Sunday, May 7, 2017

Ho Chi Minh City, Vietnam 2017 (2)

29 April 2017


Sg Mekong

Breakfast seawal 7 am (8 am waktu Msia). Roti dgn butter, buah2an telur rebus dan tentunya kopi..yang paling selamat untuk dimakan.

8.30 am transport tiba, bersama dgn 5 orang lain bertolak ke Sg Mekong. Jam teruk menyebabkan tiba lewat dr kebiasaan yg memakan masa dlm 2 jam.lebih.

Terus ke bot yang disediakan utk ke pulau. Terasa segar bila menyedut air kelapa disediakan buat semua. Hentian pertama adalah kilang membuat gula2 kelapa. Pemandu pelancong menerangkan segala proses yang berkaitan.

Tiba2 hujan lebat pula. Tetap meneruskan perjalanan dgn memakai baju hujan. Seorang tua berbangsa vietnam dengan ular sawa besar yang telah dibuang bisanya membuatkan semua teruja dan mengambil peluang untuk bergambar...ish..idok le teman..geli beno rasenye...he he

Berjalan di dalam hujan di bawah pokok2 lebihkurang 100 m, rupa2nya kereta2 kuda telah sedia menanti. Malas nk berpecah, kami sumbat juga semua di dalam sebuah kereta. Sarah siap minta maaf dkt kuda sbb muatan agak beratt..he he

Selepas melalui pekan, sampi ke penghujung..berjalan dalam 50 meter, bot sudah sedia menunggu...10 minit di dlm bot, tiba di tempat hasil ternakan lebah. teh o disediakan. Semua diberi untuk mencuba royal jelly dan madu, dijual juga royal jelly dgn harga RM44 sebotol kecil.

Menaiki bot semula dan dibawa ke tempat warga vietnam mencari rezeki dgn menghibur pelancong dgn menyanyi menggunakan alat muzik tradisional. Buah2an dan minuman dihidang sambil bakul2 kecil bg sesiapa yg ingin menderma diedarkan.

Berjalan sejauh lebih kurang 80m untuk.menaiki sampan yg dikendalikan oleh  2 org, seorang perempuan tua dihadapan dan pemuda di bhagian belakang. Inilah pengalaman yang wajib sebenarnya bg pelancong yg berkunjung  ke vietnam.  Berkayuh sejauh 2 km, tiba di bot yang telah sedia menunggu untuk membawa kami ke sebuah restoran makanan halal.

Makanan telah diubahsuai rasanya ikut selera Malaysia. Udang, ikan masak sos , taugeh, sup antara menunya. Sempat solat di surau yg disediakan. Pertama kali dtg lebih kurang 5 taun lepas..tiada makanan halal disediakan..cuma vegetarian bg yg muslim..sekarang semakin maju dan kemudahan untuk yg beragama islam diutamakan. Merupakan destinasi terakhir sebelum menaiki bot semula untuk ke jeti sebelum pulang ke hotel.

No comments:

Post a Comment