Wednesday, June 18, 2014

Bangkok, Thailand 2014 - (iii)

Jadual hari ni amat padat. Pagi selepas sarapan, ke pasar Chatucak yang terletak 5 stesen selepas stesen Ratchacewi  (Mo Chit) dengan menggunakan perkhidmatan bts.

Seperti yang pernah diceritakan di blog yang terdahulu pasar besar yang terkenal di Thailand ini dibahagikan kepada beberapa seksyen. Di antaranya pakaian, hias dalaman, makanan, cenderahati dan sebagainya. Cenderahati untuk perkahwinan juga banyak terdapat di sini...

logo halal & bulan & bintang...menjadi rujukan makanan halal


Terjumpa gerai makanan halal, walaupun belum pukul 10 am, dengan sarapan yang amat ringan pada sebelah paginya dan banyak tenaga  ...berpuluh-puluh ribu kilojoule rasanya yang dah keluar..Apa lagi...jom brunch..he he

Sempat membeli Thai silk buat Zura Dan Suriani, t shirt dan kemeja buat Danial..tudung buat Iman n Shasha, cap jeans yang cute buat Sarah dan transformers buat Danish.


Deretan gerai-gerai yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Pasar Chatucak

Sampai hotel dalam 1 ++ pm. Berehat n solat sebelum bersiap untuk  ke floating market yang terletak di Amphawa, 2 jam perjalanan dari Bangkok.


Bersambung..


Floating Market, Amphawa





Jam yang teruk turut membuatkan kenderaan yang sepatutnya tiba jam 3 pm, lewat 40 minit dari yang sepatutnya. Selain kami sebuah keluarga berbangsa China dari Penang, Malaysia turut serta.

2 jam kemudian tiba ke tempat yang dituju. Acara bebas..harus berkumpul semula jam 6.30 pm, menaiki bot untuk melihat firefly atau kelip-kelip.














Pengalaman pertama kali memang mengujakan. Di sepanjang sungai banyak terdapat perahu, seronok melihat seafood yang diorder dari tebing sungai lalu udang, sotong dibakar di atas perahu.















Tiba2 terjumpa sebuah perahu yang terdapat logo bulan dan bintang....ada juga makanan halal di sini..mi sup ayam dan mi sup seafood nya agak sedap juga













Melihat kelip-kelip yang banyak terdapat di sepanjang sungai dengan angin sepoi-sepoi bahasa, bersama pula dengan yang tersayang..dah tentulah perasaan yang amat mendamaikan..sukar nak digambarkan dengan kata-kata...tapi tiba-tiba.." Yang..nanti kita bawak anak-anak g SG kuantan, Kuala Selangor tgk kelip2 ya..." Ish..ish...x romantik langsung ..he he. Sang suami hanya menganggukkan kepala...mungkin turut teringatksn anak2....




Sampai di hotel dalam 10++ pm, dinner dulu sebelum naik ke bilik. Dah tentu tom yam kung    salah satu menunya....

Tuesday, June 17, 2014

Duta Sands Beach Resort, Kuantan - (2)






Nasi berlauk dan Nasi Minyak berlauk adalah menu sarapan pagi itu. Sempat ke Teluk Cempedak dan Mini Zoo Teruntum. Sayangnya beruang yang ada telah menemui ajalnya. Singgah pula ke pusat penyu...
Petang, menemani anak2 ke laut.



Yang menariknya, malamnya kami makan ikan segar yang dibeli dari nelayan dan dimasak oleh pekerja kedai makan berhampiran chalet. Maklumat yang diterima hasil perbualan Che Shamnyer dengan tuan punya kedai.

















Keropok lekor, satar dan otak-otak merupakan kegemaran ramai sepanjang berada di sana. Betullah kata orang, keropok di Cherating antara yang berkualiti, kaya dengan isi ikannya, bukan tepung semata. 














Cuti kali ni memang benar2 merehatkan, bak kata suamiku..first time cuti x tgk TV.....he he





Saturday, June 14, 2014

Bangkok, Thailand 2014 - (ii)

Seawal 7.30 dah breakfast. Menu seperti biasa roti bakar n butter dan salad tuk Sham.

Tuk-tuk...banyak terdapat di sekitar Bangkok. Tapi awas! Kena hati-hati, selain mengenakan harga yang tinggi (better check around dulu harga , dgn hotel atau internet) kadang-kadang dorang akan membuat lencongan ke kedai emas/batu permata..
Selepas Sham ke pejabat cuma berehat di bilik sambil menonton TV.

Bukan Bnagkok namanya kalau tidak jammm...

Sebelah malamnya ke MBK plaza untuk dinner dgn menaiki cab. Menu malam ITU ialah Tom yam kung, chicken black pepper manakala Suhaida mencuba ikan goreng beserta ulam dan sambal belacan, dan sup daging.

tom yam kung

Balik sempat berjalan melihat2 disekitar plaza. Seutas rantai  berloket hati buat Sarah sempat dicapai. Setengah perjalanan, menaiki teksi untuk ke hotel.


chicken black pepper
ikan goreng beserta ulam2 an dan sambal belacan

Friday, June 13, 2014

Bangkok, Thailand 2014 - (i)

Alhamdulillah peluang  sekali lagi ke Bangkok tidak dilepaskan. Sham harus menghadiri meeting di sana, kali ini bersama teman sekerja yang ditemani suaminya.

8.30 pm bertolak dari KLIA2 dan tiba 2 jam kemudian di Don Mueang Airport (9.30 pm, lewat sejam dari M'sia). Sepanjang menaiki cab ke Hotel Bangkok kelihatan tentera bangkok dengan senapang tersandang di bahu. Menurut pemandu teksi, kurfiew bermula 12 tgh malam.

Malam tu makan di kedai makan halal yang pernah kami kunjungi dulu. Tom yam kungnya mmg lazat, membuatkan kami tetap berselera walaupun jam sudah 11 pm. Singgah pula membeli murtabak pisang yang terletak di hadapan 7 eleven berhampiran hotel.

Thursday, June 12, 2014

Duta Sands Beach Resort, Kuantan


Cuti sekolah pertengahan tahun masih bersisa. Tanggal 2/6 ke 4/6 ke Cherating walaupun plan asal rakan sebilik mahu ke Cameron Highland atau Penang. Memandangkan dah lama x ke pantai Timur, keputusan pun berubah...

Pagi Isnin seawal 8 am sudah memulakan perjalanan. Singgah sebentar breakfast di SG Buloh. Setibanya di Cherating, lunch dulu sebelum check in. Suasana chalet yang terletak di tepi laut itu begitu cozy dan mendamaikan.


Shasha & Iman yang selalu duk melepak dalam bilik tak sabar2 nak g mandi. Kitorang ke pantai manakala Sham yang penat memandu cuma berehat di bilik.
Laut tenang, tiada ombak kuat yang menghempas ke pantai, seperti selalunya. Peluang melihat nelayan pulang petang selepas  seharian di laut mencari rezeki tidak dilepaskan.