BOYONG RESTO
Balik singgah lunch di Boyong Resto. Kami amat berterima kasih sebenarnya bila di bawa Pak Solis ke sini. Tempatnya sungguh cantik, di kelilingi tasik..amat santai..siap ada lifeband tu...
Harga pakej yang ditawarkan juga amat berpatutan, Rp 220,000 untuk 5 orang (dlm rm65 ke rm 70 sahaja). Makan sambil mendengar lagu yang didendangkan, kelihatan sebuah dua rakit yang sedang dikayuh dan ikan kap yang banyak di tengah tasik, serasa hendak lebih lama di sini tapi keadaan tidak mengizinkan.
Walaupun begitu Pak Shamsul dari Malaysia sempat menyanyikan sebuah lagu..he he...
Komen dari penyanyi utama band tersebut, "Itu dia, pak Shamsul dari Malaysia..begitu cakep sekali dengan dendangannya..."he he
Amatlah disyorkan kepada sesiapa yang ke Jogja datang ke sini...
Singgah solat di masjid sebelum meneruskan perjalanan.
Candi Mendut.
Di bawah adalah gambar di sekitar candi mendut. Bayaran seorang dikenakan sebanyak rp3000 untuk 2 candi (satu lagi tak ingat).
Dibahagian dalam candi kelihatan patung Buddha |
Di dalam & bahagian atas candi |
Aida kata..mesti banyak yang bergayut di belakang. Jawabku, langsung tak terfikir, niat cuma untuk melawat dan menambah pengetahuan di tempat orang..In Shaa Allah... |
bersambung....
No comments:
Post a Comment