Wednesday, August 4, 2010

Baru-baru ini terjumpa teman lama (B). Memang dah lama tak jumpa. Bila terjumpa tu, biasalah..sampai tak cukup waktu nak mengupdate kisah terbaru diri masing-masing. Tapi ada satu kisah yang agak menarik tentang si B ni yang boleh dikongsi, sebagai renungan semua.

Alkisahnya si B ini rupanya terlibat dengan jualan barangan melalui internet : facebook, blog dan sebagainya. Hmm, memang menjadi trend sebenarnya sekarang ni, malah baru-baru ini baru aje terbaca di suratkhabar kisah kejayaan 8 sahabat berniaga dengan cara begini...Yang nak di ceritakan di sini sebenarnya ialah sikap masyarakat sekeliling yang kadangkala sukar nak diceritakan. Menurut B, pada awal pembabitannya dengan perniagaan kecil-kecilan ini, (produknya terdiri dari baju kurung & tudung), bukannya mudah. Memang dia akui dia memerlukan sokongan dari keluarga juga teman-teman yang rapat. Tapi malangnya salah seorang teman rapatnya (C) agak sukar diramal sikapnya. " Eii...apalah kau ni...kalau macam ni kualiti yang kau ada, macam kain buruk aje, corak pun macam zaman 60 an...macam mana nak maju..." Tetapi bila kain atau tudung yang dicemuh itu menjadi rebutan, " Eii...diorang ni takde taste...barang murah..."

Pada mulanya B berasa kecil hati dengan kata-kata C itu. Tetapi selepas berbincang dengan suami dan beberapa orang teman..mereka sepakat membuat kesimpulan, sebenarnya C cuma irihati dengan temannya itu. Jika niatnya baik ingin membantu, dia akan menegur dengan kata yang lebih baik seperti "aku rasa kau boleh mempelbagaikan lagi koleksi kau dengan corak-corak yang lebih cantik & bermutu..."

Jadi, moral of the story...memang sukar mencari kawan yang sanggup bersusah senang bersama. Seingatku..aku pernah mempunyai seorang kawan sebegini suatu waktu dulu, cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan keakraban kami seperti dulu..dan kawan yang selalu mengkritik memang berada di mana-mana (kawan masa senang aje). Juga jika mahu membuat sesuatu berusahalah dan semangat tu kena kuat sikitlah...

Oh ya, lupa pula..perniagaan B sekarang semakin maju berkat doa, usaha & doa dari teman-teman dan keluarga yang tersayang...tahniah kawan!

2 comments:

  1. Jeles saya dengan kawan, si B tu. Ini bukan jeles benci, tapi jeles yang bagi kita semangat nak juga berniaga dalam internet... tak kiralah barang apa pun.

    ReplyDelete
  2. Kalau a+b=c then subtract e from d, pening lah plak byk sgt alphabet nye...hehehehehe - yr dearest hubby

    ReplyDelete