Tuesday, May 21, 2013

HIJRAH (2)

2013. Bercuti sebulan di bulan januari dan bekerja dari rumah hingga akhir tahun, membuatkanku memandang segalanya sekarang dengan lebih rasional, dari perspektif yang berbeza.Tiada lagi terlibat dengan gossip pejabat,  juga task kerja yang sering bertambah dan berubah- ubah.

2 atau 3 kali sebulan masih perlu ke pejabat menyiapkan segala laporan dan kerja yang tak pernah habis.
Ramai yang bertanya, seronok dirumah? Jujur, sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Banyak kelebihan sebenarnya, anak-anak dapat dipantau pergerakannya. Makan minum lebih terurus, maklumlah sebelum ini selalunya lauk kedai, cuma masak nasi saja. Tidak dapat digambarkan perasaan bila makanan yang disediakan dimakan dengan penuh berselera oleh anak-anak dan suami. Inilah antara momen yang akan dikenang hingga bila-bila.

Tetapi aku yang dah berpuluh tahun bekerja dah tentu akan merindui alam pekerjaan yang tak pernah sunyi dengan politik, gossip, stress dan kawan-kawan sekeliling yang berbagai perangai..ramai yang suka mengambil kesempatan, juga rakan yang disangka rapat rupanya sanggup menjatuhkan kawan untuk kelihatan penting dimata bos. Juga yang terlalu berkira bila berkenaan wang timbul sehingga hilang sifat malu kerana meminta-minta tanpa memikir perasaan orang lain. Cukuplah kena berkali-kali & beralah..

 Tidak dapat dinafikan, seperti kata Pengurus Besar, Kanan, Berita Publishing, Pn Zaini Zainuddin sewaktu berkesempatan bersembang dengannya semasa ke pejabat untuk menyiapkan segala lapuran yang perlu, yang penting adalah disiplin. Beliau percaya tiada yang mustahil ditambah pula sekarang ini banyak terdapat kemudahan, bahkan jika kita berada di luar negeri pun masih boleh berkomunikasi melalui email, internet dan sebagainya.

Semoga hijrahku kali ini, walaupun kerana sebab-sebab yang tertentu dan lebih bersifat peribadi, akan menjurus ke arah yang lebih cemerlang..di dunia dan akhirat..in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment