Friday, January 24, 2014

Bandung, Indonesia - part 2


Tempat menarik di Bandung

2. Muzium Geologi.

Dari hadapan bangunan banyak kelihatan bas yang membawa rombongan pelajar.
Tiket masuk adalah sebanyak rp. 2000   seorang.

telur dinasour




Danish dan Sarah amat teruja bila ternampak rangka dinosaur.











Sedikit sebanyak info tentang dinosour yang terdapat di situ:




 Evolusi Dinasour terbahagi kepada 3 bahangian iaitu Trias, Jura dan Kapur.

1)  Trias   :   245 juta tahun yang lalu - 208 juta tahun yang lalu

2)  Jura    :   208 juta tahun yang lalu - 145 juta tahun yang lalu

3)  Kapur :  145 juta tahun yang lalu - 65 juta tahun yang lalu



Fakta sejarah, manusia berasal dari monyet. Tapi menurut al-quran, Datuk moyamg kita adalah Nabi Adam yang diturunkan dari syurga sebagai balasan kerana melanggar arahan Allah agar tidak memakan buah khuldi..."oh... "kata Danish dengan mata yang terkebil-kebil dengan penerangan mama...he he


Dari situ kami dibawa pak supir lunch di restoran berhampiran. Menu makanan Sunda antara yang dipesan ikan bakar, sup Bontot (sup ekor..he he), tempe goreng bertepung, ayam goreng bercili dan sambal belacan. Gambar pun x sempat diambil sebab semua dah lapar...jus avacado turut dipesan. Tetapi makanan Sunda tidak berapa kena dengan selera Sham.
Agak mahal bayaran yang dikenakan, kebih kurang Rm150.00.....

3. Taman Kapo

Terus ke Taman Kapo, katanya kain dan telekung murah di sini. Sempat membeli 4 pasang kain dan sepasang telekung..juga telekung tuk Dina. Murah, telekung  kanak-kanak cuma RM16 shj. Naik rambang mata iman dan shasha melihat dan memilih kain..he he

Niat di hati nak cari kain lagi di Pasar Baru..yg sehingga kini masih belum sempat dikunjungi...

4. Masjid Raya BandungJawa Barat.




Singgah solat di Masjid Agong Bandung, Jawa Barat untuk qasar dan Jamak asar dan zuhur...alhamdulillah....

Memang besar sungguh masjid  tetapi keadaan di dalamnya agak kelam kabut sedikit.






Dari luar kelihatan ramai yang duduk bersantai..lelaki, perempuan dan anak2. Sebaik melangkah masuk ke dalam, agak terkejut kerana lelaki dan perempuan solat di mana-mana sahaja, bukan tempat yang khusus untuk wanita. Tercari2 tempat mengambil wudhu' yang seharusnya di letak tanda arah berhampiran pintu masuk untuk kemudahan semua.

Tetapi harus dipuji tandasnya bersih walaupun sungguh ramai orang di situ.

Selepas mengambil wudhu di tingkat bawah baru perasan tanda arah kecil tempat solat wanita yang berada berhampiran tangga. Agak jauh ke dalam, mungkin antara faktor yang menyebabkan ramai bersolat di luar...
Singgah dinner sebelum pulang ke hotel.Makanan Padang memang terkenal dengan kelazatannya. Dikenakan tak sampai RM50 untuk 7 orang, membuatkan kami berazam akan datang lagi makan di situ...


No comments:

Post a Comment