Sunday, August 12, 2012

KUCHING, SARAWAK - PART 5

 .





7)      Pasar Serikin
      Terletak disempadan Indonesia. Produk yang boleh didapati di sini adalah seperti telekung, kain
      batik,  kain/ baju kebaya, t shirt, langsir & sebagainya. Menurut sumber,barang-barang
      dibawa  dari Pontianak, Indonesia. Jika pandai tawar menawar, amat berbaloi membeli-belah di
      sini.


      Sampai sekarang, masih tidak boleh faham kenapa tidak membeli  walau sepasang kain 
      kebaya   pun walaupun harga cuma antara RM40 ke RM50 .

8)      Wind Cave

Inilah tempat yang  paling tidak sabar dituju oleh 2 hero kami, Danial & Danish. Harga Cuma RM1.00 seorang, umur di bawah 18 tahun percuma sahaja. En Shamsul yang pada mulanya tidak mahu turut serta (al-maklumlah..tentu perlu menaiki tangga yang tinggi..bayangkan Batu Caves aje…) Selepas bertemu penjaga di pejabat, rupanya kita cuma perlu manaiki sedikit anak tangga sahaja, sudah tiba ke pintu gua yang dimaksudkan. Kami juga perlu menyewa lampu suluh memandangkan keadaan yang gelap di dalam sana. Atas alasan ini jugalah, akhirnya En Shamsul turut serta…he he he, tak sampai hatilah tuh..


     Pengalaman kali pertama di dalam gua :        



...
Nak gelak dulu nih…he he he







Berbekalkan sebuah lampu suluh (kami yang seramai 7 orang), tidak sangka sebenarnya, keadaan begitu gelap sekali. Cuba bayangkan apa jadi kalau keadaan yang gelap itu hanya diterangi oleh cahaya dari sebuah lampu suluh yang sederhana saiznya….




Suamiku didepan sekali dengan lampu suloh, menghala ke hadapan..aku & Iman yang di belakang sekali..jalan sampai tersepak-sepak anak-anak tangga.. Sebenarnya, gua ini  telah diubahsuai untuk kemudahan pelancong. Trek jalan telah disediakan dan banyak anak-anak tangga yang harus dilalui.






.
Sepanjang jalan kami berselisih juga dengan 2/3 buah keluarga. Setengah perjalanan kami berpatah balik, kali ini siapa lagi yang berada di depan memegang lampu suluh…he he he, gila kuasa sekejap…sambil berjalan sempat berkata “ sepatutnya kena ada at least 2/3 lampu nih..tapi since dah silap tuh..kita jalan kena ingat orang lain gak..jadi, kena suluh ke belakang juga..kalau tak..x perasan ada tangga, boleh jatuh…” he he he..





Akhirnya selamat tiba di muka gua..takut ada, seronok berlebih lagi..bak kata Danial..”tak puaslah mama, patutnya kita habiskan perjalanan tadi…”



Danish pula kata “Mama, kelawar tu semua tengah tidur ya…nanti dia tak hisap darah kita ke….”  pengaruh drakula lah tu…Tak tau apa perasaan masa tuh..gelap tuh..dengar bunyi kelawar pun..semua kecoh…he he he

















Friday, August 10, 2012

KUCHING, SARAWAK - PART 4





.
1)      Muzium Negeri



Bangunan muzium ini telah dibina khas oleh Raja Charles Brooke untuk menyimpan & mempamerkan bahan-bahan hasil seni dan pertukangan kaum asli dan binatang-binatang tempatan untuk selama-lamanya. Ia telah direka oleh pelayan Rajah yang berbangsa Perancis yg mengikut Dewan Bandaran Normandy, Perancis dan warta kerajaan telah menyatakan yang bangunan inimengikiut bangunan di zaman Ratu Anne. Bentuk bangunan ini ialah bersegi empat. Ukuran luasnya 50 meter panjang dan 13.5 lebar. Galeri disinari oleh jendela yang dibina dibumbung bangunan ini.- petikan dr Muzuim Sarawak




Dari jauh bangunan putih 2 tingkat itu menggamit sesiapa sahaja yang memandang. Berdekatan dengan Merdeka Palace Hotel, muzuim tersebut terletak di atas bukit.






Di tingkat bawah bebarapa peralatan atau mesin lama dipamerkan, seperti  mesin cetak lama, tulang/rangka binatang, hidupan laut, tidak ketinggalan juga  replika rumah panjang.
.







