Sunday, September 30, 2012

HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (2)

Lawatan ke Sungai Mekong.

25 OGOS 2012
Seawal 7.30 am kami sudah bersiap menunggu transport untuk ke Sungai Mekong. Jauh perjalanan cuma 110 km sahaja tetapi infrastrukturnya yang tidak begitu baik menyebabkan ia mengambil masa sehingga 3 jam untuk
tiba ke tempat yang dituju dengan menaiki bas. Sakit badan juga dibuatnya bila bas asyik terhenjut-henjut. Kata-kata pemandu pelancong wanita membuatkan kami ketawa, " why 3 hours, cause of the traffic jam..why jam..blame the policeman.." gilo dorang nih...he he

  Di sepanjang perjalanan kelihatan sawah padi yang diusahakan. Terdapat tiang elektrik ditengah-tengah air sawah..membuatkan kami terfikir..macam mana kalau short circuit? Begitu juga di tengah-tengah bendang terdapat kubur-kubur yang aku pasti merupakan kubur nenek moyang atau saudara terdekat..Nak tau apa komen Sham? Patutlah padinya subur...he he he. Keseluruhannya sawah padi di Malaysia, seperti di Kedah dan sekitar Kuala Selangor lebih indah & teratur berbanding di sana.
Berhenti di beberapa stesen untuk berehat dan meluruskan badan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuang air kecil & melepaskan dahaga.

 Sesampai di Sungai Mekong kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu diketuai oleh seorang wanita, manakala kami diketuai oleh Mr Tiger yang berbangsa Vietnam. Kami dibawa menaiki bot yang agak besar menyelusuri Sungai Mekong.

Gambar di sebelah menunjukkan majoriti di kawasan ini beragama kristian.  Di sepanjang perjalanan kelihatan banyak bot yang menjual barang-barang seperti buah-buahan, sayur-syuran dan berbagai lagi. Mereka berniaga dalam jumlah yang besar sebenarnya, sekurang-kurangnya 10 kilo dan ke atas. Jika perahu diikat di tiang dengan buah labu menandakan mereka menjual buah labu. Tiger turut menerangkan jika perahu atau bot malah rumah juga terdapat daun kelapa yang diikat diatasnya menandakan perahu atau rumah tersebut hendak dijual.

 Kami dibawa ke kampung tempat penduduk tempatan mengusahakan makanan seperti bertih beras, gula-gula kelapa dan beberapa jenis makanan lain. Selepas itu dengan menaiki bot semula kami menuju ke restoran yang terdapat di situ untuk makan tengahari. Dari bot, berjalan selama 7-8 min, kami dihidangkan dengan makanan yang telah dipesan dari atas bot lagi..Vegetarian adalah makanan yang selamat buat kami...Kami diberi masa sehingga 2.30 pm untuk berkumpul semula..ada yang melepak, berbaring di hammock yang di sediakan, ada yang berbasikal mengelilingi kampung.

Aku mengambil peluang untuk membuat panggilan..rindu tu..anak-anak...
Selepas makan kami dibawa pula menaiki sampan (satu sampan 4 orang) dan dikemudikan oleh seorang wanita. Lebih 1/2 jam tiba semula ke bot untuk dibawa pulang ke bas yang disediakan.
 Pulang, terpaksa mengharungi 3 jam dan akhirnya diturunkan disekitar Ben Tharn Market. Sempat melihat-lihat pasar malam berhampiran sebelum pulang ke hotel.

Malam tu makan di tempat yang sama seperti malam tadi. Walaupun penat, memang berbaloi ke sana, ditambah pula bersama orang yang tersayang...he he he

. ..

HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (1)



HO CHIN MINH CITY , VIETNAM

 24 OGOS 2012 Tiba, terus ke hotel yang telah dibooked thru internet oleh suamiku. Pengangkutan utama di sini adalah motosikal, jadi tidak hairanlah di sepanjang perjalanan ke hotel kelihatan banyak motosikal dijalanraya. Mereka selalunya akan memakai helmet yang amat comel dan berbagai warna. Berehat sebentar sebelum keluar untuk ke butik-butik yang terdapat di sekitar Ben Tharn Market. Baju-baju kurung & jubah yang cantik, bersulam indah banyak terdapat di sini dengan harga yang murah dibandingkan dengan Malaysia. Kalau di Malaysia paling kurang RM140 keatas, tapi di sini tak sampai seratus pun, malah jika bernasib baik dan pandai nego, boleh dapat serendah RM70.....
Di sini penduduknya amat gemar "melepak". Jika berjalan di waktu malam di kaki lima, mereka akan duduk bersantai, minum kopi sambil berbual-bual. Meja kecil dan kerusi kecil, malah, kotak juga ada yang dijadikan meja.. Di sekitar kedai-kedai makan juga tersedia hammock, dipasang pada tiang-tiang kedai tersebut..
 Cuaca yang mendung hari tu menyukarkan kami mencari arah kiblat. Dinner dengan salah seorang rakan sepejabat suamiku di Vietnam, Vinh kami berjalan agak jauh untuk mendapatkan makanan yang halal. Kami makan di restoran yang berhadapan dengan masjid di sekitar Sheraton Hotel. Alhamdulillah selepas makan, singgah di masjid menunaikan qasar & jamak Maghrib & Isya'. Tips dari Imam Muda masjid pada suamiku "Vietnam adalah negara kafir, jadi, kalau x pasti arah kiblat, solat saja..kena yakin..." Balik, penat sangat..jalan jauh tau..huhu


bersambung...

HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (3)

26 OGOS 2012 Pagi seawal 7.30 am dah bersarapan di hotel. Apalagi..seperti biasa, roti & telur rebus aje..he he..InsyaAllah , itu aje yang boleh makan. Ke Ben Tharn Market membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang untuk yang tinggal. Dalam pukul 10.30 dah sampai ke bilik hotel, mengambil kesempatan untuk berehat sambil sms anak-anak & Aida untuk melepaskan rindu.

 Pukul 1 ++ pm dah keluar, makan di sekitar area Ben Tharn di sebuah kedai makan kecil Melayu Champa yang beragama Islam. Makanan halal di sini boleh dikira cuma beberapa sahaja & agak mahal, dah jadi luxury food pula...

Gambar menunjukkann bangunan Bitexco Financial Tower yang menyerupai Menara Telekom di Malaysia. Tiba di Airport dalam pukul 2.30 pm..suamiku menghantar sehingga ke kastam yang kelihatan begitu serius bekerja. Menurut suamiku, diorang nih strict sikit..Balik sorang-sorang (suamiku bekerja & akan pulang lagi 2 hari)..rasa kosong aje...ish ish ish..mcm lagu Najwa tu plak.

.. Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA seperti yang dijadualkan, Aida & family yang menjaga anak-anakku selama di sana telah siap menunggu dan menghantar pulang ke Sg Buloh...Alhamdulillah..

. Terima kasih banyak-banyak buat Aida & Nizam..bukan senang tu nak menjaga 8 orang anak...he he

 Juga buat suamiku..selepas 17@24 tahun..ianya sesuatu yang indah untuk dikenang...Happy Anniversarry..Harapan & doa kami seiring agar ikatan yang dibina kekal abadi dan kasih-sayang yang dibina sentiasa segar dan mekar mewangi sepertimana juga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...InsyaAllah...