Saturday, August 4, 2012

KUCHING, SARAWAK




Alhamdulillah…peluang ke Kuching, Sarawak bersama keluarga tidak dilepaskan. Kami di sambut dengan  arca kucing yang banyak terdapat di sekitar bandaraya ini. Menginap di 360 Hotel – Urban Resort yang berada di tengah bandaraya memudahkan untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuching.

1)      Waterfront

Merupakan kawasan pelancongan yang pasti dikunjungi jika sampai ke sana. Terletak di sepanjang Sg Sarawak dan terdapat deretan kedai yang menjual barangan cenderahati dengan harga yang berpatutan.



Iman berlatar belakangkan Sg Sarawak

Sarah, semasa menaiki bot untuk ke seberang
 

Sempat berkunjung ke  Expo Kebudayaan & Kraft di sana. Banyak hasil kraft & tenunan pua yang  dipamer & dijual disana. Pakaian tradisional kaum Iban juga turut dipamer. Iman & Shasha sempat membeli key-chain, sedikit cenderahati dan sepasang gelang unik yang cantik. Kalau Negeri Sembilan, terkenal dengan masak lemak cili api, Johor dengan laksa Johornya, Sarawak terkenal dengan mi kolok, laksa sarawak & nasi ayam penyeknya. Laksa Sarawak ni, rasanya lebih kurang seperti bihun sup dengan lada hitam yang agak berlebihan.






Pemandangan di sepanjang Sg Sarawak di waktu malam amat indah. Jelas kelihatan bangunan Astana dari kejauhan. Lampu-lampu yang terdapat di sekeliling menambahkan lagi keindahan malam di Kuching. Orang ramai yang datang  lebih gemar duduk bersantai di tepi sungai mengambil angin malam.

2)      Kek Lapis Sarawak

Rugi kalau tak beli. Walaupun boleh memandu ke seberang sungai melalui jambatan yang disediakan, kami memilih untuk menaiki bot yang banyak terdapat di setiap jeti di sepanjang waterfront. Tambang yang dikenakan amat murah, 40 ke 50 sen seorang.


Tapi dalam baik, Tipah tertipu juga…dalam baik & ramah melayani kami semasa dalam perjalanan pulang ke seberang, kami dikenakan RM14.00.(utk 7 orang..sepatutnya dalam 3 ke 4 hinggit sahaja….)  Suamiku terdiam,  bayar dan terus berlalu. Jadi, berhati-hatilah…

Sudah tentulah Kek Lapis Dayang Salhah menjadi pilihan.



No comments:

Post a Comment