Thursday, October 27, 2011

LANGKAWI 2011 (Part II)


 TERBANG HELANG...MAKAN,  HELANG

Destinasi seterusnya adalah agenda memberi makan burung helang. Ini adalah pengalaman yang pertama bagi kami sekeluarga. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata..jika berpeluang ke Langkawi, bolehlah dipertimbangan kegiatan lawatan sebegini.

Helang yang banyak berterbangan di udara




Lihatlah Helang yang berebut-rebut, menyambar umpan di permukaan laut..
Enjin bot dimatikan. Bunyi pisau diasah oleh pemandu bot manarik perhatian kami..Helang yang banyak berterbangan di sekitar pulau yang berdekatan turut riuh berbunyi. Selain bot kami, ada lagi 5 atau 6 bot kelihatan di sekitar. Selepas memotong umpan (mungkin ikan), dicampak ke tengah laut. Helang turun menyambar makanan tersebut seekor demi seekor hingga tiada  lagi makanan yang tinggal.

Semua yang berada di dalam bot terdiam menyaksikan pemandangan yang menakjubkan ini..(selain kami ada sebuah keluarga lagi yang menaiki bot).

Pengalaman yang berharga dan mungkin kami akan berkunjung ke sini lagi jika berpeluang ke Langkawi..

Bersambung ke pulau seterusnya...


LANGKAWI 2011 (PART III)

Iman & Shasha berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah
 PULAU BERAS BASAH 

Seterusnya ke Pulau Beras Basah. Di sini kami dibiarkan selama sejam untuk menikmati keindahan pulau ini. Ramai yang telah sampai lebih dahulu dari kami sedang mandi-manda dan ada juga yang cuma berehat di tepi pantai. Ramai pelancong dari Barat juga mengambil kesempatan untuk berjemur.

Danial dengan aksinya yang  bersahaja

Danish & Sarah sedang dijirus air telaga


Di belakang Iman & Shasha kelihatan papan tanda Beras Basah











Anak-anakku turut mandi di laut. Aku & suamiku yang terchenta cuma duduk di tepi pantai memerhati . Cuaca yang panas terik juga merupakan faktor kami tidak jadi mandi. Selepas mandi, sebuah telaga disediakan untuk membilas badan, membersihkan diri dari air garam.





 




 

Kami disambut oleh sekumpulan monyet yang memang banyak terdapat di sini. Hati-hati bila makan dan minum, monyet-monyet ini akan mengikut anda dan cuba merampas apa yang kita pegang. Aku yang baru berniat untuk membuka roti & tuna, terbantut..maknanya kena tunggu sampi hotel baru boleh makan...ish ish ish...

Perjalanan dari pulau ke pulau ini memakan masa lebih dari 4 jam. Setelah tiba di hotel, anak-anak sibuk mandi di swimming pool. Aku yang memang lapar, penyudahnya makan roti di tepi kolam renang aje..he he he.
Dalam pukul 4.30 petang, lepas berehat sebentar dan bersolat, kami keluar untuk makan dan apa lagi..shopping...chocolate, chocolate, chocolate...





Keesokan tengaharinya, kami pun pulang dengan hati yang puas...cuma Che Shamsulnya aje yang muka tak larat nak drive..jauh tuh...he he he. InsyaAllah, kalau berpeluang kami akan ke sana lagi...

Jumpa lagi...

Wednesday, October 26, 2011

LANGKAWI 2011 (PART 1)





Weekend yang baru berlalu ni, aku turut mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan memandangkan anak-anak bercuti (bersambung dengan Deepavali). Jadi cuti 5 hari tu seharusnya digunakan sebaik-baiknya.....

Di jeti Kuala Kedah
Destinasi kami adalah ke Langkawi selepas bodek tahap ke 7 digunakan oleh anak-anak ke atas ayahnya. Last minute sangat sebenarnya. Segala urusan booking, hotel, kereta sewa dan sebagainya dibuat oleh suamiku pada hari Sabtu..dan  hari itu juga selepas Maghrib kami bertolak ke Kedah. Perjalanan di waktu malam ni memang digemari ....

