.
Beberapa fakta menarik Tentang Bali :
1) Penduduk Bali yang majoritinya beragama Hindu amat kuat memegang adat resam agama nenek moyang mereka. Sehingga mereka tidak keluar merantau kerana dalam ahli keluarga anak lelaki yang bongsu diwajibkan menjaga tempat sembahyang generasi, turun temurun.
2) Bagi golongan berada, kawasan sembahyang (kuil) mereka harus sama besarnya dengan keluasan kediaman.
3) Tiada jejantas atau fly over di Bali kerana dikhuatiri jika kenderaan melalui di atas kepala akan mencemarkan upacara yang sering dijalankan secara berjalan beramai-ramai di jalanraya untuk sesuatu upacara.
4)Kasta masih di amalkan.
5) Ubud merupakan lombong kreatif masyarakat Bali. segala- galanya ada di sini.
6) Krisna merupakan tempat membeli-belah yang wajib dilawati. Harga tetap tetapi murah.
7) Jika berkesempatan, pasar di sekitar Legian dan Kuta, merupakan syurga membeli belah, barangannya boleh ditawar sehingga 50% ke 70%!
8) Majoriti penduduk Bali beragama Hindu, jadi adalah dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pemandu beragama islam, yang lebih arif tentang bab makanan halal dan lokasi masjid yang amat sedikit terdapat di sini.
9) Tanggal 12 Mar yang baru berlalu, masyarakat Bali menyambut Hari Raya Nyepi. Pada hari ini tidak seorang pun dibenarkan keluar selama 24 jam, berakhir jam 6 pagi. Malahan lampu juga tidak boleh dipasang kecuali jika IBU yang menyusukan bayi. Jalan akan lengang, airport juga ditutup. Denda akan dikenakan sekiranya terdapat sesiapa yang keluar.
















Destinasi seterusnya adalah tanah lot.
Deretan gerai di sepanjang jalan ke pantai, memang rambang mata dibuatnya. Kak Aishah yang pening kepala, tiba-tiba sihat bila bab shopping nih...he he. Sempat membeli sedikit accessories untuk Iman dan shasha, pink dress untuk Sarah dan lukisan minyak untuk hiasan dinding. Agak sukar untuk mengumpulkan semua di kawasan pura yang terdapat di pantai...masa itu emas, kan Kak Aishah...he he
APA lagi yang perlu diperkatakan..keindahan ciptaan Allah yang amat menakjubkan! 



















