Tuesday, February 21, 2017

Bangkok Feb 2017 (2)

18 Feb 2017

Pagi ni memang x de plan ke mana pun. Subuh di sini awal sejam dari Malaysia, 5.12 am camtu...
Lepas subuh cuma brsantai sambil menonton tv. Dalam 8 am kami keluar menaiki uber ke stesen tren Ho Myat. Di sini sistem pengangkutan uber digunakan secara meluas juga dan lebih mudah dr teksi kerana mudah dijejaki dan lebih efisyen. Dikenakan tambang sebyk bht 85 (dlm rm9 ++)

Menaiki  dari ARL  stesen  Hua Mak ke  Pratunam, dikenakan sebnyak bht25  seorang sahaja.

Berjalan melihat kawasan yang terkenal dgn jualan secara borong...sempat membeli sehelai 2 buat kenangan. Memandangkan x sempat breakfast..tercari2 juga jika terdapat gerai menjual mknn halal. Akhirnya terjumpa juga walau agak tersorok...alhamdulillah

Pulang, singgah pula di Sentral Square yg terletak berhampiran hotel. Dari situ berjalan sahaja ke hotel..sham singgah pula makan mi sup di gerai halal berhampiran hotel.

Di stesen bts. Kelihatan dr jauh masjid menandakan ramai penduduk yg beragama islam di kawasan sekitar.

Sedang menggoreng nasi yang dipesan..siap boleh cakap kelantan lg...

Keadaan di sekitar gerai, bersebelahan dgn gerai tidak halal...kena tahanlah...

mi sup di bangkok..rasanya x boleh lawan vietnam punya...
Bukan gadis Thai tu yang nak dihighlight ya..nampak x dekat papan tanda tu..logo halalnya..

jangan jeles...hati berbunga2 je..he he

No comments:

Post a Comment