Cuti sekolah yang lepas berkesempatan membawa anak-anak bercuti ke Kuantan, alhamdulillah...walaupun macam-macam kejadian pagi Jumaat tu dan nyaris2 x jadi pergi.
Danial pun tak dapat sertai sebab Sabtu tu ada test pulak ..tak cukup korum..lain rasanya bercuti kali ni. Shasha yang macam anjing dengan kucing bila jumpa Danial turut mengakuinya..apatah lagi Sarah yang memang manja sang at dengan bang longnya.
Tiba di tempat yang dituju dalam 4++. Sarah, Danish Dan Shasha tidak melepaskan peluang untuk mandi di swimming pool yang terletak di hadapan chalet. Iman pula sibuk dengan tugasan Akaun yang perlu disiapkan.
Keesokannya mandi manda di kolam renang dan laut menjadi agenda utama anak-anak....dari pagi hingga ke petang..makan pun hanya di bilik sahaja ...
Tentulah satar, otak-otak dan keropok lekor menjadi kegemaran ramai...
Ahad, selepas subuh, gigih bersama Danish, 2 beranak nih ke laut..nak tengok sunrise katanya...saing pula dengan nelayan yang ke laut mencari rezeki..
Ahad ke Bangi dulu menjengah Danial sebelum berpatah semula ke Sg Buloh. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment