Sunday, September 28, 2014

Jemputan yang diterima Aidilfitri lepas sewaktu menziarah Busu di Tmn Tuanku Jaafar, Seremban dipenuhi semalam. Riwayat Bakti b Rosli dan pasangannya selamat bersanding selepas bernikah kalau tak silap 2 minggu lepas di Kelantan. Tahniah Bakti.

Cantik dekorasi pelamin dan khemahnya. Doorgiftnya pun comel. Tapi yang ingin dikongsi bukan itu ..tetapi, .ikatan ukhwah yang terjalin sesama keluarga dan sanak saudara yang hadir..semoga berkekalan...

Pagi itu singgah di Bangi mengambil Danial. Iman dan Shasha tidak ikut serta sebab Isnin Iman sudah mula dengan Peperiksaan Akhir Tahunnya. Sempat singgah di rumah arwah di Paroi Jaya kerana Along nak ambil periuk besar untuk kenduri Tina bulan 10 nanti. Excited sungguh Sarah dan Danish...

Singgah pula ke rumah Along...melihat-lihat persiapan untuk kenduri Tina. Cantik baju nikah Tina...Sempat siapkan sedulang dua barang hantaran. Dijamu pula dengan sup ayam panas-panas dan sardin...sedap dan menyelerakan...

Sebelum maghrib ke Bangi menghantar Danial. Lega rasanya bila dah mula bantu menggubah..baru rasa kerja dah bergerak..he he

Solat maghrib di masjid GMI..selesa juga di situ, malah menurut suamiku Ade juga student yang mengaji selepas solat...alhamdulillah..

Wednesday, September 24, 2014

Duta Sands, Kuantan

Cuti sekolah yang lepas berkesempatan membawa anak-anak  bercuti ke Kuantan, alhamdulillah...walaupun macam-macam kejadian pagi Jumaat tu dan nyaris2 x jadi pergi.
Danial pun tak dapat sertai sebab Sabtu tu ada test pulak ..tak cukup korum..lain rasanya bercuti kali ni. Shasha yang macam anjing dengan kucing bila jumpa Danial turut mengakuinya..apatah lagi Sarah yang memang manja sang at dengan bang longnya.
Tiba di tempat yang dituju dalam 4++. Sarah, Danish Dan Shasha tidak melepaskan peluang untuk mandi di swimming pool yang terletak di hadapan chalet. Iman pula sibuk dengan tugasan Akaun yang perlu disiapkan.
Keesokannya mandi manda di kolam renang dan laut menjadi agenda utama anak-anak....dari pagi hingga ke petang..makan pun hanya di bilik sahaja ...
Tentulah satar, otak-otak dan keropok lekor menjadi kegemaran ramai...
Ahad, selepas subuh, gigih bersama Danish, 2 beranak nih ke laut..nak tengok sunrise katanya...saing pula dengan nelayan yang ke laut mencari rezeki..
Ahad ke Bangi dulu menjengah Danial sebelum berpatah semula ke Sg Buloh. Alhamdulillah...

Tuesday, September 9, 2014

Bulan Merai Cinta...


Ogos datang lagi, membawa seribu makna yang tersirat. Bulan yang amat istimewa dan terpulang kepada masing-masing untuk merainya. Ada yang memilihnya untuk menghebah di facebook hadiah yang diterima untuk dikongsi perasaan ria bersama  teman. Bagiku pula cukuplah sederhana sahaja, tak kira apa jua acaranya..cuma berkongsi dengan yang tersayang dan  teman rapat yang memahami waktu susah dan senang.

Sedikit nota atau bingkisan cinta dari sang suami sudah lebih mencukupi bagi semua para isteri. Tiada yang lebih membahagiakan bila segala pengorbanan, penat lelah dihargai suami.


Menoleh ke belakang..alhamdulillah dengan kehidupan yang Allah kurniakan. Segala suka duka,  pahit manis yang tidak akan dilupa hingga bila-bila. Segala kesilapan dan keterlanjuran  tidak boleh diubah lagi.
Happy Anniversary buat suamiku yang tercinta. Semoga kasih sayang yang termeterai bertambah mekar hingga ke jannah...in shaa Allah. 19 thn @ 26 thn merupakan satu jangka masa yang bukan sekejap..bertindak matang sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Ingin juga berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapa mentua yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 50.(walaupun diorang x ingat tarikh sebenar) juga adik ipar, Muhammad Sallehudin yang baru aje melangsungkan perkahwinan pada 30/8/14 yang lalu. Tidak lupa buat sahabat baik, Zuraini Kamaruzaman yang sama-sama sibuk menguruskan perkahwinan 19 tahun yang lalu.

Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih menjanjikan kebahagian, ketenangan, kejayaan dunia & akhirat dan  limpah rahmat Allah yang tiada batasan..


Monday, September 1, 2014

Raja Sehari - Bollywood Dinner - part 3


Bollywood Dinner katanyer. Walaupun asalnya x de plan nak ikut tema tapi kata-kata Cheah, " sportinglah k Liza..Cheah pun pakai ala bollywood, secara kebetulan tempah tuk g keje..." Jadi gigih lak cari kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak zura@Kak long dan Shidah.

Tapi apa yang kita plan tak semestinya berjalan lancar. Danish tertidur semasa di meja makan dan mula meragam bila dikejut. Gambar pun mana yang sempat diambil kerana dia sibuk menangis nak balik...hu hu hu

Jom tengok gambar-gambar kat bawah :

Raja Sehari - Muhammad Salehuddin & Hermanatasha - Part 2

Bunga mangga dan paluan kompang menyambut ketibaan kami di rumah pengantin perempuan. Pengantin dikenakan tol sebelum rentak silat dibuka istimewa di hadapan pengantin lelaki. Suatu pengalaman baru sebenarnya buat kami semua.
Tarian zapin turut dipersembahkan, merupakan acara kemuncak pada hari itu. Selepas menjamu selera, sesi bergambar pun bermula...jom nikmati gambar-gambar di bawah:

Raja Sehari - Muhammad Sallehudin & Hermanatasha

30 August 2014

Tengahari itu, selepas menukar tayar trajet yang dah kehausan, perjalanan ke Batu Pahat pun bermula. Semua amat excited.... yeayy... Pak Su nak kawin!!

Tiba ke homestay yang disediakan jam 8.30 pm...cuma ada setengah jam nk bersiap..kelam kabut sungguh..penat jangan cerita...

Alhamdulillah...segalanya  berjalan lancar. Mamat kini bergelar seorang suami dengan sekali lafaz sahaja..syukur alhamdulillah..


Mengimbas semula saat mula mengenalinya kira2 26 tahun yang lalu (subhanAllah dah selama ITU rupanya usia perkenalanku dengan suami..) semasa tu baru berusia dalam setahun lebih..wajah saling tak tumpah seperti Danish masa kecil. Masih menyusu badan.  Membesar dengan baik walaupun dikelilingi 5 abang yang brutal. Orang yang diharap di rumah untuk membawa mak ke mana-mana.

Semoga Mamat & Tasha dilimpahi rahmat dan diberkati Allah sentiasa. Dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan dikuniakan anak-anak yang soleh dan solehah....amin!


Malam itu kami lepak di bilik mak bersembang  tak habis-habis. Sebenarnya gathering keluarga ni juga amat dinanti-nantikan. 2 am Sarah dan yaya masih bermain di luar...4 am baru baring, melelapkan mata & merehatkan badan..

Bersambung.....