Akhirnya kami tiba & solat Subuh di Gurun..itu pun dah berapa kali drivernya stop untuk berehat seketika. Minum pagi di Kuala Kedah dan terus ke Jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri dijadualkan bertolak pada pukul 9.30 am. Anak-anak sangat teruja bila menaiki feri yang selesa. Sejam setengah tiba di jeti Langkawi, terus mengambil kereta sewa yang dijanjikan.

Selepas makan tengahari terus menuju ke hotel Aseania yang terletak berhampiran Pantai Cenang.  Petang, aktiviti dihabiskan di swimming pool sahaja.









ISLAND HOPPING - 1)  PULAU DAYANG BUNTING

Hari Kedua, selepas bersarapan seawal 9.00 am pangangkutan telah sedia menunggu di lobby untuk island hopping. Iman & Shasha amat teruja sungguh sejak malam tadi. Kami berkumpul di jeti Pantai Cenang sebelum dibahagi-bahagikan kepada bot yang disediakan.



Di jeti Pantai Cenang



Si comel Danish dengan kakak-kakaknya


Destinasi pertama, adalah Pulau Dayang Bunting. Enjin bot dimatikan dan memang bentuk pulau seakan wanita mengandung yang sedang berbaring. Malangnya, gambar yang diambil sebanyak 2/3 kali hilang. Sesampai di jeti, Iman diserbu oleh seekor monyet yang cuba menarik begnya. Beg Danial yang berisi roti & tuna tidak diganggu pula.., rupanya kemudiannya baru kutahu yang Iman membawa sebotol air gas. (Dlm perjalanan balik lagi sekali beg cuba dirampas, kali ni Danial yang bawa beg Iman tu..air gas berjaya dibawa lari oleh monyet itu...ish ish ish..)

Dlm perjalanan ke Tasik Dayang Bunting (menaiki anak tangga dlm 10 min perjalanan)


Iman berlatarbelakangkan Tasik Dayang Bunting
Semua tidak melepaskan peluang merendam kaki


Angin yang agak kuat hampir melayangkan pario Shasha



Keli, bila diberi makan, akan berkerumun di celah-celah kaki...geli...


Kaki siapakah ini? he he he




Danial & Sarah tidak melepaskan peluang membaca sejarah - lagenda Tasik Dayang Bunting.

Selepas menaiki anak-anak tangga selama 10 min perjalanan, kami tiba di Tasik Dayang Bunting. Sarah & Danish tidak melepaskan peluang mandi di kolam yang disediakan (air tasik).

LAGENDA TASIK  DAYANG  BUNTING

Menurut lagenda tempatan, ia bermula apabila seorang teruna bunian bernama Mat Teja telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seorang gadis bunian bernama Dayang. Dengan bantuan air mata duyung yang disapu ke wajahnya, Mat Teja telah berjaya memenangi hati Dayang. Hubungan cinta mereka yang intim & romantis menjadi lengkap dengan buntingnya Dayang.

Dayang kemudian mengambil kesempatan untuk bersemayam di kawasan Tasik Dayang Beranak untuk bersalin. Setelah genap 9 bulan, Dayang yang bunting telah melahirkan seorang anak, tetepi malangnya anak tersebut telah meninggal dunia selepas 7 hari dilahirkan.

Disebabkan terlalu sedih & kecewa, Dayang mengambil keputusan untuk menyemadikan anaknya ke dalam tasik.

Tasik ini dinamakan Tasik Dayang Bunting sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan ini.

Bersambung ke pulau seterusnya...



Tuesday, October 11, 2011

Happy Birthday Aida!

