26 OGOS 2012
Pagi seawal 7.30 am dah bersarapan di hotel. Apalagi..seperti biasa, roti & telur rebus aje..he he..InsyaAllah , itu aje yang boleh makan. Ke Ben Tharn Market membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang untuk yang tinggal. Dalam pukul 10.30 dah sampai ke bilik hotel, mengambil kesempatan untuk berehat sambil sms anak-anak & Aida untuk melepaskan rindu.
Pukul 1 ++ pm dah keluar, makan di sekitar area Ben Tharn di sebuah kedai makan kecil Melayu Champa yang beragama Islam. Makanan halal di sini boleh dikira cuma beberapa sahaja & agak mahal, dah jadi luxury food pula...
Gambar menunjukkann bangunan Bitexco Financial Tower yang menyerupai Menara Telekom di Malaysia.
Tiba di Airport dalam pukul 2.30 pm..suamiku menghantar sehingga ke kastam yang kelihatan begitu serius bekerja. Menurut suamiku, diorang nih strict sikit..Balik sorang-sorang (suamiku bekerja & akan pulang lagi 2 hari)..rasa kosong aje...ish ish ish..mcm lagu Najwa tu plak.
..
Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA seperti yang dijadualkan, Aida & family yang menjaga anak-anakku selama di sana telah siap menunggu dan menghantar pulang ke Sg Buloh...Alhamdulillah..
.
Terima kasih banyak-banyak buat Aida & Nizam..bukan senang tu nak menjaga 8 orang anak...he he
Juga buat suamiku..selepas 17@24 tahun..ianya sesuatu yang indah untuk dikenang...Happy Anniversarry..Harapan & doa kami seiring agar ikatan yang dibina kekal abadi dan kasih-sayang yang dibina sentiasa segar dan mekar mewangi sepertimana juga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment