Tuesday, March 20, 2018

Bukit Tinggi, Sumatera Barat (4i)

4. Pasar Aur Kuning
Seawal 7.00 am (8 am waktu Malaysia) sudah turun untuk bersarapan di kafetaria hotel. Antara menunya, nasi goreng, bihun goreng, roti, buah-buahan, minuman panas dan sejuk..alhamdulillah. Di sini tidak perlu bimbang halal haramnya makanan kerana majoriti penduduk beragama Islam.

Dodoi tiba jam 8, memulakan perjalanan ke Pasar Aur Kuning. Melalui research yang dibuat sebelum ke sini, ia merupakan pasar yg menjual harga borong dan pelancong lebih gemar ke Pasar Atas.

Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti, telekung, kain batik, baju..bhgian yg seterusnya mgkin segala jenis makanan kering dan keropok. Bahagian kanak-kanak, kain sulam yg terkenal juga boleh di dapati di sini. Kain sulam telah siap di potong dari 3 meter ke 3.5 meter. Seeloknya jika hendak membeli di periksa dahulu lebar kain tersebut. Bagi yg bersaiz besar boleh bertanya pada pemandu kerana ade kedai yang menyediakan kain ela mengikut keperluan size yg dikehendaki.

Sempat membeli telekung kiriman Along dan Nora, juga untuk diri sendiri. Secara peribadi suka juga dengan pilihan fabrik, warna dan corak rendanya, harganya juga berpatutan... cuma sebaiknya kita mencuba dahulu telekung tersebut kerana saya dapati telekung di sana dan Bandung kebanyakannya di bahagian muka, dagunya terlalu panjang menyebabkan akan terbuka jika kita rukuk dan sujud. Harganya juga murah sekitar RM35 ke ratusan ringgit. Ade juga telekung2 yang di letak di dalam beg2 kecil yg comel, sesuai dijadikan cenderamata...yg ini dlm belasan ringgit sahaja.

Shasha, Iman dan Sarah sibuk membeli beg2 comel yang boleh dijadikan beg telekung atau untuk ke klas atau tusyen, harga sekitar Rm12 setiap satu.

Mak sempat membeli kain ela bercorak batik sebagai kenangan.

Sementara menunggu Dodoi tiba, sempat membeli buah langsat dan salak sekilo 2. Di situ tiada kawasan parking, jadi tidak mustahil pemandu akan cuba mengelak utk ke sana.

5.   Tasik Maninjau
Terletak di atas bukit, 2 1/2 jam perjalanan dari hotel.

Dalam.perjalanan mendaki bukit singgah sebentar di sebuah gerai yang banyak menjual kacang yg telah siap digoreng dan dibungkus dalam plastik kecil. Menurut Dodoi memang ia merupakan tempat penanaman kacang dan tebu. Dari air tebu juga mereka memproses gula melaka ( x ingat pula nama gula tu di sana)


Sambil menghilangkan dahaga, anak2 sempat bergambar dengan kerbau katanyer yang kelihatan seperti seladang.

Pemandangan tasik yang terbentang luas, amat menakjubkan. Cuaca yang sejuk dan kabus yang agak tebal menyelimuti sekitaran tasik.

Di tebing, lereng bukit terdapat pelantar dr buluh, sesuai tempat untuk bergambar. Apa lagi..jom, jom..



Sambil bergambar sambil bershopping..he he
Iman n Shasha sempat membeli key chain sebagai cenderahati. Berkongsi lagi dengan mak membeli 4 helai batik dgn harga 160k rp (RM48) dan sehelai telekung cotton paris berenda pink kiriman Along dgn harga  RM60 selepas menawar. Kata Along, jika di Malaysia, kawan yg membeli harganya hampir RM200!!

6.  Keluk 44

Terus ke keluk 44 yang terkenal di sini. Terdapat 44 kelok hingga ke puncak. Kami turun hingga ke kelok 38 atau 39 sahaja klu x silap dan mengambil keputusan utk berpusing semula utk. pulang.
Dalam.perjalanan pulang singgah di kawasan pembuatan perak. Di sini perak di lebur dan diproses, ketulenannya adalah 97% ke 99%. Walau asal tiada plan untuk membeli, akhirnya beli juga sebentuk cincin buat Iman dan seutas gelang perak berbatu jed buat emak..alhamdulillah.
Late lunch dahulu sebelum pulang ke hotel. Berjanji untuk keluar semula jam 8 pm.

Bukit Tinggi, Sumatera Barat (6)

8.   Pagaruyung

Lebih kurang 8 am bertolak ke Pagaruyung selepas bersarapan di hotel. Singgah sebentar di Aur Kuning utk membeli sedikit buahtangan untuk yang tinggal.

Pagaruyung rupa-rupanya terletak di tanah tinggi juga.

Dalam.perjalanan mendaki bukit singgah sebentar di sebuah gerai yang banyak menjual kacang yg telah siap digoreng dan dibungkus dalam plastik kecil. Menurut Dodoi memang ia merupakan tempat penanaman kacang dan tebu. Dari air tebu juga mereka memproses gula melaka ( x ingat pula nama gula tu di sana)

Sambil menghilangkan dahaga, anak2 sempat bergambar dengan kerbau katanyer,  yang kelihatan seperti seladang.

Tiba sudah tengahari, tidak sempat untuk melihat2 di dalam muzium. Padahal di sinilah segala info tentang asal usul Minangkabau boleh diperolehi.  Sempat bergambar di hadapan muzium sebelum berpatah untuk ke airport. Perlu tiba dalam.pukul 2 pm memandangkan flight dijadualkan 4 pm.

Memandangkan masih sempat, singgah makan tengahari di Lamun Ombak sebelum ke airport.

Solat jamak di airport di surau yang disediakan di boarding area walau kawasannya agak terbuka...syukur alhamdulillah

Jika berpeluang, seronok juga kalau dapat ke sana lagi..

sayang x sempat masuk ke dalam.muzium..
gambar ni semasa singgah lunch balik dari kelok 44
cantik pemandangan sawah.padinya

berhenti sebentar untuk ke toilet..sarah sempat bergambar berlatarkan bangunan berbumbung minangkabau yang cantik
 x ingat di kelok yg ke berapa..kelok 38, klu x silap..cantik gambar opah berlatarkan pemandangan sawah padi dan rumah berbumbung minangkabau.
Danial dan Mak Yang di.pelantar Tasik Meninjau
Gambar macam ok tapi sebenarnya dua2 takut nk ke ujung pelantar...melihat jurang@gaung yang dalam, ke bawah..he he
ruang solat yg terbuka di boarding area..Ila n Shasha sedang menunaikan kewajiban yg utama.