Wednesday, November 26, 2014

Pengembaraan di bumi Vietnam

17/11/14 ke 19/11/14



Seawal 2 bulan flight telah dibooked. Secara kebetulan AirAsia mengadakan promosi. Istimewanya pengembaraan kali ni, selain anak-anak,  Naza n hubby, Mamat & wife juga ibu mentuaku turut serta.

Pagi Isnin itu, seawal 5 am sudah bangun bersiap. Mujur Subuh masuk awal, 5.40 am, sekitar 6.15 am bergerak menuju klia2. Tiba sejam kemudian, yang lain-lain masih belum kelihatan. 40 minit kemudian baru tiba, mujur flight delay selama 30 minit.


Semua amat excited. Penerbangan selama 1 jam 40 min tiba juga ke destinasi walaupun lewat sejam. Tiba, kami dibawa oleh pemandu pelancong@En Shamsul untuk menaiki bas yang terdapat di hadapan airport ke hotel yang terletak berhampiran pasar Ben tharn. Bukan bas persiaran, bas awam, hokey...he he

Dikenakan lebih kurang 80 sen seorang..2 x ganda jika membawa beg besar, kerana memerlukan ruang yang lebih. Pemandu tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi faham jika kita cuma menyebut Ben Tharn. Ada juga sebuah keluarga melayu lain turut menaiki bas.


Sebenarnya amat bertepatan keputusan untuk menaiki bas.Cara hidup penduduk tempatan dapat dilihat dengan lebih dekat, contohnya mereka yang turun naik bas sentiasa menutup hidung dan mulut dengan kain yg dijahit seperti keadaan kita pada waktu berjerebu. Penutup hidung dan mulut ini memang banyak dijual di merata-rata tempat.

Motosikal merupakan pengangkutan utama dan terdapat di mana-mana dengan menggunakan helmet yang comel. Di sepanjang kakilima banyak terdapat peniaga2 yang menggunakan bangku dan meja kecil. Ada juga yang menggunakan kotak sebagai meja....





bersambung.....



No comments:

Post a Comment