Alhamdulillah. Sampai juga di tanah Langkawi. Bukan mudah nak pujuk ayahnya ke sini, bukan apa, jauh sangat.." umur cam ni sekarang dah tak larat drive jauh-jauh..rasa tak sampai-sampai. Pergi ok lagi, balik lagilah, badan pun dah penat..."
Antara kata-katanya setiap kali bila diajak ke sini.
Tapi kali ni kami bermalam semalam di Bukit Merah, taklah penat sangat..
Kali terakhir ke sini, kalau tak silap, 2 atau 3 tahun lepas. Kali ini di samping bercuti kena mencari bahan juga untuk projek sejarah iman untuk PMR.
Sambil menyelam minum air..habis semua orang terlibat..dan yang best part semasa di Laman Padi...ala-ala combat gitu...he he..kelakar sungguh..
Sempat singgah di Taman Buaya. Kagum sungguh Danish dan Sarah semasa melihat pertunjukan buaya dan memberi buaya makan.
Singgah di Kraftangan, alhamdulillah pekerja di situ memberi kerjasama yang baik untuk tugasan Iman.
Apa saja yang dibuat oleh 4 beranak nih.... |
Chocolate, chocolate dan chocolate! Daim dan toblerone menjadi kegemaran anak-anak dan boleh dibeli di sini dengan harga yang murah..sebungkus daim hanya RM15 berbanding RM35 ke atas di KL. Apalagi, borong le..he he
Pemandangan di sepanjang perjalanan dari Kedah ke Kuala Perlis |
Pengalaman di sawah padi |