesuai...abis basah kuyup semuanya.

Singgah makan di restoran, di kawasan pelantar dgn keadaan basah kuyup. Leka juga melihat spesies2 ikan yang diternak di kawasan takungan seperti ikan pari, yu dan sebagainya.

Pulang, check in di Malibest Hotel, terus mandi dan berehat. Anak2 pula..alang2 basah terus mandi di kolam renang....

Pemandangan yang memukau..subhanallah!
Gua Chantek
Cantik pemandangan dari atas gua Chantek
Semua bersiap sedia nak masuk ke dalam gua..
keadaan di dalam.gua..
di penghujung, kelihatan jalan keluar..
hutan paya.bakau
kelawar byk terdapat di Gua Kelawar
Berhenti sebentar memberi monyet makan..

Sunday, July 23, 2017

Hanoi, Vietnam dan ceritera semalam

20 Ogos.2017

Di kala ini sedang dalam.perjalanan ke Hanoi, Vietnam. Pertama kali mengikut en. suami yang bertugas ke sana. Sambil menyelam minum air.  Sekarang jam 8.00 am bermakna masih ada 1 stgh jam lagi utk tiba ke destinasi dari keseluruhan pjlnn selama 3 jam.

Ogos1988 - Ogos 1989

Tika itu..segalanya, indahnya hari2 yg berlalu sentiasa ditemani sang pria atas nama persahabatan. Masalah remaja yang berbagai dan bercabang dihurung dgn waja. Hati makin terusik  sahabat bertukar teman akrab, cinta hati..ke sana sini sentiasa bersama.

Berbekalkan sebuah janji dan restu orang tua, jarak tidak menjadi pemisah. Jauh beribu batu, telefon dan surat pula menjadi penghubung utama. Dunia terasa amat perlahan.bergeraknya. Masing2 sibuk dgn urusan pembelajaran dan pekerjaan....kerja menjadi utama dan kwn2 rapat menjadi teman di kala sunyi.

20 Ogos 2017

Tiba, terus ke hotel dengan menaiki uber. Hanoi merupakan ibu negara Vietnam. Bangunan2 nya juga lebih    moden dari Ho Chi Minh City.  Terdapt 4 musim di sini kecuali musim saljinya tiada salji..cuma sejuk. di sepanjang perjalanan byk terdapat kebun sayuran dan bunga yg cantik.

Berehat sebentar sebelum keluar untuk makan tengahari di restoran halal.yang terletak di dalam.kawasan masjid, lebih kurang 250 m dr hotel. Nasi goreng seafood dgn kopi ais yg berharga 110 dong. Portionnya utk 2 org makan sebenarnya jd kami mgmbil.keputusan utk bungkus sahaja pesanan sham.

Berjalan di sekitar pekan..tiba di tasik yang menjadi tumpuan penduduk sbg pusat rekreasi. Sempat berehat melepas lelah sambil memerhati gelagat penduduk tempatan.

Ogos 1989

Kala itu, keadaan ekonomi mmg tidak pernah mencukupi. Berkongsi makanan menjadi perkara biasa. Walau sukar sebuah loket emas comel berbentuk hati dihadiahkan buat permata hati sempena hari yang istimewa..biar si dia tahu betapa pentingnya diri di sisi...
Terharu? Sudah pasti..

20 Ogos.2017

Di tepi tasik, warga vietnam beriadah, bersama keluarga....

Tiba2 teringat putera dan puteri yang ditinggalkan..sekelumit rasa rindu pasti ada bila berjauhan terutama si kecil Danish. Moga kami sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah..

27 Ogos 1995

"Aku terima nikahnya..." alhamdulillah dengan sekali lafaz sah menjadi miliknya. Dalam gembira tetap sedih kerana Arwah mak dan abah tidak sempat berada di   saat ni. Masih ingat lagi, arwah abah yang paling risau bila keputusan telah dibuat untuk menyambung pelajaran ke luar negera. Bimbang dengan keadaan anak gadis yg ditinggalkan..

