|
PWTC dari tingkat 5..semasa berada di booth copyright selama 3 hari |
Pada 26/4/13 ke 5/5/13 bermulalah acara tahunan yang ditunggu-tunggu. Walaupun kali ini berazam akan ke sana jika ada
appointment saja, tetapi boleh dikatakan setiap hari bekerja.
Berbagai aktiviti diadakan untuk menarik pengunjung datang ke gerai. Antaranya demonstrasi pelan langsir, sesi autograph bersama pelakon Amran Ismail (yang ini paling disukai Iman dan shasha), kehadiran arkitek dan kartunis Mie sempena BUKU terbaru beliau, Apa Cerita, dan demonstari ukiran sayur dan buah oleh Chef Sukor.
|
Pertandingan melakar kartun |
|
Promosi Apa Cerita |
Dari segi jualan keseluruhan pula, alhamdulillah..walaupun tak sebaik tahun lepas. Pru yang berlangsung pada 5 mei yang lepas antara faktor yang turut menyumbang kepada keadaan tersebut, pesta buku terpaksa ditutup awal sehari kerana dikhuatiri tiada pengunjung.
|
Chef Sukor sedang mengukir buah |
Bagi jualan peribadiku pula..alhamdulillah, tuhan permudahkan segalanya. Walaupun pada mulanya banyak yang
cancel order, alhamdulillah mencapai juga rm80k ++ setelah berusaha mencari di sana dan sini. Itupun belum termasuk
order dari beberapa buah perpustakaan. Gembira dapat menyumbang untuk syarikat.
No comments:
Post a Comment