Awal pagi 12/12 bergerak ke utara. Plan asalnya ke Penang, maklumlah ramai yang dah lama x makan nasi kandar sana. Setengah perjalanan bertukar arah ke Lumut atas alasan Penang terlalu jauh..he he.
Tapi entah macam mana selepas membuat sedikit tinjauan di beberapa hotel, En Shamsulnya membuat keputusan ke Pangkor..alhamdulillah..
Dikenakan RM10 seorang tiket feri (tam bang untuk pergi dan balik). Aktiviti island hopping dan snorkling yang dipromosikan berhampiran kaunter turut menarik perhatian kami untuk membayar deposit. Menurut suamiku melalui research yang dibuat thru internet pakej yang ditawarkan amat berbaloi, cuma RM20 seorang berbanding RM35 harga asal.
Anak-anak mula teruja sebaik mula menuju ke feri yang sedia menunggu. Perjalanan mengambil masa 40 ke 50 min. Tiba di jeti terus mengambil teksi (van pink) yang banyak terdapat di situ. Dikenakan RM20 untuk ke Teluk Nipah (RM15 untuk 2 ke 4 orang).
Happening! Malam, di sepanjang jalan di tepi pantai meriah dengan gerai jualan cenderehati, makanan dan sebagainya. Makanan laut juga tidak ketinggalan. Cuma, makanan di sini agak mahal berbanding KL, almaklum...kawasan pelancongan.
Keesokannya acara yang dinantikan semua, tiba masa sakitkan badan...island hopping dan snorkeling....walaupun bad an sakit dan luka2, hilang segala rasa di waktu itu..yang paling excited tentulah Danish dan Sarah.
Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah...
No comments:
Post a Comment