Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan..

August datang lagi...August yang memang banyak agenda dan kenangannya yang tersendiri. Ramadhan tahun ni juga jatuh pada bulan August. Pada bulan inilah, 22 tahun yang lalu termeterainya persahabatan antara dua insan atas nama cinta. Pada bulan ini juga 15 tahun yang lalu perhubungan ini direstui dengan ikatan yang sah, atas nama suami-isteri..

Dia...seorang yang amat sederhana...dalam apa keadaan sekalipun..sentiasa berfikiran positive tak kira apa masalah yang melanda..seorang yang outspoken..terutama kalau apa yang diperkatakan itu benar..Usia yang semakin matang, turut mempengaruhi setiap langkah dan tindakan yang diambil. Membesarkan anak-anak yang seramai 5 orang itu memang menguji kesabaran. 5 kelahiran.. dialah yang sentiasa di sisi dari labour room hingga habis pantang, termasuk memasak dan menyediakan makanan dan turut membantu menguruskan baby dan anak-anak yang lain...Sentiasa menyokong tindakan serta langkah orang yang tersayang selagi tidak bercanggah dengan prinsip dan agama.

Dia, cuba yang terbaik untuk menjadi teladan pada anak-anak..segala yang dibuat demi isteri dan anak-anak. Kasih-sayang yang dihulurkan tidak berbelah-bagi..InsyaAllah..

Dia..adalah suamiku..orang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah, memimpin, mendidik, kami, isteri & anak-anaknya. Semoga, sempena bulan yang penuh barakah ini, kasih-sayang kami akan lebih bersemarak dengan segala aktiviti, amal ibadah yang dilakukan bersama, hingga ke akhirnya. Semoga Allah sentiasa memberkati kami, mempermudahkan segalanya, dimurahkan rezeki sentiasa, juga selamat di dunia & akhirat. Juga doa kami seiring agar dikurniakan anak-anak yang soleh. Terima kasih Tuhan atas Anugerahmu!

1 comment:

  1. Sayang, Apa lah sangat kasih sayang saya kalau dibandingkan dengan pengorbanan awak. Walaupun saya tidak sempurna namun dapat saya rasakan bahawa bagi awak saya adalah segalanya, dan saya ingin ucapkan terimakasih untuk kasih dan cinta awak. Pada saya, awaklah isteri, kawan, mentor dan kekasih, dulu, kini dan selamanya. Saya bersyukur kerana tuhan menganugerahkan diri awak dan anak2 kita sebagai tanggungjawap saya, dan insyaalah akan saya jaga anugerah itu hingga akhir hayat. Luv u always.

    Suamimu

    ReplyDelete