Tuesday, December 31, 2013

Berjalan santai di Langkawi 2013 bersama Anjung Seri

Pada 22 Nov ke 24 Nov yang lepas Anjung Seri buat julung kalinya menganjurkan acara berjalan Santai di Langkawi dengan kerjasama Kompleks Kraf Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Dan Tourism Malaysia.

Seawal 6.00 am telah tiba di pejabat. Pendaftaran peserta yang mengikuti rombongan dijadualkan pada 6.30 am ke 7.00 am. Kali ini 2 buah  coach executive 2 tingkat terbaru yang mewah  membawa kami ke destinasi.

Bertolak lebih kurang 8.15 am. Sarapan pagi diedarkan  di dalam bas oleh pramugari manis sambil menonton movie di skrin yang disediakan boleh juga menggunakan perkhidmatan  berurut dikerusi masing-masing. Amat selesa, bagai di business class di dalam kapalterbang.

Turut sama pada kali ini adalah Chef Anuar dan Ahmad Hilmy (arkitek/penyumbang kolum Anjung Seri).

Sepanjang perjalanan hujan dan mendung di beberapa kawasan. Berhenti lunch di kawasan rehat Bkt Gantang dalam pukul 12 tghari. Masa diperuntukkan cuma 20 min di kawasan rehat gurun untuk solat, perlu segera memandangkan tiket feri dari Kuala Perlis telah ditempah jam 5 pm.

Tiba di jeti 10 minit ke pukul 4, alhamdulillah. Selepas mengarahkan supaya semua peserta berehat di kawasan menunggu, bergegas pula ke kaunter untuk mengambil tiket yang telah ditempah. 40 peserta termasuk krew dan media...bayangkan hendak mengumpulkan semuanya di pintu jeti..

Sekali lagi perlu mengumpulkan semua sebelum naik feri. Wah..bukan calang2, Kak ton...he he...

Selepas semua menaiki feri bergegas semula ke pintu utama..he he..Bala dan Prakash yang ditinggalkan dengan 4 troli barang-barang tidak dibenarkan masuk...he he..

Setelah barang2 selesai dipunggah ke dalam feri, ke tempat duduk penumpang semula untuk memastikan semuanya OK...

Alhamdulillah...selamat tiba di langkawi...setelah berpesan pada semua menunggu di dalam, ke bahagian belakang feri melihat Prakash dan Bala yang menurunkan barang..

Alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan...teringat bisikan shidah semasa di dalam feri..." kalau u tak de..I tak tau apa  jadi,...dengan peserta, barang semua.."

Pagi Sabtu seawal 6.30am sudah berada di ruang makan untuk bersarapan bersama peserta. Lebih kurang 7.15 am ke Kompleks Kraf  menaiki bas yang telah disediakan. 

Alhamdulillah, respon penduduk Langkawi amat positif, hampir 400 peserta yang mendaftar walaupun hujun turun seakan tidak mahu berhenti.

Hujan berhenti akhirnya dan acara dimulakan dengan senamrobik. YB Datuk Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi melancarkan acara pada pagi itu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Mohd Bisharuddin, Pengerusi BPSB  dan Puan Zaini Zainudin, Pengurus Besar Kanan BPSB merangkap Pengarang Anjung Seri.

Goodie bag turut disediakan bagi semua peserta yang menamatkan acara dan menyerahkan riben merah pada krew yang bertugas.

Demonstrasi masakan oleh Chef Anuar dan ceramah menghias rumah oleh arkitek Ahmad Hilmy yang juga merupakan kolumnis Anjung Seri turut menambah rencah acara kali ini. Respon yang diterima amat menggalakkan.

Cabutan bertuah merupakan acara yang ditunggu-tunggu. Ramai yang tersenyum lebar apabila nombor dipanggil dan hadiah yang diterima memang tidak mengecewakan.


Selesai acara, peserta rombongan di bawa ke sekitar Pekan Kuah . APA lagi, acara yang ditunggu-tunggu....shopping...chocolate! Chocolate! Chocolate!
 

