Thursday, August 22, 2013

Bangkok, Thailand - part 3

Tiba di hotel, check in dan terus ke kedai makan halal yang berhampiran. Sham mencuba mi supnya dan tom yam kung beserta telur dadar yang dicampur sayuran buatku.

Dari situ berjalan ke Platinum..Sudah hari ketiga di sini tapi masih belum sempat membeli apa-apa kecuali 2 helai cardigan di Pattaya buat Shasha dan Iman. Di sepanjang jalan banyak terdapat gerai-gerai kecil yang menjual barang-barang.

Seluar pendek untuk wanita amat banyak dan murah. Kasut dan sandal, beg tangan juga accessories tidak kurang banyaknya.

Malangnya Platinum tutup. Sempat juga membeli sedikit cenderahati. 

Jauh rupanya kami berjalan kerana tiba di stesen yang berikutnya. Sewaktu kecilku sering mendengar orang menggelar Thailand itu SIAM. Rupa-rupanya Siam cuma salah sebuah bandar di Thailand.


Bersambung....

Pattaya, Thailand - part 3

Tips trip ke Pattaya ke Bangkok, Asia Hotel.

Brunch pada pukul 10 ++ ditempat yang sama. Berehat sebentar di bilik sebelum check out pada 1 pm. Menaiki Siongtau ke stesen bas ekspress ke suvarnabhumi airport

Dikenakan 135bht, perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 min. Menaiki bas ekspress lebih selesa daripada van seperti mula2 kami ke sini. Tiba di airport bergegas pula ke bts (kalau tak silap, bangkok train system). 


Ada dua cara untuk ke Asia Hotel :

1). Menaiki tren express sehingga di Phya Thai, transit tren hingga ke stesen Ratchachewi.

Bayaran : 90 baht seorang (sehingga stesen Phya Thai)

Kalau tak silap, dari Phya Thai ke Ratchachewi tambang yang dikenakan adalah sebanyak bht15 atau bht 20 (rm1.50 atau rm2.00)

Kekerapan : sejam sekali

2)  Menaiki city train sehingga di Phya Thai, transit tren hingga ke stesen Ratchachewi.

Bayaran : 45 baht seorang (sehingga stesen Phya Thai)

Kekerapan : lebih kurang 10 ke 15 min sekali.

Pattaya, Thailand - part 2

Nikmatilah gambar-gambar ini...he he

Terletak di :

2nd floor, Royal Garden Plaza Pattaya
218 M. 10, Beach Road, Pattaya
Chonburi 20150 Thailand.

Dibuka dari 7 am hingga 6 pm.


Setiap kategori dikenakan bayaran sebanyak baht300 ke b450 (lebih kurang rm30 ke rm45.

Terbahagi kepada 5 bahagian yang menarik :

1) Ripley's Believe or Not! Museum
2)  Ripley's Moving Theater 4D
3) Ripley's Infinity Maze
4) Ripley's Haunted Adventure
5) Louis Tussaud's Waxworks


m

Wednesday, August 21, 2013

Pattaya, Thailand

Menginap di Richman Poorman Guesthouse  yang terletak berhadapan laut. Pilihan ini dibuat kerana terletak berhampiran dengan satu-satunya kedai makanan halal yang terdapat di situ. 7 eleven juga ada di situ, memudahkan jika ingin membeli sebarang keperluan.

Selepas check in terus ke kedai untuk lunch. (5 pm ++..lewat sungguh..seb baik x brangin satu badan..he he) Singgah di pasar malam, berbagai barang boleh di dapati dengan harga yang menarik. Menghirup udara segar di tepi laut sebentar sebelum balik ke hotel. Tidur awal malam tu...penat sungguh...lagipun esok perlu bangun awal...

Selepas solat subuh (di sini subuh awal sekitar 4.45 am dah masuk. 6 am tu dah terang sangat..macam 7 am di Malaysia) kami berjalan di tepi laut menuju ke pekan. Setengah jalan, menaiki siongtau lalu berhenti minum di Mc D, memilih tidak  mengambil makanan yang dipanggang kerana dikhuatiri bercampur dengan ba**.

Perlu berjalan agak jauh untuk menaiki siongtau. Tahu APA yang kami jumpa? 

Taraaa...he he.


Bersambung....

Bangkok, Thailand - part 2

Subuh masuk awal di sini. 7 am breakfast, menu seperti biasa, roti, salad, buah-buahan dan istimewa sikit soya pan as. Jadi le, alas perut sementara lunch. Td kol danish, seperti biasa dah bangun awal..cakap rindu..cian dia..Iman cakap Atam tengah masak..suh makan dulu sebelum balik. Lewatlah Atam g office Ari nih gamaknya..

