Wednesday, November 24, 2010






Salam buat semua...

Cuti sekolah baru aje bermula..bermakna bermulalah episod buat ibubapa dengan ragam anak-anak di rumah. Biasalah diorang ni bila dah berkumpul reramai nie..macam-macam perangai, time baik tu baik sangat, yang tak tahan time bergaduh tuh..Rumah apatah lagi, kemas sekejap aje, dah bersepah semula..

Baru-baru ni, berkesempatan ke Tiara Beach resort di Port Dickson dengan Aida & family sempena cuti sekolah. Secara kebetulan Aida mempunyai kawan di TV3 yang menyewakan apartment 2 biliknya dengan harga yang amat berpatutan. Jadi ke situlah destinasi kami pada awal cuti sekolah yang lalu.

Plannya, pagi-pagi lagi nak bertolak, tapi beberapa hari sebelumnya, Shasha datang menghampiriku sambil berkata "Mama...kalau kita bertolak pergi PD tu pukul 1 tengahari boleh tak?" "Kenapa?" soalku. "Hari Sabtu ni kita kena gi sekolah, ada anugerah cemerlang..mama ngan Ayah pun cikgu suh datang.."tambahnya lagi." Kalau camtu, takpalah..." sahutku..Alhamdulillah..mana mungkin aku akan melepaskan salah satu hari pentingnya hanya kerana nak berjalan...biar betul..

Pagi Sabtu tu seawal 8 pagi, aku dah tiba di sekolah. Rupa-rupanya dah penuh kerusi yang disediakan di bawah khemah. Punyalah ramai orang hingga ada yang terpaksa berdiri. Danish yang menemaniku sibuk bertanyakan Kak Shashanya yang ditempatkan di tempat menunggu untuk murid-murid yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua, Pengerusi PIBG dan dirasmikan oleh jemputan VIP. Selepas itu dimulai dengan penyerahan sijil & hadiah bagi murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang baru aje berlalu. Diikuti dengan penyerahan sijil bagi pra sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan seterusnya. hui...lama sungguh nak tunggu giliran Shasha yang berada d Tahun 4. Acara diselang-selikan dengan pertunjukan pentas seperti drama musikal, permainan kompang dan sebagainya. Paling membanggakanku, salah seorang tokoh yang terpilih telah mewakili permainan chess sehingga ke peringkat antarabangsa seperti di Cina, Vietnam dan sebagainya...

Pulang, sempat mengusik Shasha, " Tak teringin ke 2 tahun lagi Shasha pakai jubah & topi macam UPSR student tu?" Shasha cuma tersengih panjang. Mama doakan agar Shasha sentiasa berjaya di dunia dan akhirat, tapi kalau nak sesuatu tu usaha kena kuat sikitlah...




Balik, kitorang pun bertolak ke PD.

Tiara Beach Resort ni rupanya amat disukai kerana konsep waterparknya. Ala-ala Sunway Lagoon smalller version gitu....he he he.



Haikal & Dina

Sarah & Dina

Entah apa yang dibualkan dua beradik nie..

Lepas makan malam, ingat nak tengok movie yang disediakan..rupa-rupanya kitorang terlewat...dah habis

Seronok sungguh anak-anakku bila bertemu dengan sepupu2 mereka yang kecil & auntie favourite diorang tuh...mandi sampai semua dah gelap, especially Iman & Shasha..sampai bahagian belakang & muka diorang hingga kini terasa perit akibat terlalu lama mandi di tengah panas & tak memakai sun block terlebih dahulu..




p/s- gambar Shasha nantilah saya uploadkan..

Monday, November 8, 2010

Tahun 2010 hampir ke penghujung. Azam tahun baru? Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. 2011..dengan lebih tanggungjawab yang perlu dipikul dan digalas jika perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Semoga Allah mempermudah serta melancarkan segala yang perlu kulalui.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran pada kami untuk meneruskan kehidupan di bumi ini. Kesabaran dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat. Adakala mungkin kita tersasar..kesilapan itu adalah atas kelemahan diri sendiri..semoga Allah memberi ketabahan, kesabaran yang tinggi buat kami demi merealisasikan impian & harapan yang murni ini.

Cerita anak-anak memang tak habis-habis...ragam, asam garam yang pelbagai. Hari ini lain, esok mungkin tak sama.

