Sisa-sisa kepedihan yang kian menipis
Mencerminkan gusar hati yang kian malap
Menjalani kehidupan hanya berlandaskan ibadah dan tanggungjawab
Tanda kesyukuran yang tiada bertepi
Padamu yang maha Agung
Dugaan datang dan pergi
Pasang dan surut yang tiada terjangka
Mampukah diharungi kudrat yang tersisa
Walau seribu halangan harus diharungi
Pasang dan surut yang tiada terjangka
Mampukah diharungi kudrat yang tersisa
Walau seribu halangan harus diharungi
Tubuh gerakkan semua jenteramu
Ayuh, bersatu menentang titik hitam yang cuba menggugat..
Katakan kau kuat untuk menghadapi semuanya
Ayuh, bersatu menentang titik hitam yang cuba menggugat..
Katakan kau kuat untuk menghadapi semuanya
Hati, akal bersatulah..
Semuanya tidak akan sesempurna seperti yang kau mahu jika tanpa relamu, juga sudah tentu tanpa izinNya..
Semuanya tidak akan sesempurna seperti yang kau mahu jika tanpa relamu, juga sudah tentu tanpa izinNya..
Ya Allah, Ya rabbi..Allahuakbar!
Dalam perjalanan yang begitu indah dilalui
Waktu sukar dan kekurangan yang Kau ciptakan
Kasih sayang yang tiada bertepi Kau anugerahkan
Sedikit onak kau persembahkan
Lalu hati menjadi walang..
Tidak bersyukurkah aku dengan kurniaanMu Tuhan?
Tuhan, aku redha, aku pasrah!