Monday, May 27, 2013

Pertama kali

25 may 2013.
 
Pengalaman pertama kali memang akan dikenang hingga bila-bila. Berbagai perasaan yang timbul bila menhadapi suasana ini. Gembira, teruja, sedih, berdebar, kecut perut, takut dan sebagainya. Pertama kali menduduki peperiksaan penting seperti upsr, pmr , spm, stpm, universiti dan sbgnya. Pertama kali bertemu jejaka idaman hati, bertemu janji,  bercinta dan seterusnya. Berkahwin, malam pertama, mengandung, melahirkan, proses yang dilalui oleh semua orang.
 
Tapi kali ini bukan kisah itu semua. Nak cerita tentang pertama kali bawa Sarah dan danish tengok wayang...he he

Perasaan? Haruslah amat excited dan gembira.
 
Petang tu kami ke Jusco Klang dan ayahnya decide tengok wayang selepas berabad rasanya tidak ke pawagam. Skrin yang besar dan keadaan dalam panggung yang gelap merupakan satu pengalaman baru buat mereka berdua.

Menonton Iron Man sambil makan popcorn panas..seronok sungguh si kecil berdua itu.
Tapi hampir 3/4 cerita, danish tertidur...ish ish...yang si kakak sibuk mengejut tapi adik tak sedar..
.
Teringat pula semasa membawa mak cik Basyirah mereka buat pertama kali juga menonton di panggung wayang berhampiran kotaraya suatu waktu dahulu, lebih kurang 20 tahun yang lepas. Tak ingat pula nama panggung wayang tu. He he..kelakar giler..ingat lagi tak Cheah? He he
 
 

Sunday, May 26, 2013

Cuti sekolah sudah bermula. Siang-siang lagi Iman dah inform " mama, minggu pertama cuti kita ada kelas tambahan sampai hari Rabu, bang long pun sama. Minggu kedua kita free. Kita nak gi jalan mana, ma?" hmm..

Semalam 25 May merupakan hari lahir suamiku. Sehari sebelumnya kami ke Pantai Dalam menziarahi mentua. Alhamdulillah sihat keduanya, cuma mak mengalami alahan pada kakinya yang memerah. Kesian mak..kalau tidak dijaga pemakanan begitulah keadaannya. Sekejap baik, sekejap jadi semula..tentu gatal dan pedih pula pada pecah-pecah yang ada..
Petang tu Naza datang, bawa bihun goreng lagi...sedap tu..sebelah malamnya En Shamnya keluar membeli lauk dan kek (birthday eve? He he)
Happy Birthday, Sayang..semoga dikurniakan dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah agar menjadi seorang yang beriman dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya hingga ke jannah..in shaa Allah. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati setiap langkah dan usaha dalam segala lapangan. Di beri kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki sentiasa. Juga diberi kebahagiaan dan selamat dunia & akhirat....amin!


Thursday, May 23, 2013

Penantian


Di ketika itu
Senja pun berlabuh
Perempuan itu, masih di situ
Tegar menunggu dengan penuh harapan, tanpa jemu

Wahai perempuan apakah yang di tunggu
Bukan kau tidak tahu
Bukankah ini jalan yang kau pilih
Lalu sudah kesalkah kau?

Persetan kamu semua
Ya, aku memilih atas izin Allah
Setiap usaha, doa, tawakalku tetap padaNya
Aku percaya lambat laun
Allah akan perkenankan setiap doa yang kutitipkan..
Tiada yang mustahil dengan izin Allah!

Tuesday, May 21, 2013

HIJRAH (2)

2013. Bercuti sebulan di bulan januari dan bekerja dari rumah hingga akhir tahun, membuatkanku memandang segalanya sekarang dengan lebih rasional, dari perspektif yang berbeza.Tiada lagi terlibat dengan gossip pejabat,  juga task kerja yang sering bertambah dan berubah- ubah.

2 atau 3 kali sebulan masih perlu ke pejabat menyiapkan segala laporan dan kerja yang tak pernah habis.
Ramai yang bertanya, seronok dirumah? Jujur, sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Banyak kelebihan sebenarnya, anak-anak dapat dipantau pergerakannya. Makan minum lebih terurus, maklumlah sebelum ini selalunya lauk kedai, cuma masak nasi saja. Tidak dapat digambarkan perasaan bila makanan yang disediakan dimakan dengan penuh berselera oleh anak-anak dan suami. Inilah antara momen yang akan dikenang hingga bila-bila.

Tetapi aku yang dah berpuluh tahun bekerja dah tentu akan merindui alam pekerjaan yang tak pernah sunyi dengan politik, gossip, stress dan kawan-kawan sekeliling yang berbagai perangai..ramai yang suka mengambil kesempatan, juga rakan yang disangka rapat rupanya sanggup menjatuhkan kawan untuk kelihatan penting dimata bos. Juga yang terlalu berkira bila berkenaan wang timbul sehingga hilang sifat malu kerana meminta-minta tanpa memikir perasaan orang lain. Cukuplah kena berkali-kali & beralah..

