Pada sebelah malamnya sempat ke Pasar Malam yang terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki. Kurus akak kalau duk sini lelama sbb memang banyak berjalan..he he
Deretan kedai2 dan gerai2 yang banyak membuatkan pening juga nak mula dari mana...akhirnya bff ke bahagian makanan dulu..dan agak terkejut kerana banyak gerai menjual makanan halal. Tomyam poktek menjadi pilihan menu kali ini.
Terdapat pula galeri barangan dan kenderaan antik, apa lagi, peluang jgn dilepaskan..he he..
Sampai di hotel agak lewat, selepas membersihkan diri dan bersolat, takut pula kalau tertidur kerana flight dijadualkan 6.30 am, bermakna harus checkout 4.30 am camtu..kalau terlajak, alangkah...
Alhamdulillah..segalanya lancar as plan..sempat solat subuh di airport (subuh masuk dlm 5.20) sebelum berlepas ke boarding area...
No comments:
Post a Comment