27 Ogos 2017

29 tahun berlalu..alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah. Allahuakbar, terlalu banyak yang diberiNya..tetapi amat sedikit yang mampu diberi...moga Allah memberi ketetapan iman dan terus istiqomah..

Segala suka-duka, pahit-manis spnjg perkahwinan, waktu sukar dan senang yang menguji kesabaran.
Kata orang lelaki diuji waktu senangnya, perempuan pula waktu susahnya..

Sedikit nota buat bff :

Happy Anniversarry...moga ada lagi hari ini pada tahun-tahun yang mendatang. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam limpah rahmat Allah.

Terima kasih diatas waktu2 sukar yang diharungi bersama. Segala yang pahit dijadikan teladan supaya kejadian yg sama tidak berulang.

Semoga ikatan yang terbina sekian lama di jaga, dibelai dan disiram setiap masa agar sentiasa kekal subur..

Masih ingat lagi kata2 arwah mak..kalau kita menanam pokok, sayangi, jagai, belailah dan bajailah dgn penuh kasih sayang kerana keikhlasan dalam.berkasih sayang itu amat luas untuk ditafsirkan.... alangkan dgn pokok  pun kita harus berkomunikasi, meluahkan......inikan pula manusia yang Allah jadikan penuh dgn perasaan dan emosi yg pelbagai..

Teringat juga kata2 ustaz   " Nafkah batin itu bukan hubungan suami isteri semata2 yang sering disalah tafsir oleh sang suami, ianya  amat meluas, termasuklah rasa cinta, kasih sayang yang sentiasa dipupuk, menjaga hati dan menyenangkan hati isteri sentiasa,  memeluk, membelai, membantu mana yang boleh membuat kerja rumah, membeli hadiah utk si isteri sekali-kala terutama di hari istimewa...."

Ingin juga berkongsi  bulan yang istimewa ini dengan Nora, Angah Azi dan Kakak Nadia...happy birthday ya.

Buat apak & mak mentua,  Naza & Ali, Mamat  & Tasha dan tidak lupa sahabat baik Zura & Zali.....

Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan..

Semoga kita semua sentiasa dalam limpah rahmat Allah dan dikurniakan hidayah taufikiyah sentiasa...aamiin.

Monday, July 17, 2017

Aidilfitri 2017 (6)

Plan asal menjemput adik beradik Sham pada Sabtu berikutnya terpaksa ditunda ke hari Ahad  kerana beberapa hal yg x dapat dielakkan.

Seawal 5 am dah start masak nasi lemak, tanak pulut, soto, menggoreng ikan masin dan membuat nasi ayam. Mujur nasi impit siap dimasak malam.semalamnya.
Alhamdulillah...

Semua datang walau secara berperingkat kecuali Abang Puan (Sulung) dan Kak Aishah. Nora pun datang dengan Alang walau asalnya x boleh nk datang sbb kereta di bengkel. Kawan lama, Rosnah n suami, Nasa pun turut hadir..lama x jumpa..rasa x puas bersembang.

Kali ni Kak Ton x kira..1 gambar pun raya pertama di rumah naza x de..kali ni kerah juga suma orang bergambar..he he..cantik2kan gambar..alhamdulillah..

1st batch, mak x sampai lagi..
2nd batch..lewat oetang ke malam...

Sham bergambar dgn Mak, Cheah n Yaya
like.mother like son...kan, kan, kan..
4 dara pingitan
Atuk tersenyum aje dgn gelagat menantu n cucu.
Atuk paling glamer..suma nk bergambar bersama..sayang opah belum sampai
Danish n kawan2
jiran..Niza n Nurul
bergambar kenangan dgn Nora dan Alang
Aida kata macam dalam studio..yeke..entah..
Bersama kwn zaman di kolej..Rosnah n Nasa

Aidilfitri 2017 (5)

Jumaat yang mulia, bff cuti. Anak2 membodek untuk berjalan..dekat2 pun jadilah..kata diorang..iman.kebetulan cuti  raya seminggu dan Danial baru je abis menjalani praktikal.

