Salam Sejahtera,
Hari Raya ke 7
Pagi tu tengah menyediakan sarapan untuk keluarga, dapat panggilan salah seorang kawan baik dari zaman muda remaja dulu, Cik Rosnah. Katanya dah nak sampai rumah nak raya...
Jadinye, rezeki dioranglah... nasi lemak special hari tu...he he he
Rosnah tiba bersama suami & 2 anaknya.Lamalah sembang bila dah lama tak jumpa. Yang pastinya, sebelum balik sempat berpesan kat suamiku..."Sham, nak datang inform 1 minggu awal..." kitorang gelak aje...dasat tu sampai seminggu...ish ish ish..(banyak yang tersirat di sebalik kata-kata tu...tak pa..kitorang faham...). Dan kitorang makin gelak besar bila menurut si Nasa (husband Rosnah) tahun ni cik Nahnya buat kuih raya....he he he, tak pa Nah...satu kemajuan tu...he he he
Bak kata Sham, sebelum oven yang 2/3 kat rumah tu rosak tak digunakan, baiklah buat sesuatu...ka ka ka...jangan marah ya Nah...
Malam tu sibuk menyiapkan baju untuk bekerja keesokan harinya. Iman pun sekolah kerana guru-guru sekolah perlu menyediakan dewan untuk UPSR pada minggu hadapannya.
Hari Raya ke 8
Dalam pukul 2 am camtu, masa tu baru aje nak terlena, suamiku kelihatan agak kelam-kabut. Rupanya dia baru aje dapat panggilan dari abangnya mengatakan yang ayahnya nazak. Subhanallah!
Hampir saja ditinggalkan oleh Sham kerana keadaan yang agak kelam-kabut itu. Sempat mencapai sepasang baju kurung untuk dipakai. Danish & Sarah yang masih dalam keadaan mamai di pimpin ke kereta. Danial yang masih belum tidur, dipesan supaya mengunci pintu & mengejutkan iman & Shasha untuk ke sekolah. Yang penting solat subuh & bacaan yasin untuk Atuk yang sedang sakit.
Rupanya Apak telah dihantar ke Hospital Universiti menggunakan ambulance. Jadi kami terus bergegas ke sana. Naza & Mamat (adik2 suamiku) sedang duduk menunggu di hadapan wad kecemasan, doktor x bagi masuk katanya. Menurut mereka apak tak sedarkan diri, semasa mereka cuba membawanya ke ambulance.
Selepas meminta kebenaran kami bergilir-gilir menjenguk apak. Keadaannya begitu lemah, dengan topeng gas di pasang dimukanya. Dapat kurasa dahinya yang berpeluh-peluh. Kedua kakinya sejuk walaupun berselimut. Dia dalam keadaan sukar untuk bernafas. Aku berbisik ditelinganya akan kedatangan ku, digagahi dirinya untuk membuka mata lalu mengadu sakit kepala. Sambil memicit tubuhnya, aku membisikkan kalimah Allah ditelinganya...dan dia membacanya perlahan-lahan. Alhamdulillah...
Dalam pukul 4 ++ am, Naza dan Abang Epol yang baru tiba pulang ke rumah, akan datang semula pada pagi berikutnya. Tinggallah kami dgn Mamat (adik ipar bongsuku). Sarah dengan Danish tidur dengan lena di atas kerusi di ruang menunggu. Hampir pukul 6 pagi , kami meminta diri dari Shila & suami yang baru tiba dari Ipoh untuk ke rumah mak yang 10 minit perjalanan sahaja, untuk solat Subuh, sambil berpesan supaya bergilir-gilir menemankan apak di dalam. Sebelum berlalu sempat kujenguk orang tua itu..dah beransur kuat sedikit nampaknya.
Sampai, terus solat dan membaca yasin khas buat bapa mentuaku. Sham yang masih belum tidur walau seminit pun, melelapkan mata sebentar, kerana paginya nak ke hospital semula.
Dlm 8++ am, Naza & Mak ke Hospital. 9 ++ kami ke sana (lega juga rasanya walaupun dapat tidur sekejap). Jumpa Din, Abang Epol, mak & Naza di sana. Alhamdulillah Apak dah dialihkan ke wad pemerhatian. Dah beransur sembuh...dah boleh bangun walaupun masih lemah lagi...alhamdulillah...menurut doktor..apak kena mild stroke, tekanan darah tingginya naik...
Makanya dah tentu-tentulah aku terpaksa ambil EL ari tu. Dalam pukul 11 ++ kami menta diri untuk pulang ke Sg Buloh...Anak-anak yang bertiga tu nak di jenguk juga keadaannya...
Sabtu, apak discharge...alhamdulillah. Dan dah tentulah weekend kami di Pantai Dalam .
Semoga apak dan mak sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah....Amin!
walau apa pun penerimaan dan tanggapan yg ada, awak tetap menjalankan tanggungjawap sbagai menantu yg baik, saya bersyukur mendapat isteri yg kasih nya tidak berbelah bagi walau perhargaan yg diterima tidak sepertinya....yg pasti, kalau saya ditakdirkan jatuh sakit, saya tahu akan ada yg menjaga tanpa sekelumit rasa penyesalan, ya allah, semuga saya dikurniakan kekuatan spertimana yg kau berikan pada isteri ku ini.
ReplyDelete