31 Mac 2013
Selepas breakfast kami berjalan di sekitar Legian. Sempat bergambar di Pantai Legian dan membeli beberapa barang lagi.Beg tangan dijual dengan harga yang amat murah disini, sempat membeli satu dua sebagai kenangan.
3 remaja cun yang sedang beraksi...he he he
Iman suka sangat tengok gambar ni..katanya pelbagai aksi dapat dilihat... |
11.30 am, check out. Pak Ali tiba tepat pada masanya. Flight dijadualkan pada pukul 9.20 pm, jadi masih banyak masa untuk berjalan. Ke Taman Ayun. Mungkin boleh rujuk pada muka yang terdahulu untuk mendapat penjelasan dengan lebih terperinci. Amat tenang berada di sini dengan kehijauan saujana mata memandang.
Danish n Pak Su.
TANAH LOT
Danish n Pak Su.
TANAH LOT
Destinasi seterusnya adalah tanah lot.
Deretan gerai di sepanjang jalan ke pantai, memang rambang mata dibuatnya. Kak Aishah yang pening kepala, tiba-tiba sihat bila bab shopping nih...he he. Sempat membeli sedikit accessories untuk Iman dan shasha, pink dress untuk Sarah dan lukisan minyak untuk hiasan dinding. Agak sukar untuk mengumpulkan semua di kawasan pura yang terdapat di pantai...masa itu emas, kan Kak Aishah...he he
APA lagi yang perlu diperkatakan..keindahan ciptaan Allah yang amat menakjubkan!
Tepat 6 pm berkumpul di luar untuk beredar. Singgah di masjid yang terletak berhampiran airport untuk membersihkan diri dan bersolat.
Tiba di airport, sempat menikmati ES Teh yang enak buat kali terakhir, yang di beli oleh Sham. Kami akan merindui ES lemon tea Dan masakan Padang yang enak. Selamat tinggal Bali..in shaa Allah, kalau ada rezeki kami akan datang lagi...
No comments:
Post a Comment