Sunday, October 28, 2012

PESTA PENDIDIKAN BERITA HARIAN - KUALA TERENGGANU

Peraduan mewarna

 Berita Harian  sedang menganjurkan Pesta Pendidikan Berita Harian di seluruh negeri, berbagai aktiviti menarik diadakan seperti bengkel SPM, peraduan mewarna, kuiz, peraduan menyanyi dan sebagainya.

Berita Publishing turut terlibat sebagai rakan media..menjual buku-buku & majalah dengan harga diskaun yang amat menarik. Bagi langganan pula, diskaun & hadiah yang menarik disediakan. Terbaru diadakan di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu.

Chef Anuar turut datang memberi sokongan
Kali ini aku bergandingan bahu dengan sahabat lama, Bala. Perjalanan seawal 7 ++ am di pagi Jumaat, 6 Oktober & tiba dalam pukul 5 pm. Terus ke sekolah untuk melihat kawasan. Sabtu kami harus ke sana seawal 7.30 am untuk memulakan jualan gerai.




Respon agak kurang di sini. Guru-guru juga tidak ramai yang hadir. Tapi tidak sia-sia, appointment yang dibuat awal untuk berjumpa dengan rakan @ subscriber mendatangkan hasil juga. 20 langganan Anjung Seri..alhamdulillah, berjaya melonjakkan hasil jualan hari itu. Bala, balik petang itu juga, dengan rakan-rakan dari NST, manakala aku menyambung sehari lagi kerana ada beberapa appointment yang telah dibuat pada keesokannya.

Penyerahan sijil CSR
Ahad tu, 7.30 am dah keluar ke Universiti Malaysia Trengganu. Ke Koperasi USM, sebelum singgah di Sek Men Teknik Kuala Terengganu. Akhir, ke Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Alhamdulillah...syukur, Allah mempermudahkan segala urusan.

Tengahari check out agak kelam kabut memandangkan tiba agak lewat di bilik hotel. Hingga duit jualan hampir tertinggal di bilik hotel..tersedar setelah 10km jaraknya dari hotel. Nasib baik kotak biru tu masih lagi ada di dalam bilik...





No comments:

Post a Comment