Tanggal 11hb Oktober merupakan hari yang amat istimewa buat adindaku...Aida. Merupakan anak yang ke 6 dalam 8 beradik. Semaasa kecil, wajahnya amat comel, dengan kulit yang agak putih, bermata bulat dan rambut yang bergulung cantik di bahagian bawah. Kalau tidak, masakan Aci Tony (gelaran untuk jiran sebelah rumahku semasa duduk di kuarters) sering meminjam Aida dan dibawa ke rumahnya. Nak jadi cerita suatu hari sebaik pulang dari rumah sebelah, Aida telah disiap & dipakaikan "nandek kecil" yang berwarna hitam...sudah...kecoh kejap kitorang masa tuh...he he he.

Selepas berhijrah ke Seremban, beliau seingatku merupakan seorang yang amat disukai dan disayangi oleh rakan-rakan semasa alam persekolahan. Dari seorang yang lasak & agak ganas semasa kecil, wataknya bertukar menjadi lemah lembut di alam remajanya. Merupakan salah seorang "anak favourite" arwah emak yang akan cuba memberi apa sahaja yang di minta..

Sekarang masih bekerja di TV3 dan mempunyai 3 orang anak, hasil perkongsian hidup dengan suami yang tercinta, Nizam. Merupakan favourite Auntie annak-anakku. Cerita pasal Aida, ada beberapa insiden yang agak sukar untuk kulupakan. Sebenarnya diawal perkahwinan, dia telah melahirkan seorang bayi tetapi Allah lebih menyayangi bayi tersebut, Lahir, tali usus berbelit dileher, dan doktor tidak dapat menyelamatkan bayi tersebut. Masih kuingat lagi dia yang sudah sakit untuk bersalin tetapi cuma dimasukkan ke wad biasa di HUKM dan diinjek dengan ubat tahan sakit. Kelewatan ini yang mungkin antara yang menjadi faktor bayi terbelit & lemas.

Pagi itu, aku yang baru aje tiba di Printer di Bangsar bergegas ke HUKM setelah disampaikan berita yang baru diketahui dari Nizam tentang keadaan mereka yang baru kehilangan. Sepanjang perjalanan ke hospital airmata keluar tidak berhenti-henti, manakala suamiku cuma diam memandu. Bayi pertama yang amat ditunggu-tunggu telah tiada dan aku turut merasai betapa besar tekanan yang dihadapainya..Masih segar diingatan ketika melawatnya malam semalamnya selepas pulang dari kerja untuk melihat keadaannya. Mukanya berkerut menahan kesakitan dan mengantuk kesan ubat tahan sakit yang diberikan..

Sesampai nya di sana aku dapat meloloskan diri ke labour room & sempat melihat wajah suci bersih itu..saling tak tumpah seperti uminya. Tangisan kecewanya beransur perlahan dan semangat yang sebelum ini mulai pudar semakin baik dengan sedikit kata-kata perangsang..." sesungguhnya bayi itu dah tentu syurga tempatnya dan merupakan golongan syufaat, menunggu uminya di pintu syurga di kemudian hari... " Subhanallah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Jika keadaan memaksa, dia jugalah tempat aku meninggalkan kelima-lima anakku jika kami berdua terpaksa bekerja di hari Sabtu atau Ahad. Kami juga sering berbincang jika ada sebarang masalah atau kekusutan..tak kiralah di rumah atau di tempat kerja..

Semoga, beliau sentiasa dirahmati & diberkati Allah. Diberi kesabaran & ketabahan yang tinggi dalam kehidupan sehari-hari. Agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya dunia & akhirat. paling penting kesihatan yang baik dan dikurniakan anak-anak yang soleh...amin!

Friday, October 7, 2011

RAYA LAGI....

Bergambar dengan Zura semasa di Cameron Highlands

Syawal baru aje berlalu. Tapi ramai yang masih meraikannya disebabkan oleh masa yang agak terbatas. Aku juga tidak ketinggalan. Ahad lepas, Su & family datang berkunjung ke rumahku. Selepas itu kami ke rumah Zura pula di Kota Damansara.