Di tingkat atas pula sejarah awal Sarawak boleh dilihat  dinding sebelum memasuki pintu utama. Lakaran / lukisan kaum lelaki yang sibuk berburu dan bertani yang merupakan sumber pekerjaan utama dengan hanya memakai cawat menutupi bahagian tertentu. Kaum wanita pula sibuk memasak, membasuh & membuat  kerja rumah, tanpa memakai sebarang pakaian. Terbulat-bulat mata Iman & Shasha di buatnya…he he he



 























Monday, August 6, 2012

KUCHING, SARAWAK - PART 3

4) Pasar Satok

Terletak di Jalan Satok. Tidak sah kalau tidak ke Pasar Satok kerana di sinilah pusat segala-galanya.  Banyak barang-barang kraf, kek lapis & sebagainya di jual di sini.


5) Muzium Kucing








Kali pertama, mendengar namanya, Danish sudah tersenyum-senyum. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah keaadaan muzium kucing yang dimaksudkan barangkali.



Nah, sekarang sudah jelas, bukan? Segala-galanya tentang kucing…


Memang agak unik sebenarnya, usaha kerajaan Sarawak dalam memperkenalkan Kuching,

 


Sunday, August 5, 2012

KUCHING, SARAWAK - PART 2



3)      Semenggoh Wildlife Centre

Satu lagi tempat yang ditunggu –tunggu untuk dilawati.


Kalau tidak silap terdapat 23 ekor orang utan di sini. Harga  cuma RM5.00 untuk dewasa dan umur dibawah 18 thn dikenakan RM2.00 sahaja. Waktu adalah diantara 9 –10 am dan 2-3 pm.



















Kami perlu berjalan  di  dalam hutan selama 10 minit dan di awasi oleh ranjer2 yang harus memastikan keselamatan kami. Baru aje hendak memasuki hutan, kami disambut oleh seekor orang utan yang mendukung bayinya. Perjalanan tergendala sehingga ranjer mengarahkan supaya masuk & berjalan perlahan-lahan memandangkan orang utan itu boleh menyerang.




10 min berjalan, kami tiba di tempat tersebut. Dari kejauhan di tengah-tengah hutan itu kelihatan petugas sedang meletakkan buah-buahan di dalam besen yang besar di atas pelantar yang disediakan. Cuma seekor sahaja kelihatan, itupun di atas pokok yang sangat tinggi. Mungkin takut apabila ternampak ramai yang sedang memerhatikan. Selepas 10 – 15 min menunggu, kami menapak perlahan-lahan keluar dari hutan. Ada juga yang masih sabar menunggu.
























Saturday, August 4, 2012

KUCHING, SARAWAK




Alhamdulillah…peluang ke Kuching, Sarawak bersama keluarga tidak dilepaskan. Kami di sambut dengan  arca kucing yang banyak terdapat di sekitar bandaraya ini. Menginap di 360 Hotel – Urban Resort yang berada di tengah bandaraya memudahkan untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuching.

1)      Waterfront

Merupakan kawasan pelancongan yang pasti dikunjungi jika sampai ke sana. Terletak di sepanjang Sg Sarawak dan terdapat deretan kedai yang menjual barangan cenderahati dengan harga yang berpatutan.



Iman berlatar belakangkan Sg Sarawak

Sarah, semasa menaiki bot untuk ke seberang
 

Sempat berkunjung ke  Expo Kebudayaan & Kraft di sana. Banyak hasil kraft & tenunan pua yang  dipamer & dijual disana. Pakaian tradisional kaum Iban juga turut dipamer. Iman & Shasha sempat membeli key-chain, sedikit cenderahati dan sepasang gelang unik yang cantik. Kalau Negeri Sembilan, terkenal dengan masak lemak cili api, Johor dengan laksa Johornya, Sarawak terkenal dengan mi kolok, laksa sarawak & nasi ayam penyeknya. Laksa Sarawak ni, rasanya lebih kurang seperti bihun sup dengan lada hitam yang agak berlebihan.






Pemandangan di sepanjang Sg Sarawak di waktu malam amat indah. Jelas kelihatan bangunan Astana dari kejauhan. Lampu-lampu yang terdapat di sekeliling menambahkan lagi keindahan malam di Kuching. Orang ramai yang datang  lebih gemar duduk bersantai di tepi sungai mengambil angin malam.

2)      Kek Lapis Sarawak

Rugi kalau tak beli. Walaupun boleh memandu ke seberang sungai melalui jambatan yang disediakan, kami memilih untuk menaiki bot yang banyak terdapat di setiap jeti di sepanjang waterfront. Tambang yang dikenakan amat murah, 40 ke 50 sen seorang.


Tapi dalam baik, Tipah tertipu juga…dalam baik & ramah melayani kami semasa dalam perjalanan pulang ke seberang, kami dikenakan RM14.00.(utk 7 orang..sepatutnya dalam 3 ke 4 hinggit sahaja….)  Suamiku terdiam,  bayar dan terus berlalu. Jadi, berhati-hatilah…

Sudah tentulah Kek Lapis Dayang Salhah menjadi pilihan.