Wednesday, November 26, 2014

Pengembaraan di bumi Vietnam (2)


Perjalanan mengambil masa selama 10 ke 15 minit berjalan dari hentian bas ke hotel. Berpeluh juga, tetapi seronok berjalan berduyun-duyun dengan beg penuh di tangan melintas jalan yang sibuk bersimpang siur dengan motosikal. Tapi mak mesti lebih penat dari kami semua...

Sempat melepas lelah seketika di bilik kerana jam 1 harus berkumpul di hadapan hotel untuk ke Vungtau.

VUNGTAU

Merupakan kawasan persisiran pantai cari gali minyak. Rencana tentang vungtau boleh di klik di sini  http://serititisembun.blogspot.com/2014/05/vungtau-vietnam.html



Hasil research yang dibuat oleh suamiku, kami terus ke kedai makanan halal. Menu pada hari itu masak asam pedas pari, ayam halia, udang goreng tepung dan sotong masam manis dan dikenakan hampir RM400 untuk 12 orang (temasuk sarah n danish). Portion untuk setiap hidangan agak banyak.. memandangkan pertama kali, terlebih order.. instead of 3 set.. rasanya 2 set sudah memadai.. Sempat solat qasar n Jamak sebelum ke Ho May Park.

HO MAY PARK, VUNGTAU.







Dikenakan sebanyak 300,000 dong seorang bersamaan RM48. Menaiki kereta kabel merupakan pengalaman yang menyeronokkan walaupun tidak setinggi di Langkawi.





Pemandangannya amat menakjubkan. Tiba di atas bukit pengangkutan telah tersedia menanti (tren seperti di zoo negara atau bukit melawati, Kuala Selangor). Lebih kepada mini zoo, diantaranya unta, burung kasawari dll...



























       Bersambung....






Pengembaraan di bumi Vietnam

17/11/14 ke 19/11/14



Seawal 2 bulan flight telah dibooked. Secara kebetulan AirAsia mengadakan promosi. Istimewanya pengembaraan kali ni, selain anak-anak,  Naza n hubby, Mamat & wife juga ibu mentuaku turut serta.

Pagi Isnin itu, seawal 5 am sudah bangun bersiap. Mujur Subuh masuk awal, 5.40 am, sekitar 6.15 am bergerak menuju klia2. Tiba sejam kemudian, yang lain-lain masih belum kelihatan. 40 minit kemudian baru tiba, mujur flight delay selama 30 minit.


Semua amat excited. Penerbangan selama 1 jam 40 min tiba juga ke destinasi walaupun lewat sejam. Tiba, kami dibawa oleh pemandu pelancong@En Shamsul untuk menaiki bas yang terdapat di hadapan airport ke hotel yang terletak berhampiran pasar Ben tharn. Bukan bas persiaran, bas awam, hokey...he he

Dikenakan lebih kurang 80 sen seorang..2 x ganda jika membawa beg besar, kerana memerlukan ruang yang lebih. Pemandu tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi faham jika kita cuma menyebut Ben Tharn. Ada juga sebuah keluarga melayu lain turut menaiki bas.


Sebenarnya amat bertepatan keputusan untuk menaiki bas.Cara hidup penduduk tempatan dapat dilihat dengan lebih dekat, contohnya mereka yang turun naik bas sentiasa menutup hidung dan mulut dengan kain yg dijahit seperti keadaan kita pada waktu berjerebu. Penutup hidung dan mulut ini memang banyak dijual di merata-rata tempat.

Motosikal merupakan pengangkutan utama dan terdapat di mana-mana dengan menggunakan helmet yang comel. Di sepanjang kakilima banyak terdapat peniaga2 yang menggunakan bangku dan meja kecil. Ada juga yang menggunakan kotak sebagai meja....





bersambung.....



Tuesday, November 18, 2014

Selamat Pengantin Baru - Tina & Shahrul (3)


Alhamdulillah..selamat sudah majlis yang dirai dan semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat Along dan Abang Isa.


Buat Tina dan Shahrul, selamat melayari hidup berumahtangga. Ianya bukan sesuatu yang mudah dan indah belaka seperti yang kita impikan. Berpijak di bumi yang nyata..kesabaran yang tinggi dan tolak ansur mmg amat diperlukan. Hiasi rumahtangga dengan keimanan ...in shaaAllah akan lebih  diberkati dan dilimpahi Allah swt.

Gambar di sekitar hari persandingan..credit to Nazri atas gambar-gambar yang excellent!










Monday, November 17, 2014

Selamat Pengantin Baru - Tina & Shahrul (2)

Lagi, gambar di sekitar majlis pernikahan dan malam berinai :