Wednesday, December 25, 2013

Pulau Pangkor 2013


Tarikh akhir SPM adalah 4/12/13. Jadi segala perancangan bercuti kali ini haruslah 5/12 ke atas. Sham  ke Vietnam pada 9/12 - 11/13, menghadiri mesyuarat.
Awal pagi 12/12 bergerak ke utara. Plan asalnya ke Penang, maklumlah ramai yang dah lama x makan nasi kandar sana. Setengah perjalanan bertukar arah ke Lumut atas alasan Penang terlalu jauh..he he.
Tapi entah macam mana selepas membuat sedikit tinjauan di beberapa hotel, En Shamsulnya membuat keputusan ke Pangkor..alhamdulillah..

Kali terakhir ke sana kalau tak silap, 5 atau 6 tahun yang lepas...

Dikenakan RM10 seorang tiket feri (tam bang untuk pergi dan balik). Aktiviti island hopping  dan snorkling yang dipromosikan berhampiran kaunter turut menarik perhatian kami untuk membayar deposit. Menurut suamiku melalui research yang dibuat thru internet pakej yang ditawarkan amat berbaloi, cuma RM20 seorang berbanding RM35 harga asal.
Anak-anak mula teruja sebaik mula menuju ke feri yang sedia menunggu. Perjalanan mengambil masa 40 ke 50 min. Tiba di jeti terus mengambil teksi (van pink) yang banyak terdapat di situ. Dikenakan RM20 untuk ke Teluk Nipah (RM15 untuk 2 ke 4 orang).

Happening! Malam, di sepanjang jalan di tepi pantai meriah dengan gerai jualan cenderehati, makanan dan sebagainya. Makanan laut juga tidak ketinggalan. Cuma, makanan di sini agak mahal berbanding KL, almaklum...kawasan pelancongan.

Keesokannya acara yang dinantikan semua, tiba masa sakitkan badan...island hopping dan snorkeling....walaupun bad an sakit dan luka2,  hilang segala rasa di waktu itu..yang paling excited tentulah Danish dan Sarah.

Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah...

Thursday, December 5, 2013

Felda Trolak Hot Spring

Kalau tak silap 1/11/13, ke Ipoh kerana menziarah Sheila, adik ipar yang baru melahirkan anak pertama. Sampai agak lewat dari waktu melawat, mujur dibenarkan oleh pengawal wanita berbangsa India untuk masuk selama 10 minit. Anak2 suma frust sebab x dapat tengok baby..

Alhamdulillah, Sheila sihat tetapi baby terpaksa diletakkan di dalam inkubator memandangkan lahir awal, baby kecil dan harus dipantau keadaannya.

Dalam pada anak2 yang membodek untuk tidur di hotel berdekatan (sekaligus bercuti le nih) kereta overheat pulak...ish ish..jadi terpaksa singgah dan bermalam di Trolak..(nasib baik Ada kekosongan) rezeki anak2 le tu...

Sampai dah lewat..lepas maghrib x silap. Tapi malam tu sempat juga mandi air pan as di kolam yang disediakan..

Monday, November 25, 2013

Weekend

Hujung minggu yang baru berlalu sempat menguruskan berbagai perkara. Sabtu sempat berjumpa doktor gigi. Shasha dan Danial dah lama sangat nak pergi tapi tak berkesempatan, begitu juga ayahnyer...he he . Ke Tesco untuk membeli barang keperluan dapur.

Ahad menziarah orang tua di Pantai Dalam. Rupanya mak baru pulih demam. Mulut masih pahit untuk menerima makanan. Teringin pula nak makan mushrum soup yang sedap. Maka ke situlah destinasi kami...he he

Sunday, October 27, 2013

Rerama dan Mawar Putih Berduri


Kelmarin ,
di waktu itu rerama berterbangan
Mengembangkan pesona kilauan corak dan warna di sayapnya
Di celah tumbuhan dan bunga yang segar mekar mewangi
Lalu hinggap pula menghirup madunya si mawar putih berduri
Subhanallah! Sungguh indah panorama alam ini, segar dengan bau rerumput yang masih basah ditimpa hujan..

