Wednesday, September 28, 2016

Sayangi dan Hargai Selagi Ada

Terpanggil untuk menulis tentang perkara yang sering dibincangkan di media sosial, fb, watsapp dan sebagainya, peranan anak2 terhadap ibubapa dan sebaliknya

"Sayangi dan hargai mereka selagi ada" ungkapan yang sering diperkatakan.  Memang mudah untuk menuturkannya tetapi sukar untuk mempraktiknya. Kasih sayang dan tanggungjawab itu amat meluas dan subjektif maknanya dan diukur dengan keutamaan setiap individu.

Bagi yang agak berduit,  mungkin keutamaannya, sejumlah ringgit dihulur setiap bulan. Jika bersedekah sesekali atas nama orang tua sudah memadai..

Ada juga yang berjumpa orang tua untuk meminjam wang dan berjanji untuk memulangkannya pada masa tertentu tapi sampai sudah tidak membayarnya atas alasan anak beranak tak perlu berkira..mengambil kesempatan di atas kelemahan orang tua, suatu sikap yang amat tidak terpuji.

Yang bertelur sebiji riuh sekampung pun ada. Memberi sedikit dan banyak mencanang supaya semua tahu kebaikannya. Dah tentulah cerita yang kecil diperbesarkan.

Bersederhana dalam.serba serbi adalah dituntut. Membantu bila diperlukan, meneman bila kesunyian, sekadar menjenguk sebagai pelepas rindu..

Bukankah Agama Islam sendiri menegaskan 3 perkara yang apabila kita melihatnya, kita mendapat pahala :

1)  Melihat Kaabah
2)  Melihat laut
3)  Melihat wajah ibubapa

Maka, duhai semua..luangkan sedikit waktu, jenguklah ibubapa. Rebutlah peluang yang telah Allah janjikan.

Suami, ajarilah isteri dan anak-anak menghormati orang tua.  Hormat bukan sekadar hormat dan tidak melawan kata, hormat dgn sering membawa keluarga mengunjungi, bukan berseorangan, terutama hari-hari penting seperti Hari Raya, harijadi dan sebagainya.

Luangkan masa, carilah masa, jika tidak minggu ini, minggu hadapan. Jadikan ia satu keutamaan, pasti tiada alasan lagi.  Seperti juga kita bekerja, kerja-kerja yang  penting harus didahulukan. Kadang-kadang lebih sanggup berjumpa kawan-kawan dr menjenguk ibubapa sekali sekala.

Bertanya kabar walau sepatah dua kata cuma....mungkin sesekali merancang percutian seluruh keluarga jika bekemampuan..mendengar celotehnya walau beribu kali diulang ceritanya... dengarlah dgn penuh minat..itulah antara nikmat yang Allah aturkan.

Percayalah..orang tua amat menghargai dan rasa disayangi. Tiada yang lebih bermakna bila melihat gembira di wajah tua mereka.

Isteri, ingatkan suami yang selalu lupa, selalu sibuk dengan tugas seharian akan tanggung jawab yang satu ini. Ingatkan juga tanggungjawab anak memberi sedikit  wang sebagai saguhati ikut kemampuan tanda penghargaan melahir dan membesarkan kita. Sesekali membawa makanan atau membeli makanan kesukaannya. Bersabar dan melayan baik setiap kerenahnya... mendengar dgn penuh minat segala cerita pengalaman dan nasihat2nya..

Ibubapa kita tidak muda lagi..wang ringgit mungkin satu keperluan tetapi kurang penting buat mereka yang hidup mungkin tidak berapa lama  lagi. Masa yang diluangkan bersama, adalah lebih berkualiti dan dapat menggembirakan mereka di waktu ini.

Jadi, buat semua...fikir-fikirkan, muhasabah diri, cuba tingkatkan kualiti diri..hidup di dunia hanya sementara, jangan cepat melenting dengan teguran..Jangan menyesal sebelum terlewat. Tidak rugi mencuba bukan?

Tuesday, September 27, 2016

Ziarah - Kuantan, Pahang

Sabtu lepas, sesudah subuh bergerak memulakan perjalanan  ke Kuantan. Niat utamanya, en suami berhajat untuk menziarahi kawan sekolah, yang sedang sakit, koma beberapa hari akibat sakit jantung. Walau dah sedar beberapa hari selepasnya, rasa tanggungjawab atas nama persahabatan..itulah yang menggerakkan kami ke sana.