Sham ke office, tiba masa manjakan diri. Berjalan di sekitar sebelum mencuba Thai massage yang terkenal di sini..dikenakan baht200 sejam. Rasanya lebih prefer urutan di bali..

2 pm check out dan menunggu sham di lobby. Around 3 pm sham tiba, terus ke ert untuk ke Victory Monument yang jauhnya cuma dua hentian yang seterusnya. Tiba terus mendapatkan perkhidmatan van untuk ke Pantai Jomtien (salah satu pantai di Pattaya). Pilihan ini berdasarkan kesesuaian untuk pengunjung terutama yang telah bekeluarga. Rupanya pantai Pattaya terkenal dengan aktiviti  xx**...ish ish.

Perjalanan segalanya diuruskan oleh Sham, research thru internet. Hampir 2 1/2 jam, tiba di Pattaya. Rupanya harus menaiki siongtau pula untuk ke hotel yang terletak di tepi laut. Huru-hara sekejap jadinya. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, malah pemandunya menurunkan kami di tempat yang sepatutnya, bayaran yang dikenakan cuma 10bht bersamaan rm1... murah bangat....




Bersambung....

Bangkok, Thailand - part 1

Bahang raya masih lagi terasa di sana sini. Tapi kerja harus diutamakan. Destinasi suamiku ke Bangkok kali ini akan mencipta babak nostalgia yang sukar dilupakan memandangkan aku akan turut serta...he he.

Sebenarnya harus datang ke sini atas urusan kerja. Bersempena anniversary kami yang jatuh pada ogos, ditambah pula cuti sekolah..inilah hasilnya. Rindu yang amat sangat pada anak2 terutama si kecil Danish..tetapi kena ketepikan semua perasaan ITU kerana perasaan sang suami juga perlu dijaga..(alasan..he  he)

Terima kasih banyak2 pada Aida dan keluarga kerana sudi menjaga dan menjenguk anak2. Allah jua yang akan membalas segala budi baikmu..(mode : x menentu & sebak..he he)

Flight dari KLIA semalam 3.15 pm, tiba di Suvarnabhumi Airport pada 4.20 pm (lewat sejam dari Malaysia). Di sini Suvarnabhumi disebut tanpa i dihujung, (suvarnabhum). Harus beratur panjang untuk melepasi kastam..ramai sungguh orang.Terus ke ert yang berhampiran untuk ke hotel. Menurut suamiku. adalah lebih mudah dan cepat menaiki ert, memandangkan traffic jam amat teruk di sini. Dikenakan baht 90 seorang (agak mahal compare to kl) perjalanan selama 15 ke 20 min saja. Sepanjang perjalanan terdapat 4 atau 5 masjid..banyak juga jika dibandingkan dengan Vietnam.

Tiba di stesen Phya Thai. Kemudian bertukar tren ke stesen Ratchachewi. Terus menuju ke hotel  Asia yang bercantum dengan stesen ini (lebih kurang macam komuter mid valley yang bersambung dengan mall). Amat convenient.  

Berehat sebentar sementara Sham dinner dengan boss2 nya di luar. Lebih kurang 9 pm keluar, makan disebuah kedai makan halal atas recommendation seorang wanita Islam yang menjual roti/murtabak pisang. Menu ari tu, nasi putih dan tomyam kung..sedap giler. Roti pisang yang dijual dihadapan 7 eleven tu pun sedap..he he diorang ni amat ramah walau x fasih berbahasa inggeris..



Bersambung...

Aidilfitri 2013 - part 2

Lepas Maghrib bertolak ke Sg Buloh. Alang dan keluarga datang beraya dan tidur di rumah malam itu. Sempat masak yang simple tuk dinner disamping rendang dan lemang. 11 pm ++ ke rumah Aida..dengan baju tidur, baju kelawar dan kain batik lagi datang beraya..he he. Yang bestnya suma penat, ada yang tertidur..he he..balik, siapkan tempat tidur, terus tidur..
Pagi jumaat si Sham sempat membuat bubur durian, dimakan dengan roti dan puding roti yang kubuat pagi itu dihidang panas-panas lagi..sedap bangat..
Alang ke rumah Aida sementara rumahku dikemas. Baju juga harus dipack kerana akan bermalam di Seremban pula.
Dari rumah Aida terus ke rumah Nazri di Puchong. Penuh dan riuh rumah dengan 3 keluarga yang berkunjung..
Terus ke rumah Mak Teh di Beranang. Seterusnya ke rumah baru Nora di Seremban.  Makan malam dengan menu istimewa ikan goreng berlada, telur kicap, kangkung goreng, cencaluk dan sambal gesek...
Malam tu tidur dirumah Alang. Budak-budak tidur lewat, x habis2 main dengan sepupu mereka.