Rupanya kami yang terawal tiba. Nasi Goreng Cina  dan steambot merupakan menu hari itu. Sedap dan lain dari yang lain..kalau asyik rendang dan ketupat aje pun tentu jemu. Ikuti apa komen-komen anak-anakku :

"Mama, sedap betullah.." Kata Danial.

"Ninish nak sotong ngan udang tuh...cicah sos..sedaplah mama.., nak lagi.." siapa lagi, kalau bukan Danish.

Si comel Sarah pula, "Mama, sedaplah...nanti mama wat cam ni, ya.."

"Sedaplah mama, kita dah kenyang, tapi rasa macam nak makan lagi.." tambah Shasha dan disokong pula oleh Iman.

Bila dah ramai-ramai tuh, macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Kelihatan Sarah & the gang di satu sudut. Sarah menjadi mama kepada Umairah & Nurin. Tiga bear Sarah Yasmin dipinjam & diperlakukan seperti  bayi. Ke hulu ke hulir mendukung baby, akhirnya kusyen Sarah Yasmin dari bilik di bawa keluar...

Tiga dara pula berkurung dibilik..(Iman, Shasha & Sarah Yasmin) entah apa yan dibualkan. Asyik berbual dan ketawa tak henti-henti. Danish sibuk bermain dengan abang Amirul. Penyudahnya petang abang Amirul ke padang bermain bola, Danish patah kaki..nak joint kakak main mak-mak..tak mungkin...

Danial, cool aje, seperti biasa..lepak,tengok TV..

Balik, Nurin sempat berpesan kepada mamanya (Sarah le, siapa lagi..) " Sarah, Sarah...nanti kita main mak-mak lagi ya..." ha ha ha







Thursday, October 6, 2011

BREAK JAP..

Babak 1


Pada suatu petang Danish datang menghampiriku lalu berkata "Mama, ada ke tak?" "Apa yang ada apa yang tak da?" balasku. "Jawab apa-apa aje.." katanya. Aku yang malas nak berteka teki lalu menjawab "tak.." " Ada aku kisah..." katanya dengan muka yang amat comel.

Ni dah tentu pengaruh Raja Lawak yang menjadi siri kegemaran anak-anakku. Alahai...


Babak 2

Pada suatu hari yang sejahtera, aku ke sebuah kedai untuk membeli barang-barang membuat coklat. Danish & Sarah kupesan supaya duduk di dalam kereta dengan ayah dan kakak2 serta abang. Maklumlah, kalau si comel 2 orang ni turun, barang ke mana, nanti sibuk pula nak melayan keletah diorang tu. Semasa sibuk memilih tiba-tiba suamiku menghampiri sambil melihat-lihat barangan yang dijual di situ.

Entah macam mana 2 beradik ni tiba-tiba di sebelahku walaupun telah di pesan oleh ayah mereka supaya jangan keluar dari kereta. Apa lagi, kedai gamat dengan gelagat si comel 2 beradik nie. Mungkin bosan menunggu Iman & Shasha juga keluar melihat-lihat di sekitar.

Selepas membayar di kaunter kami bergerak ke kereta. Danish & Sarah dihadiahkan cubitan oleh ayah kerana tidak mendengar kata. Sambil menangis & berjuraian air mata Danish berkata "Mama, Danish tak fahamlah..kenapa Danish dan Kak Sarah kena cubit, tapi Kak Iman & Kak Shasha tak kena...Danish betul-betul tak faham...." sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku lantas memandang suamiku dan kami terdiam dengan pertanyaan anak kecil yang masa tu baru berumur 4 tahun. Alahai...


Babak 3

Suatu hari, sebaik tiba di rumah, pulang dari kerja, aku dihampiri Danish.

"Mama, ada berita hangat, ada berita hangat..." Aku yang agak kagum mendengar perkataan baru yang keluar dari dua ulas bibir kecil tu turut teruja nak mengetahui apakah berita yang hendak disampaikan itu..

"Cikgu kata esok cuti, tak payah pegi sekolah..." la..hangat sungguh...