Sunday, September 30, 2012

HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (2)

Lawatan ke Sungai Mekong.

25 OGOS 2012
Seawal 7.30 am kami sudah bersiap menunggu transport untuk ke Sungai Mekong. Jauh perjalanan cuma 110 km sahaja tetapi infrastrukturnya yang tidak begitu baik menyebabkan ia mengambil masa sehingga 3 jam untuk
tiba ke tempat yang dituju dengan menaiki bas. Sakit badan juga dibuatnya bila bas asyik terhenjut-henjut. Kata-kata pemandu pelancong wanita membuatkan kami ketawa, " why 3 hours, cause of the traffic jam..why jam..blame the policeman.." gilo dorang nih...he he

  Di sepanjang perjalanan kelihatan sawah padi yang diusahakan. Terdapat tiang elektrik ditengah-tengah air sawah..membuatkan kami terfikir..macam mana kalau short circuit? Begitu juga di tengah-tengah bendang terdapat kubur-kubur yang aku pasti merupakan kubur nenek moyang atau saudara terdekat..Nak tau apa komen Sham? Patutlah padinya subur...he he he. Keseluruhannya sawah padi di Malaysia, seperti di Kedah dan sekitar Kuala Selangor lebih indah & teratur berbanding di sana.
Berhenti di beberapa stesen untuk berehat dan meluruskan badan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuang air kecil & melepaskan dahaga.

 Sesampai di Sungai Mekong kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu diketuai oleh seorang wanita, manakala kami diketuai oleh Mr Tiger yang berbangsa Vietnam. Kami dibawa menaiki bot yang agak besar menyelusuri Sungai Mekong.

Gambar di sebelah menunjukkan majoriti di kawasan ini beragama kristian.  Di sepanjang perjalanan kelihatan banyak bot yang menjual barang-barang seperti buah-buahan, sayur-syuran dan berbagai lagi. Mereka berniaga dalam jumlah yang besar sebenarnya, sekurang-kurangnya 10 kilo dan ke atas. Jika perahu diikat di tiang dengan buah labu menandakan mereka menjual buah labu. Tiger turut menerangkan jika perahu atau bot malah rumah juga terdapat daun kelapa yang diikat diatasnya menandakan perahu atau rumah tersebut hendak dijual.

 Kami dibawa ke kampung tempat penduduk tempatan mengusahakan makanan seperti bertih beras, gula-gula kelapa dan beberapa jenis makanan lain. Selepas itu dengan menaiki bot semula kami menuju ke restoran yang terdapat di situ untuk makan tengahari. Dari bot, berjalan selama 7-8 min, kami dihidangkan dengan makanan yang telah dipesan dari atas bot lagi..Vegetarian adalah makanan yang selamat buat kami...Kami diberi masa sehingga 2.30 pm untuk berkumpul semula..ada yang melepak, berbaring di hammock yang di sediakan, ada yang berbasikal mengelilingi kampung.

Aku mengambil peluang untuk membuat panggilan..rindu tu..anak-anak...
Selepas makan kami dibawa pula menaiki sampan (satu sampan 4 orang) dan dikemudikan oleh seorang wanita. Lebih 1/2 jam tiba semula ke bot untuk dibawa pulang ke bas yang disediakan.
 Pulang, terpaksa mengharungi 3 jam dan akhirnya diturunkan disekitar Ben Tharn Market. Sempat melihat-lihat pasar malam berhampiran sebelum pulang ke hotel.

Malam tu makan di tempat yang sama seperti malam tadi. Walaupun penat, memang berbaloi ke sana, ditambah pula bersama orang yang tersayang...he he he

. ..

No comments:

Post a Comment