 Tidak dapat dinafikan, seperti kata Pengurus Besar, Kanan, Berita Publishing, Pn Zaini Zainuddin sewaktu berkesempatan bersembang dengannya semasa ke pejabat untuk menyiapkan segala lapuran yang perlu, yang penting adalah disiplin. Beliau percaya tiada yang mustahil ditambah pula sekarang ini banyak terdapat kemudahan, bahkan jika kita berada di luar negeri pun masih boleh berkomunikasi melalui email, internet dan sebagainya.

Semoga hijrahku kali ini, walaupun kerana sebab-sebab yang tertentu dan lebih bersifat peribadi, akan menjurus ke arah yang lebih cemerlang..di dunia dan akhirat..in shaa Allah.

Friday, May 17, 2013

Persimpangan

Persimpangan

Di persimpangan itu
Yang mana harus kupilih
Yang inikah atau yang itu
Walaupun yang ini sudah sinonim dengan diri ini
Yang itu perlukan pembaharuan yang memang tidak pernah terjangkau oleh fikiranku
Semoga Allah membuka jalan buatku yang kebuntuan
Nilai-nilai murni yang masih bersisa
Aku akur, Allah
Tapi tiada yang kedua kalinya.

Saturday, May 11, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013



PWTC dari tingkat 5..semasa berada di booth copyright selama 3 hari


Pada 26/4/13 ke 5/5/13 bermulalah acara tahunan yang ditunggu-tunggu. Walaupun kali ini berazam akan ke sana jika ada appointment saja, tetapi boleh dikatakan setiap hari bekerja.






Berbagai aktiviti diadakan untuk menarik pengunjung datang ke gerai. Antaranya demonstrasi pelan langsir, sesi autograph bersama pelakon Amran Ismail (yang ini paling disukai Iman dan shasha), kehadiran arkitek dan kartunis Mie sempena BUKU terbaru beliau, Apa Cerita, dan demonstari ukiran sayur dan buah oleh Chef Sukor.


Pertandingan melakar kartun

Promosi Apa Cerita





Dari segi jualan keseluruhan pula, alhamdulillah..walaupun tak sebaik tahun lepas. Pru yang berlangsung pada 5 mei yang lepas antara faktor yang turut menyumbang kepada keadaan tersebut, pesta buku terpaksa ditutup awal sehari kerana dikhuatiri tiada pengunjung.

Chef Sukor sedang mengukir buah
Bagi jualan peribadiku pula..alhamdulillah, tuhan permudahkan segalanya. Walaupun pada mulanya banyak yang cancel order, alhamdulillah mencapai juga rm80k ++ setelah berusaha mencari di sana dan sini. Itupun belum termasuk order dari beberapa buah perpustakaan. Gembira dapat menyumbang untuk syarikat.


Monday, May 6, 2013

Selamat Bertunang Nur Qistina Bt Isa


28 April 2013 adalah tarikh yang amat bermakna buat Along kerana anak sulungnya, Nur Qistina melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya, Shahrul. Dua hari sebelumnya along baru saja menyambut hari lahirnya yang ke berapa ya long..27? He he he...




Terasa baru aje Tina lahir dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh arwah emak dan abah. Aku yang masa tu bekerja di NST, Bangsar, berulang setiap hari dari Seremban. Arwah abah masa tu selalu sakit2. Walaupun ada di rumah di sebelah malam saja, sekurang-kurangnya aku dapat memantau kesihatan allahyarham. Selalunya balik kerja aje aku akan terus mengambil Tina, berbaring di hadapan tv sambil meletakkannya diatas badanku. Selepas setengah jam barulah pergi mandi dan makan malam.


Tina diapit ibu dan bakal mentuanya
Berbalik pada kisah Along tadi, klu x silap enam bulan Tina duduk berjauhan dengan ibunya. Itupun masa Along nak bawa balik ke Bangi arwah emak macam redha tak redha aje...Sayang..comel sungguh Tina masa baby..


;Pesanan buat Tina, tempoh 2 tahun  seharusnya digunakan untik mengenali hati budi, bukan lesen untuk bertindak sesuka hati. Jaga hati IBU yang bersusah payah membesarkan anak-anak, jangan asyik nak moody aje, kesian kat IBU.



Melihat wajah Along usai majlis, berbaloi rasanya segala penat, tidur yang tak sampai sejam..potong sayur seawal 4.30 pagi, sebelum subuh, sebelum 7 pagi dah mula masak gulai daging.... kepala dan badan pun berdengung dan bergegar aje rasanya..kan Aida...he he he

Mak Cik....satu-satunya ahli keluarga arwah abah yang tinggal, dikelilingi Aida, Nora dan Alang


Tapi, kan long..sedap betul lauk kenduri tu..dan alhamdulillah semuanya sudah selesai..