Tuesday, September 5, 2017

Aidil Adha 2017 (1)

Tahun ni jatuh pada Jumaat 1.8.17, penghulu segala hari..alhamdulillah..

Khamis sempat merendang 2 ekor ayam, membuat kuah kacang dan merebus sedikit nasi impit. Entah macam mana pada pagi raya rendang cuma tinggal sedikit...

Selepas solat raya bersiap untuk ke rumah Naza di Rawang, mak n apak disana jadi semua berkumpul di sana.

Kali ini rendang, lemang, kari kambing dan mi sizling menjadi menu utama.  Bubur durian pun ada...Sesekali berjumpa dengan ipar dan biras seronok bersembang tak henti2, 'mengupdate' berita terkini. Alhamdulillah mak n apak sihat nampaknya.

Selepas solat Jumaat dalam 3.30 pm bergerak ke Seremban. Hajatnya nk menziarahi pusara arwah mak dan abah. Sehari dua sebelumnya Nora ada mengajak bermalam di Sendayan kalau turun ke Seremban. Alhamdulillah, ke situlah destinasinya selepas permintaan diperkenankan oleh King of the house...hee hee

Aidil Adha 2017 (2)

Malam tadi sempat beraya di rumah Alang. Lontong, ayam masak merah dan rendang ayam.pencen menu istimewa pada tahun ini. Sempat pula merancang untuk ke Port Dickson memandangkan Aida tidur di sana pada malam Sabtu itu.

10.00 am akhirnya ikut juga ke PD dengan Nora, berjanji utk berjumpa Alang di sana sahaja. Kononnya nak balik awal sebab Shasha nak exam. Mujur selepas bertanya beberapa kali  bff beralah, ikut jua demi isteri dan anak2...he he.

Berkelah di tepi swimming pool dan di pantai sambil makan nasi goreng Alang dan.mi goreng & sandwich Nora...walau tidak dirancang dan berada di sana cuma dalam 2 stgh jam saja..rasa macam bercuti pula..he he

Teringat juga pada Along & A Isa, Nazri, Hafiz dan Angah Azie & K Sab yang tidak turut serta..kalau semua ada tentu lebih meriah..

Semua ready...click, click, click....



Monday, September 4, 2017

Hanoi, Vietnam (3)


21.8.2017

Berpagi-pagian. Seawal 7 am sudah breakfast. Seperti biasa, menu yang selamat...roti n butter, buah-buahan beserta jus dan kopi.

8.30 bas telah sedia menanti untuk ke Halong Bay. Petang semlm Sham sempat menempah pakej untk ke sana selepas membanding 2/3 travel tour berhampiran hotel. Pakej terbahagi kepada 3 kategori, cheap, medium n VIP. Bermula dgn USD 30 seorang (lebih kurang RM 130) ke USD 50. Juga boleh dipilih untuk bermalam atau balik pada hari yang sama. Penuh pelancong mat saleh dan nampaknya kami berdua je dr Msia.

Terasa lama berada didalam bas dgn keadaan aircond yang tidak berapa sejuk. Bas dibawa dgn perlahan, sekitar 60 ke 70km/ jam dgn keadaan jalan yang tidak berapa baik. Jenuh..perjalanan selama 4 jam dan 4 jam untuk pulang.

Tiba di pelabuhan, menunggu seketika sebelum ke bot yang telah disediakan. Seafood merupakan menu untuk lunch  telah siap terhidang, dibahagikan kepada 6 org semeja...

Makan sambil.menikmati pemandangan indah. Kagum sungguh dengan ciptaan Allah..

Tiba, rupa-rupanya harus menaiki 220 mata anak tangga untuk tiba di gua...mujur tidak berjubah hari ini seperti semasa ke Gua Tempurung, Perak...he he

Singgah pula di sebuah teluk untuk berkayak. Sham mengambil keputusan untuk bersolat qasar n jamak di dalam.bot diwaktu ini memandangkan ramai yang turun berkayak..

Alhamdulillah, di penjuru bahagian hadapan bot, menunaikan kewajipan yang utama beralaskan majalah di bahagian.muka... Allahuakbar! Terima kasih Allah atas segala nikmatMu.

                     
6 orang semeja..hidangan seafood disediakan
gambar diambil dari atas semasa memanjat tangga naik bukit untuk ke gua.
nampak cam ok je dgn bground yang cantik di belakang. Hakikatnya Kak Ton berpeluh 1 badan dan badan pun bergetar sbb dh lama x exercise...he he... dan jangan x tau..2/3 hari betis k ton sakit ..h ehe

pancuran yang terhasil dr muka bumi
akhirnya...selepas menaiki 220 anak tangga....tiba jua ke puncak..sham di muka pintu gua
pancaran cahaya matahari menerobos masuk melalui lubang yang terdapat menghasilkan keindahan dan keunikan yg tersendiri

Saturday, September 2, 2017

Hanoi, Vietnam (2)


Menurut Sham terdapat 4 musim.di sini tetapi tiada musim salji, sejuk sahaja sekitar Februari. 

Sesiapa yang hendak membeli belah adalah sebaiknya ke Ho Chi Minh City tetapi kelebihan Hanoi adalah Halong Bay, sebuah tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahan.laut dan gunung ganangnya, juga gua yang terdapat di situ.

Rasa cam dekat jambatan Pulau Pinang pulak..
Air tebu di sini sedap..diperah dgn limau kasturi..
Begini keadaan kedainya...meja dan kerusi kecil..
terletak berhadapan kedai minuman tadi..masjid AnNur..di dalam.masjid terdapat sebuah kedai makanan halal.

Di sinilah kami makan setiap hari.

Sekitar tasik..x pasti pula sejarah di sebalik tugu

Bangunan yang unik..

gambar diambil dihadapan hotel...semasa  menghantar bff menaiki uber ke office.
sekolah yang terletak betul2 dihadapan hotel...pagi dan tengahari akan dipenuhi ibubapa yang menghantar dan mengambil anak2..