Tuesday, February 21, 2017

Bangkok Feb 2017 (2)

18 Feb 2017

Pagi ni memang x de plan ke mana pun. Subuh di sini awal sejam dari Malaysia, 5.12 am camtu...
Lepas subuh cuma brsantai sambil menonton tv. Dalam 8 am kami keluar menaiki uber ke stesen tren Ho Myat. Di sini sistem pengangkutan uber digunakan secara meluas juga dan lebih mudah dr teksi kerana mudah dijejaki dan lebih efisyen. Dikenakan tambang sebyk bht 85 (dlm rm9 ++)

Menaiki  dari ARL  stesen  Hua Mak ke  Pratunam, dikenakan sebnyak bht25  seorang sahaja.

Berjalan melihat kawasan yang terkenal dgn jualan secara borong...sempat membeli sehelai 2 buat kenangan. Memandangkan x sempat breakfast..tercari2 juga jika terdapat gerai menjual mknn halal. Akhirnya terjumpa juga walau agak tersorok...alhamdulillah

Pulang, singgah pula di Sentral Square yg terletak berhampiran hotel. Dari situ berjalan sahaja ke hotel..sham singgah pula makan mi sup di gerai halal berhampiran hotel.

Di stesen bts. Kelihatan dr jauh masjid menandakan ramai penduduk yg beragama islam di kawasan sekitar.

Sedang menggoreng nasi yang dipesan..siap boleh cakap kelantan lg...

Keadaan di sekitar gerai, bersebelahan dgn gerai tidak halal...kena tahanlah...

mi sup di bangkok..rasanya x boleh lawan vietnam punya...
Bukan gadis Thai tu yang nak dihighlight ya..nampak x dekat papan tanda tu..logo halalnya..

jangan jeles...hati berbunga2 je..he he

Friday, February 17, 2017

Kalumpang, Kuala Kubu, Selangor

Mendengar buat pertama kalinya dari Iman yang belajar di Politeknik BEHRANG. Alhamdulillah akhirnya sampai juga di sana. Kalau selalu ke laut, kali ini sungai pula dengan suasana alam  semulajadi yg kehijauan.

Khamis tu kebetulan cuti thaipusam, anak2 dicutikan sekolah hari Jumaat. Resort berkonsepkan chalet 2 tingkat dgn harga RM220 semlm boleh dimuatkan 6 ke 7 org.

Turut menyediakan segala kelengkapan untuk syarikat yg berminat untuk membuat motivasi dan aktiviti lasak seperti flyng fox, jungle trekking  dan sebagainya.

Pagi Jumaat selepas menghantar Iman ke kolej, singgah minum di kedai Hjh Rohayah di Behrang 2020, tidak jauh dari rumah sewa iman. Sedap juga masakannya dan harga juga berpatutan. Menurut Iman ramai pelajar politeknik yang duduk berhampiran dan pelajar UPSI makan di sini. Selalunya kalau makan nasi dgn ayam dan air limau ais baru RM5. Mungkin harga istimewa untuk pelajar. Moga dimurahkan rezeki makcik ni yang amat bertimbangrasa dgn pelajar.

Iman habis klas 11 am, singgah menapau makanan untuk tengahari. Danish, Sarah dan Shasha dari pagi hingga ke petang di sungai dan kolam renang. Danial macam biasa x habis2 dgn laptop..tp petang turun juga akhirnya.

Bangkok Feb 2017


17 Feb 2017

Ke sini lagi untuk yang ke sekian kalinya. kali ini tidak ke tengah town seperti selalu, berada agak di pinggir bandar lebih kurang seperti di One Utama Damansara dengan KL, dengan alasan lebih dekat ke office..10 minit perjalanan sahaja jika menaiki teksi.

Tujuan utama seperti biasa untuk menemani che suami yg bertugas yang kala ini berada di Pattaya bersama rakan dr cawangan bangkok menghadiri kursus.

Penat menonton tv (yang adakalanya movie Inggeris pun bercakap dalam bahasa Thai dan tiada sarikata), akhirnya duduk di balkoni menulis sambil menikmati pemandangan kolam renang yang aman dan damai...Alhamdulillah..

pemandangan malam dari tingkat 8
Good morning, Bangkok !
unik..di bahagian tengah cafe terdapat buaian menggantikan kerusi
Lunch ari ni..hot chocolate yg berharga bht70.lebih kurang Rm8 ...seb baik ade bun bilis sebagai pengalas perut...he he
hias dalaman cafe agak menarik
Alhamdulillahh...