Singgah minum di Bentong, nasi dagang dan nasi lemak manjadi pilihan.

Tiba, mendapat berita yang beliau sudah keluar hospital dan tidak dapat pula untuk dihubungi.  Jadi sementara menunggu, kami singgah makan di Mabiq , Tg Lumpur. Mendapat coverage yg meluas di internet, memang tidak mengecewakan. Tempoyak patin, pais patin dan gulai lemak cili api daging salai menjadi menu utama. Harganya pun amat berpatutan.

Cuma agak terkilan kerana aku meletakkan standard yang tinggi gulai tempoyaknya memandangkan tempat asalnya di sini..tapi secara peribadi Tempoyak Catering di Shah Alam lebih terasa kelazatan dan keenakannya.

Check in di hotel, Sarah dan Danish sempat mandi sebentar di kolam. Selepas asar bersiap untuk ke rumah Azman.

Panjang sembang Sham dgn kawan lamanya. Ramah isterinya melenyapkan rasa yang berbagai atas musibah yang menimpa. Menurut Ina, ketiga2 saluran ke jantung suaminya tersumbat dan dijadualkan menjalani pembedahan pada awal November. Allahuakbar...besar dugaannya, semoga Allah permudahkan segala urusannya dan diberi kesembuhan  dengan kadar segera.

Pulang, singgah pula di rumah sahabat sekolah lamanya di Bentong, Khusaini. Sempat tumpang solat dan minum petang sebelum pulang ke Sg Buloh. Alhamdulillah semoga ukhwah yang terjalin sentiasa diberkati Allah..


Aidil Adha 2016 (2) - Pengkalan Balak, Melaka

Malam tu kami tidur di Pantai Dalam..mak dan ila tiba pada sebelah petangnya dari Port Dickson.

Pagi esok kami akan ke Melaka, last minute plan cam biasa. Awalnya Apak nak ke Penang, memandangkan semua fully booked, Pengkalan Balak, Melaka menjadi destinasi.

Seawal 9 am bertolak ke Melaka dengan Naza n family. Mak n Ila yg baru balik semlm, turut serta.

Hotel yang direkomen Naza boleh tahan juga dgn harga yg berpatutan, family room, 2 queen bed berharga RM160.
Bilik berhadapan laut, dan ada kolam renang, walau x brp besar sizenya..anak2 tetap seronok mandi dan berendam.

Petang tu bermulalah sessi memancing..he he
Sham yang dah berpuluh tahun meninggalkan alam memancing, last sekali masa menuntut di US..bayangkan lebih 20 tahun..
kena bagi kredit pada Ali yang membawa 4 batang joran..

Malam tu makan asam pedas di kedai berhampiran..x ingat pulak nama kedai tu..sedap sangat asam.pedasnya, apak pula sukakan sambal belacannya. Tiba di hotel merai birthday Iman yang jatuhnya pada 11 Sept,  sehari sebelum.Aidil Adha.

Malam, seronok bersembang di tepi laut, duduk pada kerusi kecil dengan Naza dan Eyla, sambil Sham dan Ali memancing.

Nota buat Eyla : walau kita tak berbaring melihat bulan dan bintang, suasananya tetap sama...he he

Anak2 pula sibuk mandi di kolam. Shasha yang sibuk dgn laptop membuat homework akhirnya terjun juga ke kolam dgn jeansnya!



Semangat tegar seorang pemancing..he he
Shasha..dgn sunsetnya.
Happy bday Iman! Moga jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.
Gambar model ni kena letak, sbb kalau x, mak2 sedara akan tanya..he he
Bersantai di tepi pantai sambil memancing..walau tiada tangkapan, pengalaman dan  seronoknya tidak boleh digambarkan..tq Ali!
busy, busy..assignment, assignment!
Sarah dan si kecil Amnan

Wednesday, September 21, 2016

Aidil Adha 2016 (1)

Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ni disambut dengan sederhana walau rianya tetap dirasa.

Ahad itu, mak dan 4 anak2nya beserta keluarga tiada dirumah kerana bercuti di Port Dickson, beraya di sanalah gamaknya krn akan pulang pada hari selasa.

