Saturday, October 27, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012


Warga BPSB dan penulis-penulis bergambar bersama Dato' dr Masitah.

Apa lagi yang nak dikatakan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang baru aje berlalu pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Acara yang berlangsung selama 10 hari itu adalah acara tahunan yang penting dan ditunggu-tunggu oleh semua penerbit dan semua yang terlibat. Pelbagai promosi diadakan dengan pelbagai strategi yang kreatif untuk menarik pembaca.

Tidak melepaskan peluang bergambar bersama Dato' Dr Masitah. Kanan sekali, Pengurus Besar Kanan BPSB merangkap Pengarang Anjung Seri. Dua dari kiri, Pn Zuraini, Ketua Jabatan Acara & Promosi, manakala disebelahnya berbaju hitam, Pn Rashidah, Timbalan Pengarang Anjung Seri.


Berita Publishing juga turut terlibat. Pelbagai promosi termasuk diskaun sehingga 70% & langganan pula, selain diskaun, hadiah menarik turut disertakan. Tahun ini, telah diamanahkan & diberi kepercayaan untuk mengendalikan keseluruhan acara Pesta Buku disamping turut membuat jualan buku & langganan secara pukal!! __
Pelancaran buku-buku terbaru BPSB oleh Dato' Dr Masitah
Di gerai pula turut diadakn demo oleh Chef Anuar (Kek & pastri)dan Chef Sukor (ukiran sayur & buah). Pn Rashidah dari Anjung Seri turut serta dalam demo menggunakan buku paten langsir.

Penulis dengan buku masing-masing

Sesi tandatangan bersama penulis


Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah dan hasil jualan secara peribadi juga turut memberangsangkan, walaupun pada awalnya ramai yang telah membatalkan pesanan...syukur alham.dulillah..


Kelihatan big boss turut serta turun padang memberi sokongan pada anak-anak buahnya..


Sehingga rencana ini ditulis, segala report baru sahaja dihantar, hadiah langganan masih belum diproses, begitu juga invois-invois, masih ada yang belum siap.
Diharap agar tahun depan dan tahun-tahun seterusnya akan lebih berjaya & berkualiti..InsyaAllah!!










No comments:

Post a Comment