Sekarang tentu semua ibubapa sedang sibuk menyediakan segala alat kelengkapan sekolah buat anak-anak. Mana nak beli baju sekolah, sekolah agama, beg sekolah, kasut sekolah, buku tulis, stationery dan lain-lain lagi. Itu belum yuran, registration fee dan macam-macam lagilah. Itulah tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi anak-anak yang tercinta. Semoga pengorbanan kita ini akan mereka ingat sampai bila-bila...bukan balasan yang kita minta, cuma ingatan, kesedaran pada mereka untuk lebih menghargai pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak. Supaya mereka sedar akan tanggungjawab yang perlu pula mereka lakukan untuk diri mereka sendiri khasnya dan ibubapa amnya. Belajar sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu..demi masa depan.


Mengimbas kembali zaman persekolahanku sendiri dahulu membuatkanku cukup terharu dengan pemgorbanan kedua ibubapa. Membesarkan nak-anak yang seramai 8 orang bukan suatu perkara yang mudah. Arwah emak adalah seorang surirumah sepenuh masa manakala arwah abah yang dulunya bekas british army di Singapore yang telah bersara pada usia 30 an. Dan melalui zaman kemelesetan yang melanda Malaysia ketika itu. Selepas berusaha mencari kerja sepulangnya dari Singapore akhirnya berpeluang bekerja di Telekom sebagai driver.

Gaya hidup sebelum itu yang agak mewah terpaksa di adjust dengan cara hidup yang baru. Alhamdulillah berkat didikan ibubapa, kami anak-anak ini sentiasa mensyukuri setiap apa yang ada...tidak pandai berkeluh-kesah. Berapa sangatlah gaji sebagai driver pada masa itu...kami yang semakin membesar...seingatku, setiap bulan seguni bekalan beras yang perlu disediakan. Subhanallah...

Masihku ingat lagi, masa tu abangku yang ke2 diterima masuk ke ITM di Shah Alam. Betapa gembira dan bangganya kedua orang tua tu. Secara kebetulan emak dikurniakan sedikit kelebihan, apa yang dibuat InsyaAllah menjadi..ayam-ayam yang diternak pada mulanya secara suka-suka saja membiak dengan begitu banyak sekali. Jadi kami yang masa tu masih kecil, begitu seronok membantu menangkap ayam beramai-ramai (betul-betul macam cerita Lat, Budak Kampung yang disiarkan di TV) untuk dijual pada Apek yang akan menimbang berat ayam-ayam ni dengan dacing yang dibawa. Bila dingat-ingatkan kembali, dengan jumlah ayam dan duit yang diterima pada masa tu memang tak berbaloi...tapi sekurang-kurangnya dapat menambah-nambah untuk menampung serba sedikit perbelanjaan abangku tu nanti...

Alhamdulillah, sekarang anak-anak tidak perlu melalui apa yang telah kami lalui..Semoga urusan Allahyarham & Allahyarhamah sentiasa dipermudahkan di sana & moga mereka ditempatkan di tempat orang yang beriman dan beramal soleh...Amin!!

Sunday, November 7, 2010

Happy Birthday Sarah & Danial




Birthday Danial dan Sarah hari tu jatuh pada bulan November. Sarah 3hb November 2003 dan Danial 15hb November 1996. Genaplah unmur Danial 14 tahun dan Sarah 7 tahun pada bulan nie...just nak share gambar-gambar diorang...Mama sentiasa mendoakan agar kalian berjaya di dunia & akhirat, sentiasa diberkati & dilimpahi rahmatnya...Amin!!





Danish, seperti biasa, dia yang lebih...


Wednesday, November 3, 2010

Renungan Sejenak

Semalam, terpaksa balik menggunakan perkhidmatan komuter. Menaiki cab dari office di Jalan Klang Lama ke Mid Valley.

Setibanya di hentian komuter Mid Valley, tidak jauh dari tempat ku berdiri (tempat duduk semua dah penuh), kelihatan sebuah keluarga duduk di tempat yang disediakan. Aku yang mulanya memang tidak menghiraukan keadaan sekeliling, terpanggil untuk terus melihat aksi keluarga tersebut. Rasanya semua yang berada berhampiran juga melakukan perkara yang sama.

Keluarga ini mempunyai 6 orang anak yang masih kecil. Penampilan mereka, macam mana nak ku terangkan ya...anak-anak ini kelihatan amat comot dan rumusan yang kubuat, mereka ni mungkin orang susah yang datang dari kampung. Anak yang kecil sekali tidur di dalam stroller dalam keadaan telangkup..cuma memakai t-shirt dan pampers, tidak juga dikenakan seat-belt..yang serasa ku bila dia bergerak aje dikhuatiri terjatuh. Umur baby tu dalam 5 bulan. Ibu mereka bersaiz amat kecil & kurus manakala ayahnya pula agak tinggi dan gemuk. Beg haversack biru disandang di belakang dan sebuah beg beroda tidak jauh dari mereka.