Kini,
Baru sebentar kulihat,
Rerama sudah seakan hilang sinar di sayapnya...
Berterbangan perlahan lalu singgah melihat si mawar putih berduri yang semakin gugur kelopaknya..
Namun begitu tetap unggul buat si rerama
Walau lebih banyak mawar yang berbagai warna di sekeliling...
juga pernah terlalai walau seketika....

Esok,
Siapa pun tidak pasti apa yang akan terjadi
Rerama, mawar putih berduri juga kita makhluk Allah di bumi yang luas ini
Semoga penyudahnya yang terbaik dan terindah buat semua...
In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja!

Thursday, October 24, 2013

Aidil Adha 2013


Pagi Isnin menguruskan berbagai perkara sementara anak2 bersekolah. Plannyer selepas Maghrib ke Pantai Dalam. Buat pertama kalinya sejak bergelar isteri tidak merendang, memasak untuk raya..janggal sungguh rasanya. Tetapi seronok juga malam raya di rumah opah dan atuk...

Terjaga kala Danial bersiap dan mengejut ayahnya untuk solat subuh di surau yang berada di tingkat bawah. Mujur rumah opah cuma di tingkat 3...

Usai solat subuh dan mandi sunat Aidil Adha, bersarapan nasi beriani yang ditempah khas bersama rendang daging (rendang oleh chef naza). Kali INI x dapat sertai Danial dan ayahnya untuk bersembahyang raya kerana keadaan tidak mengizinkan...

Walau begitu...doa dan syukur tetap dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar semuanya beroleh kemenangan dan kejayaan.

Muhasabah dengan diri sendiri dengan segala kejadian dan dugaan yang dilalui . Sedih dengan apa yang terjadi. Rupanya ikatan yang lama terbina tidak menjanjikan apa-apa. Ya Allah, berilah kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kehidupan sehari-hari, supaya keimanan dan aqidah tidak terpesong dari landasan..

Cermin diri sentiasa kerana kita tidak sentiasa benar,  ada kala tersasar juga...benda yang kecil tak perlu diperbesar dan segala aib tak perlu diungkit dan dihebah serata alam akan kesahihannya. Sebaiknya selidik dulu sebelum membuat kesimpulan...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

Peringatan untuk diri sendiri juga pegangan sehingga kini...jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak elok hatta difitnah oleh seteru yang hasad sekalipun..kelak akan menyesal di kemudian hari...Allah sentiasa bersama orang2 yang benar...

Pulang ke SG Buloh, lewat petang dan sebelah malamnya, selepas Maghrib berkunjung ke rumah Aida....

Al fatihah juga buat ayahanda allahyarham Mansor bin Sabariah dan Allahyarham bonda, semoga sentiasa dilimpahi rahmatnya dan ditempatkan di  kalangan para solehah..amin!!

Wednesday, October 23, 2013

Salam Aidil Adha & Cameron Highlands


Salam Aidil Adha buat semua.

Memandangkan cuti yang bersambung selama 4 hari,  En shamnyer berhajat menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada...time quality katanya...maklumlah sering outstation... sesekali cuti panjang harus digunakan sebaiknya.

Asalnya nak ke Penang tapi atas permintaan Iman. Shasha dan Sarah, tiba juga di Cameron Highlands petang Sabtu itu. Lagipun dekat sikit dan isninnya Iman, Shasha dan Danial harus bersekolah pula.

Tiba di Ringlet, hujan renyai2 menyambut kedatangan kami. Menginap di komardi, rumah teres berkonsep inggeris yang mempunyai dua bilik dan 2 bilik air jug a ruang tamu comel untuk kami berkumpul menonton tv..mujur ada astro dan wifi percuma turut disediakan.

Tenang, segar dan amat sejuk dek hujan yang turun...itulah kesimpulannya.

Petang, ke taman berhampiran dan terus dinner di Medan selera berdekatan. Mujur masih ada kedai yang dibuka, maklumlah orang sudah mula bercuti untuk menyambut  Aidil Adha.

Keesokan paginya, sejuk sungguh kerana hujan yang turun, breakfast di gerai di tanah rata. Mujur hujan berhenti sebaik tiba di Mardi..jadi sempat melawat di sekitar...alhamdulillah..