Tuesday, April 23, 2013

BALI (1)

29 Mar 2013.

Lapangan terbang Ngurah Rai menyambut ketibaan kami  lewat 7.20 pm. Segalanya masih sama keadaannya seperti kedatangan pertama kaliku ke sana.

Alhamdulillah, kali ini, selain suamiku, Danish, emak, Naza, Mamat dan Kak Aisyah turut serta. Anak-anak yang lain tinggal dengan atuknya.

Pak Ali telah sedia menunggu. Terus ke hotel yang terletak di Legian. Di sepanjang perjalanan yang sesak, kelihatan kelab-kelab malam telah mula beroperasi. Kawasan sekitar hotel hard rock dan Bali walk dibanjiri manusia. Kereta-kereta kuda juga turut bersedia memberi khidmat.
Terbukti malam di Bali merupakan syurga dunia buat pelancong yang bertamu.

 Masakan Padang dan ice lemon tea menjadi sajian kami malam itu.

 30 Mac 2013.

Di hadapan Muzium Bali
 
 Destinasi yang pertama adalah Muzium Bali, diikuti Air Terjun Tegenungan. Pasar Ubud adalah hentian seterusnya. Menurut Pak Ali pasar tersebut baru saja siap. Pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan harga yang murah, tawar menawar sudah semestinya.










Gambar di sebelah kanan adalah untuk tujuan penguburan.







 
 
KINTAMANI
 
 
 
 
 
 


 Kata Sham, tak lengkap rasanya ke Bali kalau tak ke Kintamani. Jadi ke sanalah destinasi kami seterusnya. Tiba, masih renyai-renyai, gunung berapinya tidak kelihatan, diliputi kabus tebal. Tidak lama kemudian cuaca beransur cerah.






 
Menghirup kopi panas waktu cuaca yang dingin begitu sambil menikmati indahnya panorama ciptaan Tuhan, memang mengasyikkan. Nun di sana dari kejauhan kelihatan danau yang besar di kaki gunung yang mengindahkan lagi pemandangan yang sedia ada.




No comments:

Post a Comment