Sunday, June 2, 2013

Saigon, Vietnam (1)

30 Mei 2013

 Peluang kali ke 2 untuk ke Ho Chi Minh City, Vietnam tidak dilepaskan. Apa yang menarik di sini? Sebenarnya lebih kepada menemani sang suami tercinta yang kerap ke sini untuk bertugas. Di samping tu, bolehlah borong baju untuk raya, bukan kah di sini terkenal dengan baju kurung bersulam dengan harga yang murah. (Tapi sehingga ke hari ini 1/6/13, sepasang baju kurung pun belum di beli ..ish ish.)

Sampai terus ke pejabat suamiku yang terletak di Phan Xich Long. Selepas check in, kami makan mi sup di kedai makan Hajah Basiroh yang terletak berhampiran hotel. 2 mangkuk mi sup dan 2 gelas teh o ais limau dengan harga 140,000 dong bersamaan RM22.

Berehat sebentar di hotel sementara En Shamsulnya dinner bersama rakan-rakan pejabat di sini.
Malam itu sempat berjalan melihat-lihat di sekitar pasar malam.


Mi sup Hjh Basiroh yang terkenal di sini.
cili potong dan sambal cili yang dimakan bersama mi sup


No comments:

Post a Comment