Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru 2014

Cuti 2 hari sempena bermulanya sekolah di awal tahun perlu digunakan sebaiknya. Hari pertama menguruskan Sarah Dan Danish ke sekolah agama dan kebangsaan. Sehari suntuk berulang alik ke sekolah, membayar yuran, buku dan sebagainya.

Tengahari sempat menguruskan hal rumah di Iris Apartment. Sudah lama benar tertunggaknya. Lega bila mula beransur menyelesaikannya. Nampaknya hari ini kena ke sana semula untuk membuat bayaran mantainence yang berbaki. Selepas ni bolehlah mencari masa untuk mencuci rumah pula. Dan perlu berurusan dgn lawyer pula untuk proses penukaran nama.

Tadi selepas menghantar Danish ke sekolah agama, sarapan sebelum ke pekan untuk ke bank. Niat di hati nak membuat sedikit urusniaga termasuk update buku ASB termasuk buku anak2.
Entah kenapa orang terlalu ramai..Dan kebanyakannya urusniaga ASB! Seawal 9.15 am di sini dan sehingga kini 10.49 am masih di sini...ish ish..

12.30 pm berakhir urusniaga..subhanallah! Apapun selesai 1 agenda. Sempat menapau makanan otw ke rumah. Sementara rakan karib dan Danial  solat Jumaat, sempat menjahit lencana sekolah agama yang baru dibeli buat Sarah..

Alhamdulillah..urusan di bank islam dan hal rumah selesai buat masa ini..esok menanti dengan berbagai acara....in shaa Allah, mohon diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..

No comments:

Post a Comment