Friday, February 17, 2017

Kalumpang, Kuala Kubu, Selangor

Mendengar buat pertama kalinya dari Iman yang belajar di Politeknik BEHRANG. Alhamdulillah akhirnya sampai juga di sana. Kalau selalu ke laut, kali ini sungai pula dengan suasana alam  semulajadi yg kehijauan.

Khamis tu kebetulan cuti thaipusam, anak2 dicutikan sekolah hari Jumaat. Resort berkonsepkan chalet 2 tingkat dgn harga RM220 semlm boleh dimuatkan 6 ke 7 org.

Turut menyediakan segala kelengkapan untuk syarikat yg berminat untuk membuat motivasi dan aktiviti lasak seperti flyng fox, jungle trekking  dan sebagainya.

Pagi Jumaat selepas menghantar Iman ke kolej, singgah minum di kedai Hjh Rohayah di Behrang 2020, tidak jauh dari rumah sewa iman. Sedap juga masakannya dan harga juga berpatutan. Menurut Iman ramai pelajar politeknik yang duduk berhampiran dan pelajar UPSI makan di sini. Selalunya kalau makan nasi dgn ayam dan air limau ais baru RM5. Mungkin harga istimewa untuk pelajar. Moga dimurahkan rezeki makcik ni yang amat bertimbangrasa dgn pelajar.

Iman habis klas 11 am, singgah menapau makanan untuk tengahari. Danish, Sarah dan Shasha dari pagi hingga ke petang di sungai dan kolam renang. Danial macam biasa x habis2 dgn laptop..tp petang turun juga akhirnya.

No comments:

Post a Comment