Sunday, October 28, 2012

PESTA PENDIDIKAN BERITA HARIAN - KUALA TERENGGANU

Peraduan mewarna

 Berita Harian  sedang menganjurkan Pesta Pendidikan Berita Harian di seluruh negeri, berbagai aktiviti menarik diadakan seperti bengkel SPM, peraduan mewarna, kuiz, peraduan menyanyi dan sebagainya.

Berita Publishing turut terlibat sebagai rakan media..menjual buku-buku & majalah dengan harga diskaun yang amat menarik. Bagi langganan pula, diskaun & hadiah yang menarik disediakan. Terbaru diadakan di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu.

Chef Anuar turut datang memberi sokongan
Kali ini aku bergandingan bahu dengan sahabat lama, Bala. Perjalanan seawal 7 ++ am di pagi Jumaat, 6 Oktober & tiba dalam pukul 5 pm. Terus ke sekolah untuk melihat kawasan. Sabtu kami harus ke sana seawal 7.30 am untuk memulakan jualan gerai.




Respon agak kurang di sini. Guru-guru juga tidak ramai yang hadir. Tapi tidak sia-sia, appointment yang dibuat awal untuk berjumpa dengan rakan @ subscriber mendatangkan hasil juga. 20 langganan Anjung Seri..alhamdulillah, berjaya melonjakkan hasil jualan hari itu. Bala, balik petang itu juga, dengan rakan-rakan dari NST, manakala aku menyambung sehari lagi kerana ada beberapa appointment yang telah dibuat pada keesokannya.

Penyerahan sijil CSR
Ahad tu, 7.30 am dah keluar ke Universiti Malaysia Trengganu. Ke Koperasi USM, sebelum singgah di Sek Men Teknik Kuala Terengganu. Akhir, ke Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Alhamdulillah...syukur, Allah mempermudahkan segala urusan.

Tengahari check out agak kelam kabut memandangkan tiba agak lewat di bilik hotel. Hingga duit jualan hampir tertinggal di bilik hotel..tersedar setelah 10km jaraknya dari hotel. Nasib baik kotak biru tu masih lagi ada di dalam bilik...





Saturday, October 27, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012


Warga BPSB dan penulis-penulis bergambar bersama Dato' dr Masitah.

Apa lagi yang nak dikatakan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang baru aje berlalu pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Acara yang berlangsung selama 10 hari itu adalah acara tahunan yang penting dan ditunggu-tunggu oleh semua penerbit dan semua yang terlibat. Pelbagai promosi diadakan dengan pelbagai strategi yang kreatif untuk menarik pembaca.

Tidak melepaskan peluang bergambar bersama Dato' Dr Masitah. Kanan sekali, Pengurus Besar Kanan BPSB merangkap Pengarang Anjung Seri. Dua dari kiri, Pn Zuraini, Ketua Jabatan Acara & Promosi, manakala disebelahnya berbaju hitam, Pn Rashidah, Timbalan Pengarang Anjung Seri.


Berita Publishing juga turut terlibat. Pelbagai promosi termasuk diskaun sehingga 70% & langganan pula, selain diskaun, hadiah menarik turut disertakan. Tahun ini, telah diamanahkan & diberi kepercayaan untuk mengendalikan keseluruhan acara Pesta Buku disamping turut membuat jualan buku & langganan secara pukal!! __
Pelancaran buku-buku terbaru BPSB oleh Dato' Dr Masitah
Di gerai pula turut diadakn demo oleh Chef Anuar (Kek & pastri)dan Chef Sukor (ukiran sayur & buah). Pn Rashidah dari Anjung Seri turut serta dalam demo menggunakan buku paten langsir.

Penulis dengan buku masing-masing

Sesi tandatangan bersama penulis


Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah dan hasil jualan secara peribadi juga turut memberangsangkan, walaupun pada awalnya ramai yang telah membatalkan pesanan...syukur alham.dulillah..


Kelihatan big boss turut serta turun padang memberi sokongan pada anak-anak buahnya..


Sehingga rencana ini ditulis, segala report baru sahaja dihantar, hadiah langganan masih belum diproses, begitu juga invois-invois, masih ada yang belum siap.
Diharap agar tahun depan dan tahun-tahun seterusnya akan lebih berjaya & berkualiti..InsyaAllah!!










Thursday, October 18, 2012

FELDA TROLAK HOT SPRING

Add caption
Kalau masih ingat, sebelum ini ada sedikit rencana, rancangan untuk ke Trolak, akhirnya bertukar ke Cameron Highlands. Tetapi kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana...akhirnya sampai juga ke Trolak (Kalau tak silap bulan 4 atau awal bulan 5). Apa istimewanya Trolak? Tentulah kolam air panasnya..

< <
Di belakang Sarah kelihatan air panas bersuhu lebih 100 celcius, kawasan merebus telur. Disini turut dijual telur bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba merebusnya.



saujana mata memandang.



berlatarbelakangkan peta kawasan dan air panas berperingkat.

Sebenarnya jauh juga jarak dari bilik hotel ke kolam air panas. Tetapi badan rasa lebih ringan dan segar selepas berendam.


Dalam perjalanan ke bilik, sempat bergambar. Seronok juga dapat ke sana. Insyaallah mungkin berkunjung lagi jika berpeluang.