30 August 2014
Tengahari itu, selepas menukar tayar trajet yang dah kehausan, perjalanan ke Batu Pahat pun bermula. Semua amat excited.... yeayy... Pak Su nak kawin!!
Tiba ke homestay yang disediakan jam 8.30 pm...cuma ada setengah jam nk bersiap..kelam kabut sungguh..penat jangan cerita...
Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Mamat kini bergelar seorang suami dengan sekali lafaz sahaja..syukur alhamdulillah..
Mengimbas semula saat mula mengenalinya kira2 26 tahun yang lalu (subhanAllah dah selama ITU rupanya usia perkenalanku dengan suami..) semasa tu baru berusia dalam setahun lebih..wajah saling tak tumpah seperti Danish masa kecil. Masih menyusu badan. Membesar dengan baik walaupun dikelilingi 5 abang yang brutal. Orang yang diharap di rumah untuk membawa mak ke mana-mana.
Semoga Mamat & Tasha dilimpahi rahmat dan diberkati Allah sentiasa. Dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan dikuniakan anak-anak yang soleh dan solehah....amin!
Malam itu kami lepak di bilik mak bersembang tak habis-habis. Sebenarnya gathering keluarga ni juga amat dinanti-nantikan. 2 am Sarah dan yaya masih bermain di luar...4 am baru baring, melelapkan mata & merehatkan badan..
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment