Thursday, December 29, 2011


Dua minggu yang lepas, ke Seremban, rumah Alang. Lama sungguh tak balik..rasanya sejak hari pertunangan Nora..maknanya dah 3/4 bulan..

Budak-budak seronok dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka, Sempat berbincang pasal kenduri Nora yang dijadualkan, InsyaAllah pada awal bulan Mac. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu, Nora balik dalam pukul 11.30 pm, Che' Shamsulnya keluar dengan Shasha & Iman (Ni mesti dorang nak bodek ayah dorang belanja makan kuew teow yang terkenal dengan kelazatannya di sekitar Seremban.) Danial & Ami sibuk dengan Laptop..tak habis-habis. Malam tu tidur agak lewat, masih berbincang tentang kenduri...ish, bukan kenduri bertunang atau tahlil tau..ni kenduri kahwin ni..


Ni kawan rapat sejak dari kecil, Danial & Ami yang cuma setahun tua dr danial




Tengoklah, kreatifnya Danish...he he he



Keesokannya, selepas sarapan, anak-anak dah tak sabar nak ke Port Dickson (Sri Pena le...mana lagi). Sempat singgah kat Alfio Raldo sekejap (Nora sempat promote malam tadi..tengah sale...he he he). Singgah pula di Bata, Giant..ada jualan murahlah juga..sempat beli kasut sekolah anak-anak...he he he. By time sampai kat PD dah pukul 4 pm++. Kali ini Ami pun turut serta..

Malam tu sempat ke town, pekena sate. Tempat yang kitorang makan tu amat digemari oleh Opah anak-anakku kerana keadaannya seakan di Gurney Drive di Penang (kat tepi lautlah kononnya). Balik, anak-anak masih beraktiviti hingga ke tengah malam.

Keesokan paginya sempat mandi sebentar di laut & kolam renang kerana kami terpaksa pulang awal ke KL. Suamiku terpaksa hadir untuk temujanji yang dibuat saat-saat akhir di Mines Hotel. Dah tentulah aku dan anak-anak ditinggalkan di Mines Shopping Complex untuk lunch. Sepanjang perjalanan ke KL  terdengar suara-suara rungutan tidak puas hati kerana terpaksa pulang awal...he he he..



Monday, December 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY OPAH!


Cuti Krismas yang lepas, kami ke Restoran Zam-zam di Shah Alam yang menghidangkan makanan Arab, untuk meraikan hari lahir Opah kesayangan anak-anakku. Turut serta adalah bapa mentuaku, Naza & family, Shila, dan Pak Su Mamat. Kenapa makanan Arab? Bukan steak kat The Ship, tak pun kat Secret Recipe, sate pun ok jugak..pizza ke...antara soalan yang diajukan termasuk suamiku. Nak tahu apa jawapannya?." Mak teringin nak makan makanan Arab..."  Ooohhhh...

Di bawah adalah antara gambar yang sempat diambil semasa di sana. Pinggan suma dah kosong memandangkan masa tiba sorang pun tak ingat nak ambil gambar sebab suma dah lapar...he he he, al-maklumlah..lewat sikit lunch kitorang ari tuh..dalam pukul 3.30 pm ++...he he he
Bday girl dikelilingi dayang-dayang sahaya...he he he..Atuk, Naza, Shila, Iman dan Danish



Sicomel Danish & Nur Iman Bisyarah





Kami doakan agar Mak sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah & sentiasa diberkati & dirahmati OlehNya...Amin!! Happy Birthday Mak!

Saturday, December 3, 2011

HIJRAH

Jika berada lama di sesebuah syarikat, bersedialah menghadapi kemungkinan jika ditukarkan ke jabatan yang berlainan. Ini adalah perkara biasa, malah di dalam handbook pun telah termaktub yang pekerja perlu mengikut arahan majikan jika ditukarkan ke jabatan atau cawangan lain (jika ada). Banyak faktor yang menyebabkan pertukaran ini, antaranya kenaikan pangkat, prestasi kerja yang semakin menurun atau menaik, pekerja yang semakin tepu dengan kerjanya dan perlu dibaikpulih semangatnya, juga memberi peluang kepada pekerja untuk menimba pengalaman baru. Ada juga disebabkan politik syarikat atau orang tertentu yang tidak mahu pekerja berada di jabatan itu atas sebab-sebab yang tertentu.

Aku juga pernah mengalami pertukaran ini. Setelah berbelas tahun di Production, akhirnya ditukarkan ke Langganan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya konsep  "first in, last out" diamalkan. Tetapi kes aku ni lain sikit..tak apalah..aku  percaya setiap sesuatu tu ada hikmahnya yang tersendiri..Allah Maha Mengetahui..

Berbalik pada pertukaran tadi...amat bertuahlah sekiranya rakan sekerja baru memberi sokongan, tapi jika sebaliknya..usah risau..percayalah..jika tujuan kita baik semuanya akan berjalan dengan lancar (walaupun memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi!)

Pengalamanku sendiri tidaklah semanis mana. Title Senior & masuk ke tempat orang bukanlah sesuatu yang digemari. Tapi aku tetap berusaha untuk mengimprove kekurangan yang terdapat di jabatan ini. Aku percaya kalau kita  boleh bekerja, bagus @ ada sikap ingin memajukan diri sendiri (perasan sendiri..he he he) kerja di mana pun, InsyaAllah akan mendatangkan hasil. Alhamdulillah dengan niat mencari rezeki untuk membantu suami & untuk anak2, juga selalu mengingatkan diri sendiri yang kerja itu adalah ibadah..akhirnya semuanya beransur lancar. Tetapi rupanya..orang tidak senang jika kita bekerja dengan bersungguh-sungguh, yalah..kesilapan, keburukan dan kelemahan diri sendiri akan terlihat dan terungkai dengan sendirinya..fitnah pula menjadi senjata utama.
Yang aku tak faham, ada juga yang percaya dengan membabi buta, tanpa usul periksa. Manusia diberi akal fikiran supaya boleh & bijak menimbang baik buruk sesuatu perkara. Rakan subahat (ha ha ha..macam cerita drama swasta la pulak) inilah yang menambahkan lagi asam & garam fitnah yang dah tentu tak betul nih...Jangan main-main, bahayanya fitnah ini, boleh sampai membunuh..fikir-fikirkanlah..

Walaupun pada mulanya ada yang termakan dengan kata manis bergula, tetapi lambat laun segalanya akan terungkai.Sesungguhnya seumur hidupku ini adalah antara dugaan yang  besar & berat yang pernah kualami. Tidak kusangka ada manusia yang bersifat begini lantaran dikuasai hawa nafsu dan hasad dengki. Walaupun segalanya kini sudah berakhir, tetapi hingga kini semuanya masih segar di ingatan dan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga, hasad dengki adalah satu perkara yang amat keji dan jangan sekali-kali titik hitam itu hinggap di hati kita.

Kesimpulan yang dapat kubuat adalah kita tidak boleh menilai seseorang atau sesuatu itu dari luaran sahaja. Sesungguhnya solat & iman itu amat penting untuk setiap umat Islam, selain tuntutan agama, ia juga sebagai perisai untuk diri sendiri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan, membersihkan jiwa dari segala hasad dengki dan sebagainya. Yang penting, kesabaran & ketabahan yang kita perlukan untuk mengharungi kehidupan di alam ini.

Berbalik pada pertukaran tadi..setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang tersendiri. Ada baik & ada buruknya. Terpulang kepada kita untuk memandang sesuatu perkara itu. Akhirnya selepas sekian lama, rasanya lebih dari 5 tahun, aku terpanggil untuk menulis tentang cerita ini. Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi sebagai pengajaran & peringatan kepada diri sendiri & semua. Semoga kita semua dijauhi dari segala kemungkaran. Allah sentiasa di pihak hambanya yang benar..

Sempena Maal Hijrah yang baru saja berlalu ini, marilah kita menadah tangan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih menjanjikan kebahagiaan, keharmonian, ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia & akhirat, dan segala yang terbaik buat kita semua.

Akhir kata, sehingga bertemu kembali..