Mungkin anak-anak itu mengikut ibu kerana semuanya bersaiz kecil. Anak-anak yang lagi 5 orang tu sibuk bergurau, malah anak yang ke 5, (berusia 3 thn, yang baru kuketahui kemudiannya) yang amatlah kecil saiz badannya (seperti Danish masa 1++ tahun) berlari ke sana sini, bermain lif dan sesekali menghala ke arah jalan tren. Seriau sungguh melihat keadaan ini. Ayahnya asyik membaca manakala ibu mereka mengambil sikap tidak acuh.

Tidak lama kemudian baby terjaga dan anak kedua (perempuan) segera mengangkat & mendukung adik kecilnya itu. Dia mendukung adiknya sambil berjalan ke sana ke mari. Ada satu ketika dia melepasi garisan kuning sambil menunduk untuk meninjau samada tren sudah tiba. Aku terjerit kecil masa tu..seriau sungguh rasanya, takut kedua-duanya jatuh ke landasan. Tidak lama kemudian tren pun tiba. Ibunya beratur di belakangku ambil tersenyum. "Saya sakit, tak boleh nak dukung anak" katanya lalu sibuk menyuruh anaknya yang sulung berumur 11 tahun untuk mendukung baby tersebut. Aku cuma mampu tersenyum mengangguk sambil berkata "ohh..." "Nak ke mana" tanyaku lagi. " Nak balik kampung di Perak, dari Ulu Langat...nak naik bas ekspress tak mampu..RM20.00 seorang..."

Tren tiba dan si Abang meluru masuk sebaik orang habis keluar. Aku yang berada di belakang si Abang yang mendukung baby dan adik perempuannya, tidak dapat membiarkan mereka begitu sahaja. Terpaksa juga meminta laluan dari orangramai untuk mereka dan secara kebetulan pula tren amat padat pada ketika itu, maklumlah..waktu orang habis bekerja. Alhamdulillah, terima kasih pada penumpang yang baik hati memberi tempat duduk pada mereka. Sebaik ibunya tiba aku bertanya mana suami & 2 anaknya. Rupa-rupanya, suami & 2 anaknya masih di stesen Mid valley kerana tren terlalu penuh dan mereka berjanji untuk berjumpa di stesen Putra. Kisahnya...

Kami bersembang. Dan ceritanya membuatkan ku termenung sejenak..
Rupanya mereka memang dari Ulu Langat, dan mungkin nak berhijrah ke kampung di Sg Siput atas masalah peribadi. "Itulah ni, nak balik ni pun, kawan-kawan bagi sorang 10/20 ringgit...tupun tak cukup lagi ni..tengoklah macam mana.." katanya sambil tersenyum. Maknanya mereka cuma bertawakal pada Allah ...
" Saya ni sakit.." Saya menyoal "sakit apa?" sambil memegang tangan baby yang sedang menyusu badan ibunya itu. "Tiroid dan asma.." ujarnya lalu menyelak tudung menunjukkan bengkak di leher.

Tidak lama kemudian tren tiba di stesen Putra..aku, sebelum itu berpesan berkali-kali pada si Abang supaya berhati-hati, dan si adik supaya memegang baju ibu & abang, jangan dilepas. Tapi, alhamdulillah..sesak pun..semua amat bekerjasama membantu keluarga ini. Lega bila nampak mereka berada di luar tren bersama dan sebelum tren berlalu aku sempat membalas lambaian ibu & anak-anaknya yang menunggu tren berikutnya pula yang membawa suami & 2 anaknya. Sungguh, betapa besarnya bagi mereka walaupun seringgit dua yang kita hulurkan. Mana tau, kalau tambang aje dah tak cukup..makan minum anak, apatah lagi...

MORAL OF THE STORY buat siapa yang tak berapa clear tu (u know who u are...he he he) ialah kita harus sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala segala kurnianNya. Bagaimana jika kita ditempat mereka, mampukah kita menghadapinya. Tawakal jika kita ditimpa musibah, tetapi tentulah selepas habis daya usaha dan yang penting doa, doa & doa. Kerana bukankah agama islam sendiri menyeru agar umatnya berusaha, berdoa dan baru bertawakal kepada Allah. Tawakal bermakna penyerahan diri supaya Allah yang menentukan segalanya, tak perlu nak pening2 kepala pulak sampai stress bagai bila dilanda musibah. Ini, ada separuh orang, baru barang hilang sikit, dah tension giler, sampai menyusahkan orang lain...ish ish ish..Juga ada ketika mungkin kita akan susah, jadi jika berkesempatan, rajinlah bersedekah walaupun seringgit dua, bukan ke bersedekah amalan yang mulia..

Hmm...macam mana pula pendapat anda semua ya tentang keluarga itu ya?