Berlalu sudah sebulan Ramadhan. Kini Syawal menjelma sempena meraikan umat Islam yang berpuasa selama sebulan, juga segala amalan serta ibadat yang kita lakukan...semoga segalanya diterima oleh yang Esa.
Sebut pasal bulan posa nie..terbayang kemeriahan untuk menyambut aidilfitri..(kemeriahan ke atau kekecohan?) Masa tulah sibuk nak mengemas rumah, masa tulah sibuk nak buat kuih..(walaupun tahun ni cuma sejenis dua aje yang sempat buat...yanSalam Aidil fitri buat semua...
g lain beli..). Tidak ketinggalan juga..persiapan baju raya untuk seisi keluarga...Persediaan tahun ni amatlah sederhana..
Sempat juga 2/3 kali berulang ke Masjid India..mencari tudung dan sebagainya. Tengah malam pun orang masih berasak2. Penyudahnya balik dengan tangan kosong...terlalu banyak pilihan sampai dah rambang mata. Seb baek lah En Shamsul tu mood agak baik...he he he
Tapi yang paling istimewa tentulah kebaya pink dengan tudung yang dibeli sendiri oleh suamiku yang terchenta tu..presentation nya tu amatlah membuatkan sipenerimanya berasa amat terharu dan syahdu, masa tulah terasa diri ni dihargai...terima kasih ya...he he he .
Dengan keriuhan anak-anak yang berulang-alik ke masjid bertarawih...Danish & Sarahlah yang paling excited..Sarah, balik..telekung pun tak tanggal lagi..sibuk membuka juadah yang dibekalkan (moreh). berkumpullah pulak 5 beradik tu menghadapi juadah tu...selalunya dalam pukul 10++ pm. Besar hati melihat betapa gembiranya mereka melalui frasa yang amat berharga seperti itu..
Tahun ni juga, perancangan telah dibuat supaya tidak kelam-kabut di saat akhir, secara berperingkat..seawal 2 minggu puasa, kami telah bergotong-royong membersihkan rumah... maklumlah, memandangkan mama diorang ni bekerja, weekend aje yang boleh beractiviti pun...
Danial ditugaskan membersihkan tingkap, lampu & kipas. Iman & Shasha pula membantu mamanya membersihkan keempat-empat bilik dan ruang tamu...cadar & langsir turut di tanggal untuk dibersihkan...part panjat-memanjat ni, tugas Danial.., selepas semua bilik dikemas, tugas Danial untuk mengemop seisi rumah...huii...bukan calang-calang tu, pekerjaan kitorang nih...
Oh lupa plak nak citer...yang kitorang ni sibuk untuk 2 weekend mengemas...siapa lah lagi yang menyediakan makanan untuk berbuka...En Shamsul le, siapa lagi...besar peranannya tuh..kalau tak...tak berbukalah kitorang..dia ni, kalu sediakan makanan, best.. (kata favourite Danish). Menunya akan "begitu seimbang", mana dengan kuah gulainya, dengan sayur, supnya, dengan sambal belacan, dilawan dengan ulam-ulaman atau ikan masin, siap dengan air segala (kekadang sempat wat Mango jus..) Kalau nasib baik, siap ikan atau ayam bakar...dan jangan tak tau kitorang pernah bersahur dengan spaghetti masakannya...alhamdulillah...
Segalanya sering mengingatkan kita kepada cara kita membesar...
Sebelum ni, kalau malam raya tu, aku akan sibuk memasak sampai ke tengah malam, pastu mengemas, apa yang patut, sambung pula mencuci & mengemas dapur sehingga ke 4/5 pagi..sorang-sorang lak tu..ish ish ish..
Tapi 2/ 3 tahun kebelakangan ni....selepas berjemaah Isyak, kami akan bersama-sama membaca yasin untuk arwah kedua ibubapaku..itu lebih afdal,kan..semoga arwah sentiasa diberkati & ditempatkan ditempat orang yang soleh..Amin...!!
presentation camne tu yg wat sampai terharu .....sebut ttg masak tu sbb nak cover line le tu, tahu le sy ni bab ngemas kurang skit....awak mmg isteri yg baik, walau apapun ttp pastikan untuk menjaga hati suami....sayang sgt
ReplyDelete