PORT DICKSON, merupakan destinasi kali ni..alhamdulillah...sampai2 di PD, terus masuk waktu solat jumaat...
Glory Beach Resort, berkonsep apartment 2 bilik.
Alhamdulillah..merehatkan diri n minda..

Jom tengok Danish terbang kat bawah :

Aidilfitri 2017 (4)

Rabu, plannya Alang n Nazri nak turun.ke Sg buloh pula. Azi n Along pun ikut serta. Tapi macam biasa, banyak tmpat persinggahan..selalunya sampai rumah  yg terakhir atau kedua terakhir.

Sham pun kerja setengah hari. Ke Central Mart dgn Danial membeli ayam dan bahan untuk dimasak. Nasi Ayam, spageti carbonara, antara menunya..(yg lain x ingat dah..he he)

Seperti di jangka, tiba lewat..x silap dalam.8 pm lebih camtu. Tapi Along sampai awal juga..dlm 3 pm..alhamdulillah.

Sesi bergambar agenda wajib tau..he he

Aidilfitri 2017 (3)

Masing2 bangun lewat..entah pukul berapa tertidur semalamnya.  Bersarapan nasi goreng dan milo panas..memang membuka selera. Pie yg balik lewat semlm dlm hujan lebat pula, demam ..mgkin kehujanan dan kepenatan..

Tidak perlu terburu2 untuk keluar hari ini..penat pun x berapa nk hilang lg..
10 am ke Paroi Jaya. Pusara nampak bersih dan ditaburi aneka warna bunga yang telah dicarik kecil2. Pasti Nazri n Hafiz yang telah datang pada awal pagi Raya pertama.membersih dan mengemas seperti selalu..alhamdulillah sempat menghadiahkan yasin beramai2 utk arwah Mak n Abah.

Aida yang tidur di rumah Alang, ke Port Dickson menziarahi Nazmi dengan Alang. Berjanji berjumpa dgn mereka di rumah Busu di Taman Tuanku Jaafar.

Sedang menjamu selera di rumah Busu, Mak Cik sekeluarga tiba. Mengambil keputusan ikut serta mak cik ke rumah Angah Aida memandangkan mereka masih di Port Dickson.

Cadangnye beraya ke 2 buah rumah termasuk di rumah Along di Rinching dan ke rumah Along Aman, diikuti rumah Acik di Nilai.

Sempat solat maghrib berjemaah  di masjid Rinching..alhamdulillah..

Aidilfitri 2017 (2)

Seperti biasa Raya ke 2, bermulalah sesi berjalan ke rumah adik beradik yang lain. Berjanji dgn Aida ke rumah Angah Azie di Ulu Klang dlm 10 ke 10.30 am. Bihun, kuetiaw, nasi lemak dgn dendeng spesel antara menu istimewa K Sab.

Terus ke rumah Nazri, Hafiz juga ada di sana. Sedap soto Nazri..
Anak2 kalau ke rumah Nazri, agenda wajib mandi manda di kolam renang, walau sejam cuma..

Tiba di rumah alang sudah 7 pm..x sempat nk ke kubur untuk menziarah arwah mak n abah..terpaksa ditunda keesokan harinya.

Alang pun baru saja tiba dirumah dari menziarahi Nazmi yang sedang menjalani kursus tentera darat di Port Dickson. Bihun n mi goreng dihidang , semua berebut2 mi goreng panas Alang.

Terus ke rumah Nora di Bkt Sendayan. Nasi panas n lauk sardin menjadi rebutan..he he..sodap weii..
Alang, Aida, Nazri dan Hafiz joint kemudian.

Malam tu tidur di Sendayan. Pie yg bekerja, tiba jam 3 am krn masalah2 yg x boleh dielak...semua dah lena kecuali Iman yg memang sukar tidur lewat malam..