Semalam, terpaksa balik menggunakan perkhidmatan komuter. Menaiki cab dari office di Jalan Klang Lama ke Mid Valley.
Setibanya di hentian komuter Mid Valley, tidak jauh dari tempat ku berdiri (tempat duduk semua dah penuh), kelihatan sebuah keluarga duduk di tempat yang disediakan. Aku yang mulanya memang tidak menghiraukan keadaan sekeliling, terpanggil untuk terus melihat aksi keluarga tersebut. Rasanya semua yang berada berhampiran juga melakukan perkara yang sama.
Keluarga ini mempunyai 6 orang anak yang masih kecil. Penampilan mereka, macam mana nak ku terangkan ya...anak-anak ini kelihatan amat comot dan rumusan yang kubuat, mereka ni mungkin orang susah yang datang dari kampung. Anak yang kecil sekali tidur di dalam stroller dalam keadaan telangkup..cuma memakai t-shirt dan pampers, tidak juga dikenakan seat-belt..yang serasa ku bila dia bergerak aje dikhuatiri terjatuh. Umur baby tu dalam 5 bulan. Ibu mereka bersaiz amat kecil & kurus manakala ayahnya pula agak tinggi dan gemuk. Beg haversack biru disandang di belakang dan sebuah beg beroda tidak jauh dari mereka.
Mungkin anak-anak itu mengikut ibu kerana semuanya bersaiz kecil. Anak-anak yang lagi 5 orang tu sibuk bergurau, malah anak yang ke 5, (berusia 3 thn, yang baru kuketahui kemudiannya) yang amatlah kecil saiz badannya (seperti Danish masa 1++ tahun) berlari ke sana sini, bermain lif dan sesekali menghala ke arah jalan tren. Seriau sungguh melihat keadaan ini. Ayahnya asyik membaca manakala ibu mereka mengambil sikap tidak acuh.
Tidak lama kemudian baby terjaga dan anak kedua (perempuan) segera mengangkat & mendukung adik kecilnya itu. Dia mendukung adiknya sambil berjalan ke sana ke mari. Ada satu ketika dia melepasi garisan kuning sambil menunduk untuk meninjau samada tren sudah tiba. Aku terjerit kecil masa tu..seriau sungguh rasanya, takut kedua-duanya jatuh ke landasan. Tidak lama kemudian tren pun tiba. Ibunya beratur di belakangku ambil tersenyum. "Saya sakit, tak boleh nak dukung anak" katanya lalu sibuk menyuruh anaknya yang sulung berumur 11 tahun untuk mendukung baby tersebut. Aku cuma mampu tersenyum mengangguk sambil berkata "ohh..." "Nak ke mana" tanyaku lagi. " Nak balik kampung di Perak, dari Ulu Langat...nak naik bas ekspress tak mampu..RM20.00 seorang..."
Tren tiba dan si Abang meluru masuk sebaik orang habis keluar. Aku yang berada di belakang si Abang yang mendukung baby dan adik perempuannya, tidak dapat membiarkan mereka begitu sahaja. Terpaksa juga meminta laluan dari orangramai untuk mereka dan secara kebetulan pula tren amat padat pada ketika itu, maklumlah..waktu orang habis bekerja. Alhamdulillah, terima kasih pada penumpang yang baik hati memberi tempat duduk pada mereka. Sebaik ibunya tiba aku bertanya mana suami & 2 anaknya. Rupa-rupanya, suami & 2 anaknya masih di stesen Mid valley kerana tren terlalu penuh dan mereka berjanji untuk berjumpa di stesen Putra. Kisahnya...
Kami bersembang. Dan ceritanya membuatkan ku termenung sejenak..
Rupanya mereka memang dari Ulu Langat, dan mungkin nak berhijrah ke kampung di Sg Siput atas masalah peribadi. "Itulah ni, nak balik ni pun, kawan-kawan bagi sorang 10/20 ringgit...tupun tak cukup lagi ni..tengoklah macam mana.." katanya sambil tersenyum. Maknanya mereka cuma bertawakal pada Allah ...
" Saya ni sakit.." Saya menyoal "sakit apa?" sambil memegang tangan baby yang sedang menyusu badan ibunya itu. "Tiroid dan asma.." ujarnya lalu menyelak tudung menunjukkan bengkak di leher.
Tidak lama kemudian tren tiba di stesen Putra..aku, sebelum itu berpesan berkali-kali pada si Abang supaya berhati-hati, dan si adik supaya memegang baju ibu & abang, jangan dilepas. Tapi, alhamdulillah..sesak pun..semua amat bekerjasama membantu keluarga ini. Lega bila nampak mereka berada di luar tren bersama dan sebelum tren berlalu aku sempat membalas lambaian ibu & anak-anaknya yang menunggu tren berikutnya pula yang membawa suami & 2 anaknya. Sungguh, betapa besarnya bagi mereka walaupun seringgit dua yang kita hulurkan. Mana tau, kalau tambang aje dah tak cukup..makan minum anak, apatah lagi...
MORAL OF THE STORY buat siapa yang tak berapa clear tu (u know who u are...he he he) ialah kita harus sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala segala kurnianNya. Bagaimana jika kita ditempat mereka, mampukah kita menghadapinya. Tawakal jika kita ditimpa musibah, tetapi tentulah selepas habis daya usaha dan yang penting doa, doa & doa. Kerana bukankah agama islam sendiri menyeru agar umatnya berusaha, berdoa dan baru bertawakal kepada Allah. Tawakal bermakna penyerahan diri supaya Allah yang menentukan segalanya, tak perlu nak pening2 kepala pulak sampai stress bagai bila dilanda musibah. Ini, ada separuh orang, baru barang hilang sikit, dah tension giler, sampai menyusahkan orang lain...ish ish ish..Juga ada ketika mungkin kita akan susah, jadi jika berkesempatan, rajinlah bersedekah walaupun seringgit dua, bukan ke bersedekah amalan yang mulia..
Hmm...macam mana pula pendapat anda semua ya tentang keluarga itu ya?
Oh sedih sekali, tak tahu nak kat apa...
ReplyDelete