Sunday, January 26, 2014

Bandung, Indonesia - part 3

Tempat menarik di Bandung

17 Jan 2014

5. Kawah Putih.

Terletak di Bandung Selatan.Inilah tempat yang wajib dilawati sebenarnya. Dari Bandung perjalanan mengambil masa  selama 2 1/2 jam. Jadi tidak hairan ramai yang tidak sanggup mengorbankan masa untuk shopping kerana memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam jika ke sana.




Seawal 8 am bertolak ke sana. Di sepanjang perjalanan menaiki bukit, kelihatan kediaman penduduk di kiri kanan jalan dan kebun-kebun sayur yang merupakan punca pendapatan utama penduduk.





Semakin hampir di atas terdapat juga ladang teh dan strawberry, malah dibolehkan pelancong memetik sendiri buah strawberi dengan bayaran tertentu.


Tiba, hujan menyambut kedatangan kami. Setelah agak reda kami memulakan langkah ke destinasi. Ramai yang mengambil mengambil kesempatan menyewakan payung.






Sebaik terpandang dari kejauhan...sudah tidak mampu meluahkan kata-kata....
Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu..

Nikmatilah gambar2 di bawah....

Friday, January 24, 2014

Bandung, Indonesia - part 2


Tempat menarik di Bandung

2. Muzium Geologi.

Dari hadapan bangunan banyak kelihatan bas yang membawa rombongan pelajar.
Tiket masuk adalah sebanyak rp. 2000   seorang.

telur dinasour




Danish dan Sarah amat teruja bila ternampak rangka dinosaur.











Sedikit sebanyak info tentang dinosour yang terdapat di situ:




 Evolusi Dinasour terbahagi kepada 3 bahangian iaitu Trias, Jura dan Kapur.

1)  Trias   :   245 juta tahun yang lalu - 208 juta tahun yang lalu

2)  Jura    :   208 juta tahun yang lalu - 145 juta tahun yang lalu

3)  Kapur :  145 juta tahun yang lalu - 65 juta tahun yang lalu



Fakta sejarah, manusia berasal dari monyet. Tapi menurut al-quran, Datuk moyamg kita adalah Nabi Adam yang diturunkan dari syurga sebagai balasan kerana melanggar arahan Allah agar tidak memakan buah khuldi..."oh... "kata Danish dengan mata yang terkebil-kebil dengan penerangan mama...he he


Dari situ kami dibawa pak supir lunch di restoran berhampiran. Menu makanan Sunda antara yang dipesan ikan bakar, sup Bontot (sup ekor..he he), tempe goreng bertepung, ayam goreng bercili dan sambal belacan. Gambar pun x sempat diambil sebab semua dah lapar...jus avacado turut dipesan. Tetapi makanan Sunda tidak berapa kena dengan selera Sham.
Agak mahal bayaran yang dikenakan, kebih kurang Rm150.00.....

3. Taman Kapo

Terus ke Taman Kapo, katanya kain dan telekung murah di sini. Sempat membeli 4 pasang kain dan sepasang telekung..juga telekung tuk Dina. Murah, telekung  kanak-kanak cuma RM16 shj. Naik rambang mata iman dan shasha melihat dan memilih kain..he he

Niat di hati nak cari kain lagi di Pasar Baru..yg sehingga kini masih belum sempat dikunjungi...

4. Masjid Raya BandungJawa Barat.




Singgah solat di Masjid Agong Bandung, Jawa Barat untuk qasar dan Jamak asar dan zuhur...alhamdulillah....

Memang besar sungguh masjid  tetapi keadaan di dalamnya agak kelam kabut sedikit.






Dari luar kelihatan ramai yang duduk bersantai..lelaki, perempuan dan anak2. Sebaik melangkah masuk ke dalam, agak terkejut kerana lelaki dan perempuan solat di mana-mana sahaja, bukan tempat yang khusus untuk wanita. Tercari2 tempat mengambil wudhu' yang seharusnya di letak tanda arah berhampiran pintu masuk untuk kemudahan semua.

Tetapi harus dipuji tandasnya bersih walaupun sungguh ramai orang di situ.

Selepas mengambil wudhu di tingkat bawah baru perasan tanda arah kecil tempat solat wanita yang berada berhampiran tangga. Agak jauh ke dalam, mungkin antara faktor yang menyebabkan ramai bersolat di luar...
Singgah dinner sebelum pulang ke hotel.Makanan Padang memang terkenal dengan kelazatannya. Dikenakan tak sampai RM50 untuk 7 orang, membuatkan kami berazam akan datang lagi makan di situ...


Thursday, January 23, 2014

Bandung, Indonesia - part 1

15 Jan 2014

Tepat jam 10 pm penerbangan Air Asia dari Lcct, Kuala Lumpur ke Bandung berjalan dengan lancar. Tiba di lapangan terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung pada 11 pm seperti yang dijadualkan.

Pak Adi telah sedia menunggu untuk ke  hotel.

Keesokan harinya, menikmati sarapan yang di hantar oleh pekerja hotel ke bilik. Terasa segar selepas menjamah nasi goreng telur mata dan teh o panas.

Tempat menarik di Bandung


1. Tangkuban Perahu



8 am ke Tangkuban Perahu, antara tempat yang wajib dilawati. Dikenakan bayaran sebanyak Rp75,000 seorang x 7, jumlah keseluruhan untuk 7 orang Rp. 525,000  ( lebih kurang  RM 147)


Hujan renyai dan angin yang kuat membuatkan kami agak kelam kabut terutama Danish yang demam sejak malam tadi, sempat ke farmasi sebaik tiba semalam sebelum ke hotel. Semua kagum dengan pemandangan yang amat menakjubkan.

Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru 2014

Cuti 2 hari sempena bermulanya sekolah di awal tahun perlu digunakan sebaiknya. Hari pertama menguruskan Sarah Dan Danish ke sekolah agama dan kebangsaan. Sehari suntuk berulang alik ke sekolah, membayar yuran, buku dan sebagainya.

Tengahari sempat menguruskan hal rumah di Iris Apartment. Sudah lama benar tertunggaknya. Lega bila mula beransur menyelesaikannya. Nampaknya hari ini kena ke sana semula untuk membuat bayaran mantainence yang berbaki. Selepas ni bolehlah mencari masa untuk mencuci rumah pula. Dan perlu berurusan dgn lawyer pula untuk proses penukaran nama.

Tadi selepas menghantar Danish ke sekolah agama, sarapan sebelum ke pekan untuk ke bank. Niat di hati nak membuat sedikit urusniaga termasuk update buku ASB termasuk buku anak2.
Entah kenapa orang terlalu ramai..Dan kebanyakannya urusniaga ASB! Seawal 9.15 am di sini dan sehingga kini 10.49 am masih di sini...ish ish..

12.30 pm berakhir urusniaga..subhanallah! Apapun selesai 1 agenda. Sempat menapau makanan otw ke rumah. Sementara rakan karib dan Danial  solat Jumaat, sempat menjahit lencana sekolah agama yang baru dibeli buat Sarah..

Alhamdulillah..urusan di bank islam dan hal rumah selesai buat masa ini..esok menanti dengan berbagai acara....in shaa Allah, mohon diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..