Thursday, August 18, 2016

Di saat itu...detik pun terus berlalu..

Ogos tiba jua, hari yang berlalu begitu pantas,   tidak terasa sementelah rutin seharian yang sentiasa sibuk dengan anak2 dan segala macam urusan seharian.

Bulan Ogos yang sentiasa mengingatkan akan perasaan kasih dan sayang.
Hidup tanpa kasih sayang diibaratkan  umpama sepohon pokok yang semakin menua dan mengering tanpa disirami dan dibaja. Akan layulah pokok itu tanpa keduanya lalu mengering dan mereput.

Teman, sahabat, cinta hati, suami dan ayah kepada anak-anak, anugerah istimewa yang Allah kurniakan. Mungkin tak sempurna , malah ada yang memandangnya kurang serba serbi tapi kehadirannya melengkapkan kekurangan diri sendiri. Begitu juga yang sebaliknya, saling memerlukan untuk menghadapi hari2 yg mendatang selagi menumpang di bumi Allah.

Harapan setiap insan, berada di puncak pelangi yang indah...tentulah terpaksa melalui pahit getir sebelum tiba ke puncak dan turun naik kehidupan seperti roda yang sentiasa berputar..adakala di atas dan ada masanya di bawah...supaya kita lebih menghargai apa yang ada kini setelah segala suka dan duka diharungi bersama.  Tidak perlu ada rasa bangga diri atas segala pinjaman Allah..malah sentiasa bersyukur dgn segala limpah rahmatnya.

Terima kasih Allah atas kurniaMu, permudahkanlah suamiku memimpin kami, isteri dan anak2  ke jannah, in shaa Allah. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah taufikiyah buat kami sekeluarga, menjadikan kami dlm golongan orang yg beriman dan tidak meninggalkan solat. Doa yang sama buat adik beradikku dan suamiku sekalian terutama ibubapa mentua yang dikasihi.

Terima kasih suami, 21@28 tahun yang berbagai 'perisa' walau adakala, perangai yang di luar jangkaan dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran..

Buat Angah Azie n nora, selamat menyambut ulangtahun kelahiran.

Selamat Ulangtahun perkahwinan buat mak n apak@ 52 tahun, Mamat & Tasha, Naza & Ali dan zura & zali. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya.

Tuesday, August 16, 2016

Happy Birthday Nora!!

Semasa menulis tarikh, menanda di quran usai mengaji subuh tadi, teringat tarikh kelahiran adinda  yang ke 5 dalam keluarga. Dilahirkan pada 18/8/1971, 45 tahun yang lepas di Mantin, Negeri Sembilan,  Norasimah nama diberi. Zaman kecilnya, merupakan antara warna warni pelangi yang indah yang turut mencorak , menambah rencah perjalanan hidupku

Waktu kecil digelar juga jepun terbakar..(he he..jgn marah aa..nanti kena jual) gara2 matanya yg agak sepet, tapi kulit yang agak gelap kerana terbakar  dek asyik mengikut kakaknya (sapelah kakak yang bertuah sgt tu...) bermain x kira waktu waima di tengah panas.

Membesar dengan baik di Seremban,  bekerja sebaik tamat spm di kilang berdekatan. Kadang2 arwah abah akan menghantarnya ke tempat kerja memandangkan kerjanya yang mengikut shif. Seronok juga ikut menghantar dan menjemputnya terutama bila shift malam,  bulan ramadhan..bermula 10 pm x silap..selalunya akan abis dlm 5 ke 6 am camtu.

Sekarang telah berkahwin dan baru berpindah, menetap di Sendayan. Terakhir berjumpa dirumahku semasa beliau dan adik beradik yg lain berkunjung menziarahi ke rumah syawal yang br berlalu.

Jangan x percaya..jepun terbakar tu dah cerah..dan matanya ntah camner jadi besar..mengalahkanku yg makin kecil..sejajar dgn proses penuaan...he he .(..yang masa rumaja agak besar..dan sering dikaitkan dgn Uji Rashid ..he he)

Pemergian arwah emak yang awal,  di kala usia 48 tahun, setahun selepas pemergian Arwah Abah..turut cepat mematangkan kami 3 beradik sebenarnya, termasuk Nazri. Ketika itu aku berulang bekerja di Jalan Riong, Bangsar...selalunya..awal pagi, sesudah subuh dah keluar dan akan balik malam..paling cepat pun jam 8 pm.
Tugas Nora amat berat sebenarnya, harus masak untuk kami ber4. Aku akan mengambil alih tugas memasak di hujung minggu sahaja. Alhamdulillah , dipermudahkan Allah..krn selalunya arwah mak yang rajin..yang akan masak..dgn berbagai resepi istimewa..kami cuma membantu sahaja..

Alhamdulillah..bersyukur dpt memantau adik2 yang ber3..cuma kami saja yang tau bagaimana rasanya..kakak2 n abang masa tu sudah ada kehidupan sendiri.

Teringat juga , pernah dimasukkan ke hospital Seremban kerana sakit perut yang sampai sekarang tidak diketahui sebabnya. Dialah juga yang menemani diwaktu malam, tidur dikèrusi..mmg x dapat dilupakan saat itu..terima kasih nora atas masa2 itu dan masa2 yang telah kita lalui bersama..

Semoga waktu yang masih berbaki ini kita cuba isikan dengan perkara2 baik, amal ibadah yang baik, semampu mgkin..in syaa Allah. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita..

Di ambang usia yang ke 45 ini...didoakan agar Nora sekeluarga sentiasa diberkati Allah, dikurniakan hidayah taufikiyah sentiasa,  kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki sentiasa....aamiiin!!

Nora di sebelah kiri, berbaju merah..