Sham tidak senang duduk memikirkan apaknya yang keseorangan di malam raya.  Jadi selepas merendang daging dan menanak pulut.. malam itu, lepas isya' kami berkemas2 untuk ke Pantai Dalam, menemani apak di malam raya.

Danish & Sarah amat teruja. Dlm 11++ pm, Naza tiba dgn Mamat n Tasya. Alhamdulillah..
Tasha sibuk memasak ayam pedas, Naza pula dgn nasi minyak dan juga rendang dagingnya. Walau menu sama rasa tetap berbeza.

Bermaafan dan menjamu selera selepas solat raya adalah satu kemestian dan antara momen yang dinanti2kan. Kak Aishah yang rupa2nya bercuti, tiba tidak lama kemudian diikuti Eda sekeluarga. Alhamdulillah...

Tengahari beransur untuk ke Seremban menziarahi pusara arwah mak & abah. Terkesan pula di hati dgn kata2 apak kepada Sham yang sebak & amat terharu dgn kata2 apak kpdnya. Walau sedikit yang kita rasa, besar makna bg mereka. Alhamdulillah..in shaa Allah, sesibuk mana pun akan kami luangkan masa...

Alhamdulillah sempat menghadiahkan yasin beramai2, sebelum ke rumah Alang. Pesanan buat anak-anak, seringlah kunjungi, ziarahi kami apabila kami tiada nanti..doa anak2 yang soleh, moga mampu membantu ibubapa di alam sana.

Rendang ayam, lontong dan sambal bilis antara menu istimewanya..sedap bangat sambal bilis Alang..

Terus ke rumah baru Nora di Sendayan. Malam tu, tidur di rumah Nora, sembang x abis2..maklumlah sesekali berjumpa. Ayam kicap Nora laris sekali ...

Selepas sarapan keesokannya, bersiap untuk ke KL kerana Sham harus menghadiri meeting pd 3 pm di pejabat. Sempat singgah di PD menjenguk mak dan yang lain..yang jaraknya cuma 15 min ke 20 min sahaja dr umah Nora.


Sunday, September 4, 2016

Aidilfitri 2016 (2)

Bila melihat semula gambar2 yg dirakam terdetik pula untuk berkongsi gambar2 di sepanjang syawal. Terima kasih pada yang sudi datang...

Friday, September 2, 2016

Aidil fitri 2016

Entah kenapa terlupa entri raya tahun ni.

Ramadhan yang amat dirindui berlalu, syawal disambut dengan ria.. Ramadhan yang amat sederhana dan seperti biasa bulan yang ditunggu2 oleh Danish...lesen besar tuk ke masjid, bermain dan bertawarih katanyer. Semoga Allah menerima segala amalan yang serba kekurangan...!.ketiadaan Iman krn melanjutkan pelajaran mengurangkan lg kemeriahan..

Seperti biasa, selepas solat sunat Aidilfitri, menjamah sedikit lemang dgn rendang daging yang dibuat petang semlmnya..bersiap untuk ke Pantai Dalam.

Tiba, ramai yang sudah ada di sana. Seronok berkumpul sesekali, bersembang reramai...memang sukar untuk dihimpunkan sekali kecuali alasan yang 1 ni..itupun ada yang tak berjumpa juga..

Menu istimewa Naza...nasi pelangi, rendang  daging dan laksa menjadi santapan.

Tapi entah macam mana tak ada langsung gambar raya di sana tahun ni..ish..jenuh mencari warna baju yang sedondon katanyer walau last minute...

Berkesempatan berkunjung ke rumah Aida, Kak Sab & Angah dan Nazri pada raya ke 2,.berjumpa dgn 2, 3 ibu saudara di rumah dan terserempak di jalanan dan menziarahi kubur kedua orang tua. Mohon maaf pada kakak2 dan adik ..yang tidak berkesempatan ke sana disebabkan kekangan masa.

Walaupun begitu Aidilfitri 2016 tetap mewarna dan mencipta momen2 indahnya yang tersendiri...semoga silaturahim dan ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke jannah.

Kunjungan adik beradik ke rumah pada Sabtu itu kecuali Hafiz memang amat dinanti2. Tiba, agak lewat petang kerana rombongan cik kiah singgah banyak rumah sebelum sampai di Sg buloh..he he..

7 beradik anak2 Arwah Hj Mansor dan Hjh Azizah (kecuali Hafiz)