Friday, June 7, 2013

Saigon, Vietnam (3)


1 Jun 2013

8 am breakfast di hotel. Menu yang sama, roti bakar dengan butter. Itu saja yang selamat untuk di makan. Sham pula tidak pernah ketinggalan dengan telur rebusnya.


Inilah sarapan kami setiap pagi
 Terus ke office Sham. Singgah di pasar berdekatan. Pelbagai barangan terdapat di sana. Dari kain baju, kain ela, langsir dan berbagai lagi. Masalah di sini adalah komunikasi. Langsung tidak faham Bahasa Inggeris merumitkan untuk berurusniaga. Cuma isyarat tangan digunakan, bila nak negotiate terpaksa menulis berapa harga yang kita ingini..kelakar betul.
Katak yang belum dilapah kulitnya
katak yang telah dilapah, masih melompat-lompat..

Seekor yang sedang dipanggang






Di pasar basahnya pula, seekor kelihatan merata-rata, digantung,seperti daging lembu di jual di Malaysia. Katak juga banyak terdapat di sini.

Yang tak tahan tu, di satu sudut terdapat katak yang telah dilapah kulitnya, diletakkan di dalam dulang, tetapi kelihatan masih melompat-lompat..


Pengalaman menaiki cruise, menyusuri Sg Saigon, menambah rencah perjalanan kali ini.  Dikenakan bayaran lebih kurang RM18 seorang, perjalanan mengambil masa selama 1 1/2 jam. Menikmati malam dari atas cruise memang mengasyikkan.





Air di hidang oleh anak kapal



Dinner di Halal Saigon yang terletak berhampiran Sheraton dan berhadapan masjid.


Unik...church bercirikan kuil Buddha
Prawn sweet n sour soup dan lemongrass chicken (Vietnam food), adalah menu kami malam itu.


Halal Saigon
Lemongrass chicken ni rasanya sedap juga, ayam dimasak bersama serai yang dikisar. Manakala Sup Udang  masam manis ni sesuatu yan berlainan yang tidak terdapat di negara kita. Masam dan manis diadun dengan begitu sebati dan balance, supnya pula dicampur batang keladi
Pemandangan yang indah di waktu malam
Berjaya juga membeli beberapa helai baju kurung. Penat betul malam tu.
Prawn sour soup
Lemongrass chicken

No comments:

Post a Comment